ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT INDIA: KELAHIRAN SELEPAS BERSALIN
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

Orang India Malaysia ialah warganegara Malaysia yang berketurunan India. Sebilangan besar daripada mereka berhijrah ke Malaysia semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, bukti sejarah menunjukkan bahawa kaum India telah mula menetap di Malaysia sejak zaman kegemilangan Dinasti Chola. Pada masa kini, mereka merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina. Selain itu, mereka juga mempunyai adat resam dan budaya tersendiri, seperti adat untuk wanita hamil hingga kelahiran anak.

Fungsi dan Peranan

Berikut adalah fungsi dan peranan adat resam dan budaya masyarakat India selepas kelahiran bayi 

  1. Perlindungan dan Keselamatan Ibu dan Bayi

  • Upacara aalati untuk melindungi ibu dan bayi daripada gangguan atau malapetaka.

  1. Memperkenalkan Bayi kepada Masyarakat

  • Membawa bayi pulang pada hari ganjil sebagai simbolik penerimaan dalam keluarga dan masyarakat.

  1. Meraikan Kehadiran Bayi

  • Adat untuk meraikan kelahiran bayi dan menyatukan keluarga dalam perayaan.

  1. Menjaga Kesejahteraan Ibu dan Bayi

  • Amalan tradisional untuk menjaga kesihatan fizikal dan rohani ibu dan bayi.

  1. Memupuk Nilai Kekeluargaan

  • Mengukuhkan hubungan keluarga melalui penglibatan ahli keluarga dalam upacara.

  1. Melestarikan Warisan Budaya

  • Menyampaikan tradisi dan nilai budaya kepada generasi seterusnya.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Selepas bayi dilahirkan di hospital, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh, atau pada hari-hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke dalam rumah, upacara aalati diadakan untuk mengelakkan malapetaka. Dalam upacara ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih, arang, sirih, dan kapur barus yang dinyalakan akan diputar tiga kali. Kemudian, cumanggali mencelup ibu jarinya ke dalam campuran tersebut dan menyapukan ke dahi ibu dan bayi. Selepas itu, isi dulang akan dibuang setelah ibu dan bayi memasuki rumah.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

  MEMBAWA BAYI PULANG KE RUMAH
Bayi yang dilahirkan di hospital dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh atau pada bilangan hari ganjil selepas kelahiran. Sebelum bayi dibawa masuk ke dalam rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka. Untuk upacara ini dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali. Seterusnya cumanggali mencelupkan ibu jarinya ke dalam bahan-bahan tersebut dan mencalitkan bahan berkenaan ke dahi ibu dan bayi. Isi dulang tersebut dibuang setelah ibu dan bayi masuk ke dalam rumah.

2. MANDI SELEPAS BERSALIN
Ibu dan bayi diasingkan daripada ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas. Bagi dua minggu pertama orang luar dilarang melawat melainkan atas tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan ibu tidak dibenarkan mandi atas sebab kesihatan fizikal yang lemah disebabkan pembedahan. Jika bersalin secara biasa ibu mandi selang sehari selepas bersalin. Herba-herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan dan air rebusan digunakan untuk mandi. Rambut ibu dikeringkan menggunakan asap kemenyan.

Bayi dimandikan pada waktu petang dengan menyiram ke seluruh badan bayi menggunakan air suam bersama campuran pelbagai herba dan susu bagi mengelak penyakit sawan dan demam kuning. Urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi. Serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk halus digunakan sebagai pembersih badan bayi. Kemudian badan bayi dikeringkan dengan asap kemenyan dan disapu bedak daripada tepung beras. Masyarakat India juga mengamalkan bedung ke atas bayi yang baru dilahirkan.

3. MENDODOI BAYI
Upacara ini dipanggil taalaattu yang bermaksud penggoyangan lidah. Ia dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau kata-kata nasihat agar bayi membesar menjadi seorang yang berguna kelak.

4. MEMBERI NAMA
Sebaik sahaja bayi berusia 16 hari upacara pemberian nama dilakukan. Bayi dimasukkan ke dalam buaian. Upacara yang dikendali oleh ahli keluarga yang tertua dan arif tentang ilmu agama dimulakan dengan sembahyang sebagai tanda kesyukuran, dan membersihkan sekeliling rumah serta memasang lampu minyak. Kari ayam betina, telur rebus dan ikan kering disajikan sebagai persembahan kepada Tuhan. Kemudian nama bayi diumumkan. Pemilihan nama bayi kebiasaannya berkaitan dengan agama Hindu daripada tokoh sejarawan dan nenek moyang, serta mengikut tarikh kelahiran. Saudara mara yang hadir memberi pelbagai jenis hadiah.

Sumber Rujukan

  1. Bahan Bacaan: 

  1. AnyFlip (2021). Kepelbagaian Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Malaysia. https://anyflip.com/nqyhr/zzmg/bas


  1. Hema. (2017).  Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Malaysia. https://adatresammasyarakatmalaysia.wordpress.com/2017/02/21/first-blog-post/


  1. (3) Zuraiha Binti Mohd Zain Noraini Binti Sulaiman Siti Aishah Binti Othman. (2021). Adat Resam Masyarakat Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. 

https://upk.ptsb.edu.my/penerbitan/Adat_Resam_Masyarakat_Malaysia.pdf

Tokoh (jika ada temu bual tokoh) - Tiada - 


Lokasi
Pautan Google Maps :