Dalam masyarakat Cina, perkahwinan dianggap sebagai satu titik permulaan yang penting dalam kehidupan seseorang. Ia merupakan salah satu aspek utama dalam memperkukuhkan serta mengekalkan institusi keluarga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keturunan dapat diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Perkataan perkahwinan dalam bahasa Cina ialah 婚姻 (pinyin: hūn yīn). Pada asalnya, perkahwinan tradisional Cina sering diatur oleh keluarga yang berminat untuk menggabungkan hubungan.
Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan dianggap sebagai perkara yang sangat penting kerana ia melibatkan penyatuan dua keluarga dan memberi kesan kepada masyarakat. Menurut tradisi budaya Cina, perkahwinan antara dua individu dengan nama keluarga yang sama dianggap sebagai inses. Dari sudut pandang keluarga yang berpegang kepada ajaran Konfusianisme, perkahwinan menghubungkan keluarga-keluarga yang memiliki nama keluarga berbeza serta memastikan kesinambungan keturunan klan bapa. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan memberi kesan kepada seluruh keluarga, bukan hanya kepada pasangan yang terlibat. Dari perspektif sosial, suami isteri dilihat sebagai unit asas masyarakat Cina.
Struktur adat resam sebelum perkahwinan di dalam masyarakat Cina adalah
Adat Merisik
Upacara Meminang
Adat Pertunangan
Peranan dan fungsi adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diinginkan. Dalam masyarakat Cina, perhatian besar diberikan kepada perkara seperti nama, keturunan, serta peribadi, watak, dan tingkah laku gadis tersebut. Pada peringkat merisik ini, perbincangan biasanya melibatkan perkara-perkara umum seperti latar belakang keluarga dan keturunan wanita, kerana ia merupakan langkah awal dalam proses perkahwinan.
Secara asasnya, semasa adat merisik dalam perkahwinan masyarakat Tionghua, lelaki dan wanita biasanya memakai pakaian sopan dan sederhana seperti samfoo atau cheongsam, dengan pilihan warna seperti merah, emas, dan pastel yang melambangkan tuah dan kesopanan, sesuai dengan suasana formal serta tradisi menghormati keluarga.
Dalam zaman moden, semasa adat merisik dalam perkahwinan masyarakat Tionghua, walaupun sesetengah pasangan memilih pakaian tradisional seperti samfoo dan cheongsam, ramai juga yang menggabungkan elemen moden seperti pakaian formal Barat, namun tetap mengekalkan nilai kesopanan dan memilih warna simbolik seperti merah dan emas yang melambangkan tuah, sejajar dengan tradisi serta perubahan gaya hidup semasa.
Cara merisik untuk memastikan gadis yang diinginkan masih belum berpunya adalah tanggungjawab ibu bapa pihak lelaki. Pada peringkat ini, ibu bapa lelaki akan bertanya kepada kenalan atau rakan yang mengenali keluarga gadis tersebut. Jika mendapat persetujuan, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda, dan jika pihak wanita bersetuju, satu tarikh untuk majlis peminangan akan ditetapkan. Sebahagian masyarakat Cina lebih suka mengadakan perbincangan ini di restoran bersama saudara mara. Tradisi makan bersama ini sangat penting kerana ia membantu mengeratkan hubungan antara kedua-dua keluarga.
Bahan Bacaan:
Alisya Mazni Binti Putri Wirdany Elvyna Mazlan Binti Idi Sopan, Nurnisa Dalili Binti Chung Ee Xuang Ridwan Taufik, Nur Ain Binti A. Rahman, Nurain Najiha Binti Zainurin, Tan An Qi Muhamad Yusof Bin Alam, Nasuha Binti Zainudin Muhammad Adam Rosyeed Bin Mohd Fadzli. (20232). Adat Perkahwinan Masyarakat. Majalah Adat Perkahwinan Masyarakat Cina. Cina.https://online.anyflip.com/qmrsk/eqdf/mobile/
Nurmaizatulakma Matdam. (2014). Adat Perkahwinan Dalam Masyarakat Cina Kajian Kes Di Kelantan. Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2013/2014.
Zuraiha Binti Mohd Zain Noraini Binti Sulaiman Siti Aishah Binti Othman.Adat Resam Masyarakat Malaysia - Upk Ptsb. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Tokoh (jika ada temu bual tokoh) - Tiada -