Kompang merupakan salah satu alat muzik pergendangan Melayu tradisional yang paling asas dan paling popular. Kompang lazimnya dimainkan atau dipalu secara berkumpulan. Alat muzik ini dipercayai merupakan asimilasi budaya yang dibawa masuk oleh masyarakat Arab dan Parsi ke dalam alam Melayu pada kurun ke-15, ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. Kompang atau pergendangan ini dimainkan untuk mengiringi ketikan gambus. Uniknya, alat muzik ini merupakan salah satu cerminan budaya masyarakat yang beragama Islam, kerana amat terkenal baik di timur tengah, sehingga ke seluruh benua Melayu.
Pada asalnya, para pedagang Arab dan Parsi yang menanti peralihan angin monsun ini menetap di tanah Melaka dan bermain peralatan muzik seperti rebana juga lain-lain alat pergendangan untuk mengisi masa lapang serta untuk berzanji, memuji-muji kebesaran Tuhan. Kemudian, apabila masyarakat Melayu berasimilasi dengan kebudayaan Arab dan Parsi, kompang (kelihatan seperti rebana) mula dicipta. Masyarakat tempatan yang mahir bertukang membuat kompang daripada kulit-kulit haiwan, supaya permukaannya keras apabila diketuk. Belulang (muka depan kompang) diperbuat daripada kulit kambing, dipasang pada permukaan baluhnya (bahagian badan), dengan seurat rotan dicantumkan antara permukaan kulit dan bingkai kayu, sebelum menggunakan bahan-bahan pelekat seperti paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kaedah ini juga untuk memastikan bunyi kompang lebih kuat, apabila permukaan belulangnya tegang. Tidak seperti sekarang, kebanyakan bunyi kompang tidak lagi kuat kerana diletakkan campuran plastik. Bukan itu sahaja, bunyinya juga berbeza, kerana plastik dan kulit haiwan semestinya tidak menghasilkan bunyi yang sama.
• Ketukan kompang dan alat-alat muzik pergendangan mempunyai mistik tersendiri. Kompang ketika mengiringi aktiviti berzanji atau nazam, memberi nada syahdu dan gemersik, untuk manusia mengingati kebesaran Tuhan.
• Pada situasi lainnya, kompang kedengaran seperti genderang perang dan bunyi haiwan bertalu-talu , menyebabkan bangkitnya roh atau semangat kepahlawanan.
• Dalam upacara atau temasya yang santai pula, kompang mempunyai variasi fungsi seperti mengiringi pengantin berarak ke pelaminan, menjadi alat muzik dalam persembahan orkestra dan gamelan, bahkan memeriahkan upacara berzanji menyambut kelahiran.
• Demikianlah fungsi kompang yang pelbagai; mampu memberi suasana syahdu mengingati Tuhan, membangkitkan dan merangsang semangat kepahlawanan, juga indah dipalu untuk temasya keraian.
• Kaedah ketukan akan memberi bunyi serta suasana berbeza dalam permainan kompang.
- Berbaju Melayu dan berkurung
- Pilih kayu yang sesuai
- Kayu ditebuk untuk dijadikan bingkai
- Kulit kambing dibuang bulunya
- Kulit kambing dikeringkan
- Kulit yang sudah kering dipakukan pada bingkai kayu
- Rotan diletakkan antara permukaan kulit dan bingai untuk menegangkan permukaan kulit
- Lebihan kulit itu dipotong
- Kompang siap dan boleh digunakan
- Cara bermain kompang adalah dengan memegangnya dengan satu tangan di bahagian belakang, sambil tangan lain memalunya di bahagian permukaan, dalam keadaan duduk atau berdiri. Kompang menghasilkan dua bunyi, 'pak' yang dihasilkan dengan memukul tengahnya dengan tapak tangan terbuka, dan 'bung' dengan memukul tepinya dengan jari tertutup.
-
Bahan Bacaan: htps://www.scribd.com/doc/240048757/fungsi
kompang#:~:text=Persembahan%20kompang%20mempunyai%20pelbagai%20fungsi,semangat% 20pasukan%20sukan%2C%20dan%20pertandingan.
htps://www.scribd.com/document/76635718/Cara-cara-bermain-kompang htps://www.scribd.com/doc/111178068/Cara-Membuat-Kompang