LAKSA KUALA KANGSAR
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Laksa Kuala Kangsar merupakan salah satu hidangan tradisional yang sinonim dengan bandar diraja Kuala Kangsar, negeri Perak. Hidangan ini terkenal kerana jenis kuahnya yang ceroi dan beraroma, dihasilkan daripada ramuan tradisional yang diwarisi turun-temurun. Laksa Kuala Kangsar bukan sahaja menjadi pilihan masyarakat tempatan tetapi juga menjadi tarikan utama kepada pelancong yang berkunjung ke bandar ini.


Keistimewaan Laksa Kuala Kangsar terletak pada laksanya yang diperbuat daripada tepung gandum dan dihasilkan khas menggunakan kaedah tradisional dengan cetakan laksa yang unik dan direbus menggunakan dapur kayu api. Ditambah pula dengan kuahnya yang diperbuat daripada ikan segar seperti ikan kembung atau selayang, memberikan rasa autentik kepada penggemarnya.


Sejarah Laksa Kuala Kangsar dipercayai bermula sebagai hidangan tradisional masyarakat Melayu di kawasan tersebut. Kuala Kangsar, yang terkenal sebagai bandar diraja, telah lama menjadi pusat perdagangan dan persinggahan, menjadikan laksa sebagai hidangan yang mudah dan sesuai untuk dinikmati oleh penduduk tempatan serta pengunjung dari luar. Dari masa ke masa, laksa ini berkembang menjadi ikon kulinari yang mewakili identiti Kuala Kangsar dan negeri Perak.

Hari ini, Laksa Kuala Kangsar boleh dinikmati di gerai-gerai makanan di sekitar bandar ini, terutamanya di sepanjang Sungai Perak dan kawasan pekan lama. Hidangan ini bukan sahaja melambangkan warisan kulinari masyarakat Perak, tetapi juga menjadi medium yang menyatukan tradisi dan rasa melalui generasi. Oleh yang demikian, Laksa Kuala Kangsar kini dikenali sebagai salah satu simbol keunikan masakan negeri Perak yang terus dihargai oleh masyarakat tempatan dan pelancong.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan utama:

1kg laksa tepung gandum

6 ekor ikan kembung (dikisar)

5 tangkai cili kering (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

20gm daun kesum

20gm keping daun pudina (pilihan)

1 kuntum bunga kantan

5 keping asam keping

Garam

Serbuk perasa

1 liter air

Bahan Hiasan

Bawang besar secukupnya

Cili padi secukupnya

Timun secukupnya


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan.

Asingkan bahagian isi dan tulang. Simpan air rebusan .

Kisar halus bahan isi ikan terlebih dahulu bersama air rebusan. Kemudian secara berasingan, kisar tulang ikan sehingga halis dan toskan.

Masukkan semua bahan  yang telah dikisar ke dalam periuk bersama-sama dengan daun kesum, bunga kantan, asam keping.

Jika kuah laksa mulai mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya lalu biarkan mendidih untuk beberapa minit.

Masukkan daun pudina (pilihan) ke dalam masakan ataupun boleh digunakan untuk hiasan.

Masukkan laksa dan bahan hiasan ke dalam pinggan. Tuangkan kuah di atasnya dan makanan siap dihidangkan.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan

Nugroho, A. H. (2023). Acculturation of Peranakan Culture in The Diversity of Laksa Menu in Southeast Asia. International Review of Humanities Studies, 7(2), 18.


Porusia, M., Sapavi, N. A. M., & Shaifuddin, S. N. M. (2023). Knowledge and Attitudes of Food Safety and Its Associated Factors Among Street Food Consumers in Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Journal of Health and Translational Medicine (JUMMEC), 333-341.


Tokoh (jika ada temu bual tokoh)

Puan Khatijah binti Yaakup, Kampung Setia, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.


Lokasi