ADAT RESAM MENITIK MATA SINGA DALAM PERSEMBAHAN TARIAN SINGA SELATAN
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

Dalam tarian singa Selatan, ritual "Menitik Mata Singa" adalah tradisi lama dalam budaya Cina yang bertujuan untuk "menghidupkan" patung singa sebelum persembahan. Ritual ini melibatkan seorang yang dihormati mentitikkan cat ke mulut, telinga, dan mata singa. Ia melambangkan roh yang diberikan kepada singa, yang diharapkan akan membawa keberanian, kejayaan, dan kesejahteraan kepada masyarakat.

Fungsi dan Peranan

Fungsi dan peranan tradisional "Menitik Mata Singa" adalah untuk menghidupkan patung singa secara simbolik sebelum persembahan tarian, seterusnya memberikan lebih semangat dan semangat kepada singa. Ia juga bertujuan untuk membawa tuah, keberanian dan kegembiraan kepada masyarakat dan orang ramai yang menonton tarian singa.


Busana/ Aksesori

Kostum singa dalam tarian singa terdiri daripada dua bahagian utama: kepala dan badan. Kepala singa diukir dengan teliti, diwarnai dan dihias dengan bulu dan hiasan yang menyerlahkan keagungan makhluk mistik ini. Seorang penari memegang kepala singa, manakala seorang lagi menggerakkan badan singa yang diperbuat daripada kain berwarna terang, mencerminkan semangat dan kecergasan. 


Penari memakai pakaian yang longgar dan warna terang seperti merah, kuning atau emas, melambangkan kekuatan, keberanian dan tuah. Kasut khas yang dipakai memudahkan pergerakan pantas dan tangkas, membolehkan para penari melakukan akrobatik yang menggambarkan ketangkasan seekor singa.


Aksesori penting di dalam Tarian Singa Selatan merangkumi alat hiasan loceng dan gong, yang mencipta irama untuk pergerakan singa. Bunyi alat muzik ini dipercayai dapat mengusir semangat jahat dan membawa tuah kepada penonton. Manakala, Kepala singa dihiasi dengan kain sutera mewah, mencipta pergerakan yang anggun dan berirama semasa persembahan. Kain sutera ini melambangkan kemewahan, kegemilangan dan kemakmuran dalam adat resam.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang digunakan ialah daun limau bali yang bertujuan untuk membuang nasib buruk, halia untuk membuang angin, serbuk merah bertujuan menghalau semangat jahat, dan berus berwarna putih yang melambangkan kesucian. Bahan-bahan tersebut diletakkan di atas pinggan merah. Kemudian, dengan menggunakan berus, bahan dititik ke mata, telinga, hidung, mulut, badan, kedua-dua kaki dan dahi singa tersebut.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Tarian Singa Selatan bermula dengan ritual "Menitik Mata Singa," dimana patung singa diberikan simbolik roh dan semangat. Kemudian, tarian dimulakan dengan bunyi alat muzik, seperti gong dan loceng, yang menjadikan pergerakan singa lebih menarik. Seorang penari akan mengendalikan kepala singa dan yang lain akan mengendalikan badannya. Sebagai lambang nasib baik, singa akan menari dengan gerakan pantas dan bertenaga, kadang-kadang melakukan akrobatik, dan berinteraksi dengan penonton dan objek, seperti buah-buahan atau angpau. Seringkali, persembahan ini dilakukan semasa perayaan untuk membawa tuah dan kesejahteraan.

Sumber Rujukan

  1. Bahan Bacaan

  1. Abbas, Nur Atiqah and Ahmad Hamdan, Ummul Aiman Hidayah and Mat Isa, Azman (2021) Kebudayaan masyarakat Cina: tarian singa / Nur Atiqah Abu Abbas, Ummul Aiman Hidayah Ahmad Hamdan and Azman Mat Isa. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 384-404. ISSN 2600-7088


  1. Kata Malaysia (2020). Tarian Singa bukan Harimau. https://katamalaysia.my/culture/tarian-singa-bukan-harimau/


  1. Selangor Kini. (2023). Tarian Singa Pembawa Tuah.https://selangorkini.my/2023/01/tarian-singa-pembawa-tuah/


  1. Tokoh (jika ada temu bual tokoh) - TIADA - 

Lokasi
Pautan Google Maps :