Pengenalan dan sejarah
Wayang Kulit Jawa adalah salah satu seni persembahan tradisi yang hanya terdapat di Kampung Sungai Nibong, Sekinchan, Daerah Sabak Bernam. Wayang kulit Jawa dibawa dari Jawa Tengah ke Daerah Sabak Bernam pada tahun 1948 oleh Hj. Jaafar bin Marto. Kini hanya tinggal seorang sahaja Tok Dalang iaitu Hj Mukhti bin Hj Rais. Menurut beliau Allahyarham Hj. Jaafar bin Marto merupakan seorang tok dalang, malah beliau individu penting yang mengasaskan kegiatan seni Wayang Kulit Jawa di Daerah Sabak Bernam, Selangor.
Pada masa kini Wayang Kulit Jawa di Kg tersebut berhadapan dengan isu kepupusan dan wajar dipugari Kembali. Wayang kulit Jawa ini mempunyai keunikan tersendiri kerana terkandung elemen muzik, lagu, seni berbahasa dan seni lakon yang mempunyai unsur penyampaian mesej, cerita dan lawak jenaka tersendiri. Kini hanya terdapat seorang sahaja Tok Dalang/ Penggiat yang masih hidup iaitu Hj Mukhtis bin Hj Rais. Terdapat satu Kumpulan sahaja yang masih ada iaitu Persatuan Seni budaya Warisan Gamelan & Wayang Kulit Parit 11.
Peralatan/ Bahan-Bahan
- Bonang Barong
- Kenong
- Bonang penerus
- Gendang
- Gong
- Saron
- Selentem
- Demong