WAU KAPAL
Permainan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Permainan wau adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negara Malaysia dan Wau Kapal adalah wau tradisional negeri Selangor yang dikategorikan sebagai antara wau tradisional melayu yang unik. Permainan wau yang popular dimainkan oleh orang melayu terutama dikalangan para petani dan nelayan bukan sahaja bagi tujuan keseronokan dan mengisi masa lapang, namun mempunyai falsafah dan tujuan tertentu dalam amalan cara hidup masayarakat terdahulu. Permainan wau kapal telah mula dimainkan sejak tahun 1850an turut bertujuan bagi menentukan arah angin dan lokasi kapal nelayan yang berlayar di lautan antara ilmu ikhtiar hidup yang penting bagi tatapan generasi kini.


Selain itu, keunikan yang terdapat pada Wau Kapal adalah pada konsep reka bentuk nya iaitu satu-satunya wau tradisi yang menggunakan unsur buatan manusia iaitu kapal  dan terdapat juga unsur-unsur flora seperti bunga tanjung dan motif kosmologi seperti ombak air dan tali air pada hiasan wau kapal. Motif-motif lain yang terdapat pada wau kapal ialah Bunga Padi (bahagian kepala). Sauh dan pelampung(Bahagian ekor).

Permainan wau kapal juga merupakan salah satu warisan watan Negeri Selangor yang penting dan sekaligus sangat perlu dipulihara (converse) dan diperlihara (preserve) kerana ia merupakan salah satu lambing jati diri melayu negeri ini.


Sumber Rujukan

i. Demonstrasi pembuatan wau Kapal Selangor melalui Seni Budaya Digital terbitan JKKN Selangor pada 16 Februari 2021 (Selasa) di saluran rasmi FB & YouTube JKKN jam 3.00 petang.


ii. Facebook: https://www.facebook.com/mysenibudaya/posts/4375408635803841


iii. YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=Ews06RqlKHw


Lokasi
Pautan Google Maps :