PERMAINAN TRADISIONAL KERCANG
Permainan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kercang merupakan sejenis alat permainan tradisi Melayu lama yang diperbuat daripada gelungan rotan yang disusun hingga menghasilkan pelbagai bentuk. Pada masa dahulu, permainan ini sangat popular dalam kalangan Orang Asli (etnik Jakun) dan orang Melayu lama yang tinggal di sekitar kawasan pedalaman hutan Endau.

Fungsi dan Peranan

Tradisi Kercang ini menjadi aktiviti yang sering dimainkan oleh Orang Asli etnik Jakun untuk pelawat luar yang mengunjungi tempat mereka, juga dalam acara-acara hiburan serta pertandingan.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Konsep dan falsafah permainan ini adalah berteraskan pengujian minda bagi mencari jalan keluar dari tersesat di dalam hutan. Susunan rotan disimbolkan sebagai keadaan muka bumi di dalam hutan seperti lurah, gaung, bukit, permatang dan sebagainya. Pemain yang paling pantas membebaskan tali yang terperangkap di tengah-tengah susunan rotan Kercang, adalah dianggap sebagai pemenang dalam pertandingan ini. 

Sumber Rujukan

 i.  Bahan Bacaan : EkoPelancongan dan Transformasi Sosial Komuniti Orang Asli Di Endau-Rompin, Kamaruddin M.Said

Lokasi