PERMAINAN KABADDI
Permainan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kabaddi adalah permainan tradisional bagi kaum India yang berasal dari bahagian India Selatan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang seperti padang atau ruang seperti di dalam dewan. Satu pasukan biasanya mempunyai 7 hingga 12 orang pemain untuk beraksi di dalam gelanggang yang telah ditandakan dalam bentuk ruang segi empat. Permainan ini biasanya akan mengambil masa 20 minit untuk setiap pusingan perlawanan.

Permainan Kabaddi bukan sahaja sekadar sebuah permainan, tetapi ia mampu mewujudkan insan cemerlang, berkeyakinan dan seimbang dalam menjayakan bidang sukan. Permainan Kabaddi juga dapat menjadi landasan untuk memupuk semangat patriotik, menghayati integrasi nasional, dan membina sikap saling hormat-menghormati sesama warga.

Fungsi dan Peranan

Fungsi dan peranan

Permainan Kabaddi ini sering dianjurkan dalam acara sukan rakyat tradisi dan disertai bukan sahaja oleh kaum India, malah juga kaum lain seperti Melayu dan Cina.Fungsi gelanggang

Permainan Kabaddi ini memerlukan gelanggang empat segi yang mempunyai garisan di sekeliling dan garisan di tengah-tengah gelanggang. Pemain penyerang hendaklah menyentuh pemain pasukan lawan dengan memijak garisan gelanggang dan menghalang mereka daripada memasuki kawasan seterusnya.

Busana/ Aksesori

Pakaian Sukan.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Dua pasukan bertarung dalam cara menyerang dan bertahan secara bergilir-gilir. Pasukan penyerang akan menghantar seorang pemain untuk  berlari melepasi garisan tengah sambil cuba menyentuh salah seorang ahli pasukan lawan. Jika pemain pasukan lawan dapat disentuh, pemain tersebut akan kalah dan dikeluarkan dari gelanggang. Selepas menyentuh seberapa banyak pemain yang mereka mampu, pemain pasukan penyerang akan berlari semula ke kawasan sendiri. Pemain pasukan penyerang boleh menyentuh pemain lawan sama ada dengan menggunakan tangan, kaki dan juga beberapa cara lain.

Pemain pasukan lawan akan cuba menangkap pemain pasukan penyerang dan memastikan pemain pasukan penyerang ini tadi tidak mampu menyentuh garisan tengah. Pemain yang menyerang haruslah secara berterusan menyebut kabaddi, kabbadi, kabaddi!

Kedua-dua pasukan akan menyerang dan bertahan secara bergilir-gilir sehinggalah 20 minit pertama tamat. Masa rehat selama lima minit diberikan dan 20 minit lagi untuk perlawanan separuh masa kedua. Sebelum separuh masa kedua berlangsung, kedua-dua pasukan yang bertarung akan bertukar kawasan. Pasukan yang mengumpul paling banyak mata akan muncul sebagai pemenang.

Permainan ini agak mirip dengan permainan Galah Panjang atau Toi bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia.


Tokoh dan Pencapaian

Encik Ambarassu A/L Letchumanan

Presiden Persatuan Kabaddi WPKL/ Putrajaya

Sumber Rujukan

 i.  Bahan Bacaan

E-majalah Sukan Kabaddi - https://anyflip.com/hopdf/tkot

Lokasi