Awang Batil adalah seni penceritaan muzikal tradisional yang berasal dari negeri Perlis di Malaysia. Persembahan ini dimainkan oleh seorang penglipur Iara yang dikenali sebagai Awang Batil, yang akan bercerita sambil memainkan batil atau periuk belanga gangsa yang biasanya digunakan untuk menyimpan air. Pada mulanya ia dikenali dengan nama Awang Belanga kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya. Tetapi belanga berkenaan dipenuhi arang, maka ia digantikan dengan batil iaitu bekas air yang diperbuat daripada tembaga. Oleh sebab itu penglipurlara ini dipanggil Awang Batil. Pada masa dahulu, Awang Batil mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan dari sebuah rumah ke sebuah rumah, terutama di rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan untuk mempersembah cerita-ceritanya.
Pada masa kini, persembahan Awang Batil selalu diadakan semasa majlis anjuran kerajaan dan juga bagi memenuhi undangan pihak penganjur sempena program tertentu yang berkaitan dengan seni budaya dan warisan.
Alat muzik dan topeng
Selain menggunakan ketukan jari pada periuk belanga gangsa ketika mengisahkan ceritanya, Awang Batil juga bermain alat muzik seperti biola, gendang dan serunai. Topeng-topeng dipakai mengikut kesesuaian watak bagi menambahkan keunikan persembahan.
Awang Batil mewarisi banyak cerita rakyat. Sebuah cerita mengandungi banyak siri dan pengisahannya bersambung-sambung sehingga berlanjutan ke beberapa malam. Elemen jenaka diselitkan dalam penceritaannya sambil memukul batil menggunakan jari-jemari.
Pada babak tertentu, Awang Batil memakai topeng bagi menceritakan watak hulubalang atau ahli nujum. Topeng diperbuat daripada kayu yang biasanya dicat merah dan putih. Di rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan, Awang Batil membuat persembahan di pondok kecil yang tingginya liga hingga empat meter. Penonton duduk mengelilingi pondok tersebut untuk mendengar ceritanya.
Romli bin Mahamud
1) Tokoh Orang Hidup Warisan Kebangsaan 2015
2) Anugerah Malam Produksi Budaya Tradisi Negeri Perlis 1983
3) Anugerah Penggiat Seni Negeri Perlis 2002 (Kategori Muzik Terinai)
4) Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Perlis 2012
5) Anugerah Tokoh Cendana Budi 2015
Bahan Bacaan:
i. Tokoh Budaya Negeri Perlis (1).
Kajian dan Teks, REJAB F.I
ii. Tokoh Budaya Awang Batil.
(Pendukung Sastera Lisan)