Pulut Kukus lkan Masin atau ikan kering ini amat popular di negeri Perlis dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia. la merupakan menu sarapan utama bagi penduduk-penduduk di negeri Perlis.
Hidangan ini merupakan hidangan pulut yang telah dikukus dan ikan kering atau ikan masin yang digoreng. Kebiasaannya, ikan masin gelama dan tamban menjadi pilihan. Pulut ini akan bertambah sedap apabila dimakan bersama kelapa parut atau disebut sebagai nyok dalam loghat utara.
Bahan-bahan:
· 1 cawan beras pulut
·
1/4 cawan air
·
2 ekor
ikan gelama masam / ikan tamban
·
1 biji bawang besar dihiris
·
2 tangkai cili kering dipotong
·
4-5 tangkai cili api dipotong
·
1/4 cawan kelapa parut
·
1/2 sudu teh garam
·
Secubit gula
Cara penyediaan:
1. Pulut dibersihkan dan dikukus.
2. Goreng
ikan masin sehingga garing.
3. Goreng
bawang, cili kering dan cili padi.
4. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus dalam
5 minit.
5. Apabila pulut siap dikukus, campurkan sedikit garam dan
gula, dan boleh dihidangkan.