RENDANG PUCUK UBI
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Secara umumnya, masakan rendang yang telah sedia dikenali dalam kalangan masyarakat kita adalah seperti rendang ayam, rendang daging dan rendang itik. Namun di Negeri Sembilan, terdapat rendang yang dimasak dengan pucuk ubi kayu yang sangat digemari sebagai pembuka selera. Rendang pucuk ubi kayu merupakan sejenis makanan tradisional di Negeri Sembilan.

       Sajian rendang pucuk ubi ini sesuai dimakan bersama nasi putih, dan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang di dalam bekas penyimpanan kedap udara.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-Bahan:

·         1kg santan

·         100gm cili padi

·         100gm kunyit hidup

·         2 batang kepala serai

·         2 biji bawang besar

·         100gm ikan bilis

·         1 sudu rempah kari

·          Kerisik kelapa

·         1 keping asam keping

·          Pucuk ubi dalam 2 ikat

·         1 mangkuk kecil minyak masak

·         Garam

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Cara penyediaan:

·         Kisarkan cili padi, kunyit hidup, kepala serai dan bawang besar.

·         Masukkan santan, bahan kisar dan semua bahan dalam kuali.

·         Masakkan santan menggunakan api sederhana sehingga santan menjadi pekat.

·         Masukkan pucuk ubi dan kesemua daun pucuk ubi digaul sebati.

·         Tambahkan garam, (jangan letakkan gula).

·         Masak sehingga kering dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan

ii. Tokoh : Puan Hajah Siti Fatima Binti Haji Sabtu 

Lokasi