Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT MENITIK MATA SINGA
Adat Resam
Gambar
15
Video
ada
Pelawat Hari ini
7
Jumlah Pelawat
20
Pengenalan dan sejarah
Adat resam Menitik Mata Singa dalam Tarian Singa adalah salah satu tradisi kaum Cina yang dipersembah terutamanya pada musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, ketika majlis-majlis kebudayaan, keagamaan, perasmian rumah atau kedai baru, serta perkahwinan. Terdapat dua jenis tarian Singa iaitu Singa Utara dan Singa Selatan. Di Malaysia, tarian Singa Selatan menjadi pilihan kerana ia lebih dikenali dan membawa kegembiraan dalam majlis keramaian.
Kebiasaannya, tujuan adat Menitik Mata Singa diadakan adalah untuk membawa tuah atau ‘ong’ dan mengelakkan bala menimpa persembahan Tarian Singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.Kebiasaannya, adat Menitik Mata Singa ini dilakukan sempena sambutan perayaan dan juga ketika majlis perasmian perniagaan kaum Cina bagi mengundang tuah dan keuntungan nasib.
Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat
untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan,
kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan.
Kebiasaannya, adat Menitik Mata Singa ini dilakukan sempena
sambutan perayaan dan juga ketika majlis perasmian perniagaan kaum Cina bagi
mengundang tuah dan keuntungan nasib.
Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan.
Kostum singa
i.
Berus
putih
ii.
Gendang
iii.
Riben
merah
iv.
Loceng
v.
Limau
Bali
vi.
Halia
vii.
Serbuk
Merah
Persediaan Tarian Singa mengambil masa hampir seminggu dan masa persembahannya juga tertakluk kepada musim perayaan. Upacara Menitik Mata Singa ini dirasmikan oleh ketua kumpulan atau penaja tarian Singa tersebut.
Bahan-bahan yang perlu disediakan sebelum upacara adalah:
·
Halia tua
– dipercayai menyihatkan tubuh badan dan memanjangkan umur.
·
Cinnabar
(serbuk merah) dengan cawan merah – membawa kekuatan dan “Ong” (nasib baik).
·
Berus tulisan
·
Reben
merah – memberi pangkat kepada tarian singa (ia juga sebagai lambang menahan
sifat liar singa).
·
Sayur selada – makanan tarian Singa yang juga disebut sebagai “sang sang mang mang” yang
bermaksud hidup mewah.
·
Kain merah – membawa ‘ong’ atau nasib yang
baik/ tuah.
·
Daun limau purut – untuk membuang nasib malang
dan kejahatan.
- Master Fun Yoke Keong (40 tahun pengalaman)
- Khue Ju Koon Raymond (25 tahun pengalaman)
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan
·
Buku The
Art of Lion Dance oleh Joey Yap terbitan Joey Yap Research Group Sdn Bhd
·
Jurnal
Sejarah Lisan Malaysia: Kebudayaan Masyarakat Cina: Tarian Singa
https://jslim.uitm.edu.my/pdf/IK20.pdf
·
Tarian
Singa, Bukan Tarian Harimau - Kata Malaysia
https://katamalaysia.my/culture/tarian-singa-bukan-harimau/
·
Chinese
Lion Dances: What Is It and What Does It Symbolize?
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Pn. Shariza Isa
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kompleks JKKN WPKL,
Jalan Tun H.S Lee,
50000 Kuala Lumpur
03-20726431
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!