Tarian Joget Dangkung mendapat namanya daripada gabungan
bunyi "dang" hasil ketukan alat muzik gendang dan bunyi “kung” hasil
paluan alat muzik gong. Kedua-dua alat muzik ini merupakan instrumen utama
dalam persembahan tarian Joget Dangkung.
Tarian
Joget Dangkong juga adalah gabungan tarian Orang Asli Kuala dan tarian Melayu.
Kesenian ini menjalinkan gerakan tari dengan iringan muzik gendang, violin dan
gong, serta nyanyian. Sejumlah tiga orang pemuzik, seorang penyanyi serta empat
hingga lapan orang penari terlibat dalam persembahan ini. Joget Dangkung
menggambarkan cara hidup Orang Laut atau Orang Asli Kuala (Melayu Proto) yang
memburu hasil hidupan laut.
Pada masa kini, tarian Joget Dangkung dipersembah dalam acara-acara keramaian serta
majlis-majlis tertentu masyarakat Orang Asli Kuala, di Johor.
Busana yang dikenakan adalah baju kebaya, baju kurung dan
kain batik.
Gendang dan Gong.
Acara dimulakan dengan ritual yang dijalankan oleh penyanyi ketika menyambut dan mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang hadir. Kata-kata aluan dalam bentuk nyanyian "lagu tabik" disampaikan di hadapan hadirin sebelum persembahan tarian dijalankan. Kandungan lagu tabik adalah berkait dengan unsur semangat yang perlu dipujuk dan ditenteramkan bagi menghindari bala bencana. Para penonton boleh turut serta berjoget dengan para penari dengan dikenakan sedikit bayaran. Namun kini, ritual tersebut tidak lagi diamalkan dan persembahan disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan.
i. Bahan Bacaan :Eksistensi Kesenian
Tradisional Joget Dangkong
Di Pulau Panjang Kota Batam, 2019
ii. Tokoh (jika
ada temu bual tokoh) : Hafizah binti Hussien
Pewaris ketiga tarian Dangkong di Kg Baru Kuala Benut,
Pontian