Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
RAWATAN SAKIT TUAN
Perubatan Tradisional
Gambar
17
Video
tiada
Pelawat Hari ini
9
Jumlah Pelawat
66
Pengenalan dan sejarah
Sakit tuan merujuk kepada penyakit dan masalah fungsi yang berkaitan dengan anggota reproduksi lelaki. Menurut Mohd Ismail Tambi (1995), pakar andrologi terkemuka di Malaysia, sakit tuan didefinisikan sebagai “penyakit dan masalah fungsi yang terdapat pada anggota reproduksi lelaki” yang boleh berlaku pada zakar, buah zakar, kerandut buah zakar, serta anggota lain yang berkaitan. Antara masalah utama yang sering dikaitkan termasuklah mati pucuk, gangguan ereksi, masalah ketegangan zakar, serta ejakulasi pramatang atau lambat. Definisi ini turut diperakui oleh European Association of Urology (EAU) yang menjelaskan bahawa sakit tuan lazimnya berkait dengan “erectile dysfunction dan premature ejaculation” (Wespes et al., 2002).
Dari sudut perubatan moden, mati pucuk atau “erectile dysfunction” ditakrifkan sebagai “ketidakupayaan untuk mengekalkan ketegangan zakar bagi tujuan hubungan kelamin sehingga menyebabkan ketidakpuasan kepada penghidap” (Feldman et al., 1994). Ragg (1997) menghuraikan mati pucuk melalui pelbagai keadaan seperti tidak pernah mengalami ketegangan sepanjang hayat; pernah mengalami ketegangan tetapi kini tidak lagi; hanya berlaku ketegangan pada waktu pagi atau ketika bangun tidur; zakar menegang tetapi tidak ketika bersama pasangan; zakar menegang bersama pasangan tetapi tidak meyakinkan atau tidak berpanjangan; dan zakar boleh menegang ketika bersama pasangan tetapi mengambil masa terlalu lama untuk mencapai tahap itu.
Selain itu, ejakulasi pramatang juga dikategorikan sebagai masalah utama sakit tuan. The International Society for Sexual Medicine (ISSM) mentakrifkan keadaan ini sebagai “ketidakupayaan lelaki mengawal ejakulasi, yang selalunya atau hampir selalunya berlaku dalam tempoh 1 minit selepas penetrasi zakar ke dalam faraj, serta kegagalan menangguhkan pancutan yang membawa kepada keresahan, gangguan fikiran, kekecewaan hubungan intim, dan penghindaran aktiviti seksual” (McMahon et al., 2008). Ejakulasi pramatang sering dianggap sebagai bentuk mati pucuk sekunder, yang berpunca sama ada daripada faktor psikogenik (contohnya pengalaman seksual terhad, tahap ghairah tidak stabil, atau faktor psikologi lain) ataupun faktor biologikal seperti penile hypersensitivity (Paick et al., 1998; McMahon et al., 2004).
Masalah sakit tuan turut merangkumi isu ketidaksuburan atau kemandulan lelaki, iaitu keadaan apabila sperma gagal untuk membolehkan kehamilan berlaku. Kemandulan ini dianggap lebih serius kerana ia menyentuh aspek kemanusiaan dari segi emosi dan fizikal, memandangkan memperoleh zuriat merupakan aktiviti asas manusia (Mahlstedt, 1985). Inhorn (2004:162) mendefinisikan kemandulan sebagai “kegagalan memperoleh anak selepas setahun atau lebih berusaha, sehingga mengakibatkan ketiadaan anak tanpa rela (involuntary childlessness).” Dari sudut perubatan, kemandulan lelaki boleh berlaku akibat oligospermia (jumlah sperma sedikit), asthenospermia (kualiti sperma lemah), teratospermia (kecacatan morfologi sperma), atau azoospermia (ketiadaan sperma dalam air mani). Walaupun lelaki mandul kadangkala mempunyai fungsi seksual yang normal, stigma sosial tetap menekan kerana ia dilihat gagal memenuhi tanggungjawab menghasilkan keturunan (Inhorn, 2004:163).
Secara tradisional, masyarat Melayu tidak menolak kaedah rawatan moden yang berasaskan pendekatan klinikal, namun, mereka percaya bahawa masalah sakit tuan turut ditangani melalui perubatan tradisional Melayu yang telah diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat. Rawatan tradisional ini berakar daripada kefahaman bahawa kesihatan lelaki bukan sahaja berkait dengan aspek fizikal dan biologi, tetapi juga melibatkan keseimbangan tenaga dalaman, semangat, dan hubungan spiritual dengan alam. Oleh itu, perubatan tradisional Melayu menekankan pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek tubuh, jiwa, dan rohani.
Terdapat tiga bentuk rawatan utama sakit tuan dalam perubatan tradisional Melayu, iaitu:
Kaedah Urut Batin
Urut batin merupakan rawatan manual yang dilakukan oleh pengamal terlatih untuk melancarkan peredaran darah pada zakar dan kawasan sekitar pinggang serta paha. Kaedah ini dipercayai dapat menguatkan otot zakar, meningkatkan aliran tenaga batin, serta memulihkan ketegangan zakar. Dalam budaya Melayu, urut batin bukan sahaja berfungsi sebagai teknik perawatan, tetapi juga sebagai medium pengembalian keyakinan diri lelaki dalam konteks rumah tangga.
Ubat Tradisional
Masyarakat Melayu telah lama menggunakan pelbagai ramuan herba bagi merawat masalah sakit tuan. Antara bahan yang sering digunakan termasuk tongkat ali, akar ubi jaga, halia bara, kacip fatimah, dan daun sirih. Herba-herba ini dipercayai mempunyai sifat afrodisiak, mampu meningkatkan tenaga, serta memperbaiki sistem reproduktif lelaki. Amalan pengambilan ubat tradisional ini diwarisi turun-temurun dan masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat moden, khususnya kerana dianggap lebih semula jadi dan kurang kesan sampingan berbanding ubat kimia.
Penggunaan Wafak
Wafak ialah bentuk rawatan yang berteraskan elemen spiritual, doa, dan ayat-ayat tertentu yang ditulis atau diijazahkan oleh pengamal perubatan tradisional. Ia digunakan dengan keyakinan bahawa masalah sakit tuan bukan sahaja berpunca daripada faktor fizikal, tetapi juga mungkin berkaitan dengan unsur gangguan halus atau ketidakseimbangan rohani. Oleh itu, penggunaan wafak sering dilihat sebagai pelengkap kepada rawatan fizikal seperti urut batin dan ubat herba.
Walaupun keberkesanan rawatan tradisional ini sering diperdebatkan dari sudut sains moden, ia tetap menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat kerana sifatnya yang diwarisi turun-temurun, dipercayai lebih dekat dengan budaya tempatan, serta dianggap mampu memelihara keseimbangan tubuh dan jiwa. Pada masa yang sama, rawatan tradisional ini juga menjadi simbol kesinambungan warisan ilmu perubatan Melayu yang kaya dengan nilai budaya, spiritual, dan pengalaman empirikal.
Rawatan sakit tuan ini mempunyai pelbagai fungsi dan perana untuk kaum lelaki. ia memberikan pelbagai manfaat baik daripada aspek kesihatan, psikologi dan cara hidup. berikut adalah fungsi dan peranan rawatan sakit tuan;
Memulihkan fungsi reproduktif dan seksual lelaki
Rawatan sakit tuan ini secara khususnya berfungsi sebagai menangani masalah mati pucuk, ejakulasi pramatang, serta kemandulan. Dari sudut fisiologi, rawatan ini berperanan melancarkan peredaran darah, menguatkan otot serta saraf zakar, menstabilkan hormon, dan meningkatkan kualiti sperma, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan diri serta kemampuan reproduktif seseorang lelaki. Pemulihan fungsi seksual ini bukan sahaja penting bagi memastikan kepuasan dalam hubungan intim, tetapi juga memainkan peranan besar dalam menjamin kesihatan reproduktif yang optimum. Fungsi reproduktif yang baik memberi peluang kepada pasangan untuk memperoleh zuriat, sekali gus mengurangkan tekanan emosi dan sosial yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Dalam konteks yang lebih luas, pemulihan tenaga batin ini turut menyumbang kepada kesejahteraan rumah tangga kerana kemampuan lelaki memenuhi nafkah batin dianggap sebagai salah satu asas keharmonian rumahtangga dalam budaya Melayu.
Mengurangkan tekanan psikologi dan emosi yang timbul akibat gangguan seksual
Masalah seperti lemah syahwat atau ejakulasi pramatang sering menimbulkan rasa rendah diri, keresahan, dan ketegangan mental dalam kalangan lelaki. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada keupayaan seksual, malah turut mempengaruhi kualiti hidup keseluruhan kerana pesakit akan berasa tertekan, kurang berkeyakinan, dan kadangkala mengalami kemurungan. Dalam konteks hubungan suami isteri, gangguan seksual yang berlarutan boleh menimbulkan kekecewaan, salah faham, dan konflik rumah tangga yang akhirnya mengganggu keharmonian perkahwinan. Oleh itu, rawatan sakit tuan berperanan penting dalam membantu pesakit mengatasi tekanan psikologi ini dengan menanam semula keyakinan diri, mengurangkan rasa malu atau cemas, serta memulihkan keseimbangan emosi. Dengan kestabilan mental yang lebih baik, pesakit dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti, memperbaiki hubungan interpersonal, dan kembali menjalani kehidupan rumahtangga dengan lebih harmoni.
Memelihara keharmonian rumah tangga
Dalam budaya Melayu, kemampuan lelaki memenuhi keperluan seksual pasangannya, dengan memastikan nafkah batin dapat ditunaikan dengan sempurna dianggap penting untuk kestabilan rumah tangga kerana ia bukan sahaja berkait dengan kepuasan fizikal, tetapi juga simbol kasih sayang, tanggungjawab, dan ikatan emosional antara suami isteri. Kegagalan menunaikan nafkah batin boleh menimbulkan kekecewaan, perasaan terabai, serta membawa kepada perselisihan yang berpanjangan. Oleh itu, rawatan sakit tuan berperanan sebagai ikhtiar untuk mengelakkan konflik, mengurangkan risiko perselingkuhan, serta mengekalkan keharmonian rumah tangga. Rawatan ini juga membantu memastikan bahawa aspek rohani dan jasmani dalam perkahwinan dapat dipenuhi secara seimbang, sekali gus memperkukuhkan institusi keluarga sebagai unit asas dalam masyarakat.
Mengekalkan kesinambungan keturunan dan struktur sosial
Dalam kebudayaan Melayu mahupun tradisi global, memperoleh zuriat sering dilihat sebagai salah satu tujuan utama perkahwinan. Keupayaan lelaki untuk menurunkan keturunan bukan sahaja mencerminkan kekuatan fizikal, tetapi juga melambangkan keberhasilan dalam menunaikan tanggungjawab sosial dan keluarga. Kemandulan, sebaliknya, sering menimbulkan stigma kerana dianggap sebagai kegagalan membuktikan kejantanan dan keberkesanan peranan lelaki dalam masyarakat. Justeru, rawatan sakit tuan berperanan memberi peluang kepada lelaki yang menghadapi masalah kesuburan untuk berusaha memperoleh anak, sama ada melalui kaedah moden mahupun tradisional. Dengan ini, kesinambungan keturunan dapat dipertahankan, struktur sosial keluarga dapat dikekalkan, dan stigma negatif terhadap lelaki yang mengalami masalah kesuburan dapat dikurangkan. Rawatan ini sekaligus memperkukuhkan nilai keluarga sebagai asas kepada kesejahteraan masyarakat.
-
Peralatan dan bahan-bahan untuk rawatan sakit tuan ini adalah berbeza-beza mengikut cara perubatan. Berikut dipecahkan bahan-bahan dan peralatan yang digunakan ketika melakukan rawatan sakit tuan;
Bahan-Bahan untuk urutan batin
Urut batin dalam tradisi Melayu tidak dilakukan secara kosong, tetapi memerlukan bahan-bahan tertentu yang berfungsi untuk melicinkan, memanaskan, serta memberi kesan pemulihan pada otot dan urat saraf. Antara bahan utama yang digunakan ialah:
Minyak Urut
Minyak lenga dan biji lobak dilumatkan dan dipanaskan 15 minit.
Minyak daun nilam segar direbus dalam minyak kelapa hingga menggelegak.
Minyak akarkara yang biasa digunakan untuk mengurut zakar bagi menghilangkan bengkak angin.
Ramuan Dalaman (diminum pesakit)
Minyak sapi, gula batu, jintan hitam, pudi, dan cuka – dimasak bersama, dibacakan doa tertentu (Qul Huwallah 3x).
Kemudian diminum selama tiga pagi berturut ketika tempoh berurut.
Peralatan Tambahan
Tilam atau tikar untuk posisi pesakit (melentang/meniarap).
Kain penutup untuk menjaga aurat.
Tuala kecil untuk lap minyak.
Bahan-Bahan Ubat Tradisional
Rawatan tradisional berasaskan herba dan pemakanan mempunyai nilai penting sebagai alternatif atau pelengkap kepada perubatan moden. Ubat tradisional menawarkan ruang alternatif yang lebih diterima masyarakat kerana sifatnya yang segar, mudah didapati, murah, dan dekat dengan budaya tempatan. Setiap bahan yang disenaraikan di bawah adalah berbeza-beza fungsinya mengikut jenis dan cara penyediaan. Antara bahan-bahan rawatan sakit tuan menggunakan ubat tradisional adalah;
Bahan-Bahan Pemakanan Tradisional (Mengikut Teks Tajul Muluk)
7 biji Telur ayam kampung (untuk direbus)
Tongkat ali
1 cawan Air panas
Bahan-Bahan Pemakanan Saidina Ali (Tradisi Hikayat Nurul Lisan)
3 biji Buah delima
7 biji Buah kurma
Bahan-Bahan Ubat Ejakulasi Pra-Matang
11 gram Biji bunga teratai
2 sudu madu asli
1 biji buah pinang
1 biji buah kemiri
3 biji telur ayam kampung
1 cawan air panas mendidih
Kulit limau purut
Lada sulah (ditumbuk halus)
Bahan-bahan Ubat Memekatkan dan Menambahkan Air Mani
3 biji Ubi jaga
1 sudu biji selasih
3 labu bawang putih
1 cawan air panas mendidih
Kaedah Urut Batin Secara leksikal, urut/mengurut bererti “memicit, menggosok dan meramas anggota badan orang dengan tangan untuk tujuan menyegarkan atau menyembuhkan” (Kamus Dewan, 2000). Abdullah al-Qari (2005) menegaskan bahawa mengurut ialah pemulihan tanpa ubat, rapat dengan “kepentingan darah” kerana darah membawa saripati makanan, oksigen, enzim, dan unsur penyembuhan ke seluruh tubuh. Dari sudut rasional fisiologi, aksi mengurut bertujuan: Meleraikan “simpulan” urat untuk melancarkan aliran darah Mengendurkan saraf dan menenangkan otot Membantu pembuangan sisa melalui peluh, air kencing, dan flatus Memanaskan tubuh dan menstabilkan suhu Urut batin dilakukan secara sistematik dengan menyasarkan titik urat saraf, otot utama, dan kawasan pengaliran darah ke zakar. Berikut adalah langkah-langkah terperinci berdasarkan sumber pengamal tradisional (Amran Kasimin & Abdullah Seman, 1995; Mohd Kushairi Salleh, 2000; Ruhani, 2004): Langkah 1: Persediaan Pesakit Pesakit berada dalam keadaan melentang atau meniarap mengikut keperluan. Bahagian sulit ditutup, hanya kawasan yang perlu diurut didedahkan. Tukang urut menyapu minyak khas pada tapak tangan dan kawasan urutan. Langkah 2: Titik dan Kawasan Urut Bahagian Ari-Ari / Pangkal Perut Letakkan lapan hujung jari di pangkal ari-ari. Tekan perlahan, tolak ke arah bawah pusat. Tujuannya: melancarkan aliran darah ke zakar. Tapak Kaki (Refleksologi Tradisi) Urut titik tertentu di tapak kaki kiri dan kanan dengan ibu jari. Ulang secara bergilir untuk kedua-dua kaki. Celah-Celah Jari Kaki Picit sela-sela jari kaki dengan tekanan sederhana. Membantu melancarkan saraf halus yang berkaitan dengan zakar. Jantung Betis Urut dari bawah lutut ke arah pergelangan kaki. Dilakukan pada kedua-dua betis. Urat Tunjang Tenaga Batin (Bahagian Dalam Paha) Gunakan ibu jari atau tapak tangan. Urut dari pangkal paha ke arah lutut, fokus pada bahagian dalam paha. Ini dianggap titik utama dalam tenaga batin. Sekitar Zakar Urutan dilakukan perlahan dari pangkal ke pergelangan zakar. Tidak dilakukan ke kepala zakar secara terus, sebaliknya fokus pada pangkal. Bacaan doa dibaca selari dengan urutan. Langkah 3: Teknik Tambahan Belakang paha – diurut rapat ke pangkal zakar berhampiran dubur. Perut ke ari-ari – urutan menggunakan tapak tangan. Pangkal zakar – tiga jari kanan (telunjuk, hantu, manis) menekan sambil tangan kiri menahan kepala zakar. Bawah zakar – ibu jari kanan menolak dari umbi zakar ke arah takuk zakar. Pangkal zakar berhampiran dubur – urutan menggunakan ibu jari dengan tekanan lembut. Langkah 4: Amalan Doa/Zikir Urutan disertai bacaan ayat suci al-Quran, doa, dan zikir yang berfungsi sebagai elemen spiritual untuk pemulihan. Doa dibaca mengikut kawasan: ari-ari, paha, atau ketika menyentuh titik tenaga batin. Langkah 5: Pengulangan dan Konsistensi Urutan dilakukan beberapa kali mengikut kemampuan pesakit. Biasanya diulang 3–7 kali dalam satu sesi, dan diamalkan secara berjadual (misalnya beberapa kali seminggu). Disarankan untuk tidak berlebihan agar tidak mencederakan otot atau urat saraf. Kaedah Ubat Tradisional Ubat tradisional menawarkan ruang alternatif yang lebih diterima masyarakat kerana sifatnya yang alami, mudah didapati, murah, dan dekat dengan budaya tempatan. Herba-herba ini telah dikaji secara tuntas dan terbukti berkesan melalui kajian makmal, bahkan mempunyai kesan afrodisiak dan meningkatkan kesuburan tanpa kesan sampingan yang serius sebagaimana ubat kimia moden. Oleh itu, berikut adalah cara-cara penyediaan menggunakan bahan-bahan ubat tradisional. Cara Penyediaan Amalan Pemakanan Tradisional (Mengikut Teks Tajul Muluk) Ambil 7 biji telur ayam kampung dan rebus sehingga masak. Kupas kulit telur yang telah direbus, kemudian tuliskan ayat-ayat suci al-Quran pada kulit telur tersebut: Telur pertama: Surah Taha (20:25–28); Telur kedua: Surah Yunus (10:81–82); dan Telur ketiga: Surah al-Isra’ (17:82) Telur dimakan satu biji sehari mengikut aturan selama tiga hari berturut-turut. Pada masa yang sama, rebus batang kayu tongkat ali sehingga mendidih. Air rebusan tongkat ali tersebut dibacakan ayat-ayat suci yang sama seperti pada telur rebus. Selepas memakan telur rebus ayam kampung, minum air rebusan tongkat ali secara bergantian. Amalan ini dilakukan secara konsisten setiap kali pengambilan telur ayam kampung rebus. Cara Penyediaan Amalan Pemakanan Saidina Ali (Tradisi Hikayat Nurul Lisan) Buah delima dimakan secara langsung untuk menambah kekuatan syahwat. Buah kurma dimakan secara berkala untuk menguatkan badan dan meningkatkan tenaga batin. Penyediaan Ubat Ejakulasi Pra-Matang Rebus dengan air yang mencukupi sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut dua kali sehari secara berkala Resipi B: Ramuan Buah Pinang, Kemiri, Madu & Kuning Telur Bakar buah pinang dan buah kemiri hingga hangus. Tumbuk kedua-duanya sehingga halus. Campurkan hasil tumbukan dengan madu dan kuning telur ayam kampung. Tuangkan segelas air mendidih ke dalam campuran tersebut. Kacau hingga suam, kemudian minum 2 sudu, 3 kali sehari. Resipi C: Campuran Kulit Limau Purut & Lada Sulah Sediakan kulit limau purut dan lada sulah. Tumbuk lada sulah hingga lumat, kemudian gaulkan bersama kulit limau purut. Makan ramuan ini secara kerap dan berjadual untuk membantu melambatkan pancutan. Penyediaan Ubat Memekatkan dan Menambah Air Mani Sediakan ubi jaga dan sagat sehingga menjadi pes yang pekat. Ambil biji selasih, kemudian rebus sehingga kembang. Sediakan bawang putih secukupnya. Campurkan ketiga-tiga bahan (ubi jaga, biji selasih, bawang putih) ke dalam air panas. Kacau rata, kemudian tapis airnya. Minum ramuan tersebut kira-kira 2 jam sebelum melakukan persetubuhan
-
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
Feldman, H. A., Goldstein, I., Hatzichristou, D. G., Krane, R. J., & McKinlay, J. B. (1994). Impotence and its medical and psychosocial correlates: Results of the Massachusetts male aging study. The Journal of Urology, 151(1), 54–61.
Inhorn, M. C. (2004). Middle Eastern masculinities in the age of new reproductive technologies: Male infertility and stigma in Egypt and Lebanon. Medical Anthropology Quarterly, 18(2), 162–182.
Mahlstedt, P. P. (1985). The psychological component of infertility. Fertility and Sterility, 43(3), 335–346.
McMahon, C. G., Althof, S. E., Waldinger, M. D., Porst, H., Dean, J., Sharlip, I. D., Adaikan, P. G., Becher, E., Broderick, G. A., Buvat, J., Dabees, K., Giraldi, A., Giuliano, F., Hellstrom, W. J., Incrocci, L., Laan, E., Meuleman, E., Perelman, M. A., Rosen, R. C., Rowland, D. L., &
Segraves, R. (2008). An evidence-based definition of lifelong premature ejaculation: Report of the International Society for Sexual Medicine (ISSM) Ad Hoc Committee for the definition of premature ejaculation. The Journal of Sexual Medicine, 5(7), 1590–1606.
Mohd Ismail Tambi. (1995). Pengenalan dan rawatan sakit tuan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Paick, J. S., Jeong, H., & Park, M. S. (1998). Penile sensitivity in men with premature ejaculation. International Journal of Impotence Research, 10(4), 247–250.
Ragg, M. (n.d.). Mengatasi masalah mati pucuk (A. Mustaffa & A. Saad, Trans.). Tanpa tempat penerbitan: Asa Publications Sdn. Bhd.
Wespes, E., Amar, E., Hatzichristou, D. G., Montorsi, F., Pryor, J., & Vardi, Y. (2002). Guidelines on erectile dysfunction. European Urology, 41(1), 1–5.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!

Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris