REBANA KERCING

Seni Persembahan >Muzik

Gambar

0

Video

tiada

Pelawat Hari ini

5

Jumlah Pelawat

38

Pengenalan dan sejarah

Rebana Kercing merupakan kesenian tradisional warisan budaya unik negeri Kelantan yang telah wujud sejak 150 tahun yang lalu. Kewujudan Rebana Kercing dikaitkan dengan kewujudan Kampung Masjid Laut yang dibina sejak abad ke-18. Kesenian Rebana Kercing terhasil daripada aktiviti dakwah yang telah dilakukan oleh pedagan Islam pada zaman dahulu, ia dapat dilihat melalui lirik lagu dalam persembahan ini yang memuji kebesaran Allah, pujian kepada nabi serta para sahabat. 


Kesenian ini menggabungkan tiga unsur genre seni iaitu nyanyian, tarian dan muzik. Dalam satu persembahan Rebana Kercing, Penari akan bernyanyi serta melakukan pergerakan formasi manakala terdapat sekumpulan pula akan memainkan alat muzik Rebana Kercing dan turut bersama menyanyi bersama-sama.


Fungsi dan Peranan

Persembahan Rebana Kercing pada asasnya akan berfungsi sebagai hiburan kepada orang ramai. Konsep persembahan adalah bergantung kepada majlis yang diadakan seperti untuk persembahan kepada majlis raja-raja, majlis keramaian, kenduri kahwin dan juga majlis menyambut kehadiran pembesar-pembesar negeri.

Busana/ Aksesori

Busana bagi penari akan memakai Baju Melayu sepasang berlain warna. Di bahagian Dada akan memakai penutup dada seperti ’la’. Dibahagian kepala pula penari akan memakai songkok dan bulu ayam. Untuk bahagian kaki pula, penari akan memakain stokin berwarna gelap.


Busana bagi pemuzik pula akan memakai Baju Melayu sepasang lengkap bersamping dan memakai songkok. Untuk bahagian kaki pemain muzik akan memakai kasut.


Peralatan/ Bahan-Bahan

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan ini hanyalah kompang.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Persembahan Rebana Kercing secara keseluruhannya hanya melibatkan kaum lelaki sahaja yang terdiri daripada 8 sehingga 12 orang penari dan 10 sehingga 12 orang pemain muzik.


Dalam persembahan ini, kumpulan pemuzik akan bermain secara berkelompok dan dalam keadaan statik sahaja dan akan memalu kompang sambil bernyanyi.


Bagi penari pula akan menari dan membentuk beberapa formasi mengikut lagu sambil bernyanyi.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Jurnal Sejara Lisan Malaysia: Rebana Kercing Warisan Yang Semakin Ditinggalkan.

Kajian Terhadap Repotoire: Ensembel Rebana Kercing Di Kampung Laut, Kelantan

Buku Rebana Kercing: A Journey of Discovery


Buku Rebana Kercing of Kampung Laut 


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Pegawai Kebudayaan


Kembali Ke Atas