TARIAN LAYANG MAS

Seni Persembahan >Tarian

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

7

Jumlah Pelawat

111

Pengenalan dan sejarah

Tarian Layang Mas tergolong dalam tarian istana. Menurut sejarah, tarian ini dicipta ketika Raja Perlis menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Siam sewaktu negeri ini di bawah naungan kerajaan Siam. Penghantaran ufti tersebut dilakukan dengan menaiki gajah. Ketika itulah, seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama rakannya Ecan mencipta lagu 'Layang Mas'. Setelah pulang dari Siam, kedua-dua gembala gajah tadi mencipta pula tarian 'Layang Mas'. 


Tarian ini merupakan salah satu tarian dalam himpunan (repertoire) Terinai. Sebuah tarian istana yang sangat cantik yang banyak menggunakan gerak tangan, melayang-layang (melenggang-lenggang) sambil berpusing beberapa kali, mempunyai gerak bahu yang jelas serta pergerakan pinggul. Tarian ini menggunakan selendang panjang yang terikat dengan tali pinggang di pinggang. Selendang dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk dan sering digambarkan sebagai sayap burung. Tarian ini hanya boleh ditarikan oleh golongan wanita sahaja.

Fungsi dan Peranan

Dipersembahkan di istana 

Kini dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian


Busana/ Aksesori

Selendang panjang diikat pada tali pinggang

Sanggul lintang

Gendik

Pending

Tutup dada


Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Penari duduk mengayunkan tangan ke bawah, bangun semula dan mengangkat sembah. Dilakukan beberapa kali.

Menggunakan selendang panjang dan tali pinggang, selendang dikibarkan seperti sayap burung. Badan berpusing-pusing seperti helang sedang terbang.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

htps://geopark.perlis.gov.my/tour-item/seni-tari- melayu/#:~:text=Tarian%20Layang%20Emas%20dicipta%20ketika,mencipta%20lagu%20'Layang

%20Mas'.

https://pkbu.unimap.edu.my/ 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!