Pulut Harumanis adalah juadah hidangan pulut santan dengan mangga harumanis. Mangga harumanis merupakan mangga yang sinonim di negeri Perlis Indera Kayangan. Mangga ini digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum selain rasanya yang manis. Isi mangga harumanis tebal kekuningan dan enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Mangga ini juga sedap dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem. Di Perlis, pulut harumanis dimakan dengan pulut santan. Pulut santan disediakan dalam pelbagai cara, antaranya pulut dimasak dengan santan, atau pulut dimasak terlebih dahulu sebelum digaul sebati dengan santan, atau santan dihidang berasingan bersama pulut dan mangga harumanis. Juadah ini mungkin sama dengan pulut mangga di Kelantan tetapi jenis mangga yang digunakan adalah berbeza.
Pembangunan tanaman mempelam harumanis mula digiatkan pada tahun 1983 di bawah pengurusan perladangan secara berkelompok dengan pembukaan kawasan baru melibatkan kawasan hutan, belukar dan tanah terbiar. Mempelam harumanis Perlis merupakan klon mangga MA 128 dan merupakan antara baka mempelam terbaik di Malaysia. Mempelam harumanis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga (Stress Period). Kemudian, ia mula berbuah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. Faktor ini membuatkan mempelam Harumanis Perlis berbeza dengan mangga lain kerana pengeluaran dan pasaran mempelam harumanis adalah sangat terhad. Sepohon mempelam harumanis Perlis boleh menghasilkan antara 200 hingga 300 biji buah mangga harumanis.
- Antara sumber ekonomi pertanian di negeri Perlis
- Kini turut menjadi wadah pelancongan dan eksport
-
Beras pulut direndam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2-3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Daun pandan
Daun pisang
3 biji mangga harumanis
BAHAN UNTUK KUAH SANTAN :
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan dicarik dan simpul
Garam secukup rasa (Biar kuah agak masin)
- Mula-mula, panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
- Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya.
- Setelah airnya kering, masukkan pulut ke dalam dulang kukusan. Kukus sehingga lembut.
- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
- Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
- Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
- Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
- Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
- Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
CARA MEMBUAT KUAH SANTAN :
- Panaskan santan pekat dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
- Kemudian masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan mengacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair, masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.
- Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat seimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.
-
https://itafos.upm.edu.my/artikel/sejarah_dan_keistimewaan-71620