Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
KUIH KARAS
Makanan Tradisional
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
20
Jumlah Pelawat
434
Pengenalan dan sejarah
Kuih Karas adalah makanan tradisional yang dibuat daripada tepung beras. la berbentuk jaringan halus seperti bihun tetapi rasanya rangup dan manis. Sajian ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras yang agak cair dan dikirai di atas minyak panas menggunakan acuan khas iaitu tempurung yang berlubang-lubang. Dahulunya, kuih ini dilipat dalam bentuk segi tiga apabila telah masak. Pun demikian, kini kuih karas dibuat dalam pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk gulungan dan separuh bulat.
Kuih karas boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja dan sedap dinikmati bersama minuman panas seperti teh dan kopi di waktu petang. Kuih Karas juga menjadi pilihan untuk dihidangkan sewaktu majlis kenduri keramaian dan sambutan hari raya Aidilfitri juga Aidiladha.
- Kulinari Perlis dan negeri utara tanah air
-
Acuan tempurung
Minyak
1 paket tepung beras
1 cawan gula
1 1/2 cawan air
- Kacau gula dengan air hingga larut. Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan tempurung. Pada zaman moden kini, ada juga yang menggunakan acuan roti jala bermuncung 3 atau 5 untuk mengirai kuih karas.
- Panaskan minyak. Pastikan minyak tidak terlalu panas.
- Kirai adunan dari tepi kuali terlebih dahulu sebanyak 5 hingga 6 pusingan, sebelum dikirai ke bahagian tengah (dalam) kuali. Pastikan kiraian tidak tebal supaya mudah dilipat.
- Ulang semula proses kiraian dari tepi ke tengah sebanyak 5 hingga 6 pusingan lagi.
- Lipat kuih karas kepada dua bahagian dengan menggunakan senduk. Kemudian, lipat sekali lagi menjadi bentuk segi tiga.
- Goreng sekejap sambil balik-balikkan hingga berwarna keemasan. Sedia diangkat dan ditos minyaknya.
- Semasa diangkat, tekstur kuih karas masih agak lembut, tetapi apabila sejuk, kuih karas akan menjadi keras dengan sendiri.
- Nikmatilah keenakan dan kerangupan kuih karas, kuih tradisi yang sedikit bahannya, tetapi lumayan rasanya!
-
Sumber Rujukan
https://rona.my/resepi-kuih-karas/
https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/746/pengenalan
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!