KERANG LAUT KIMA

Makanan Tradisional

Gambar

2

Video

tiada

Pelawat Hari ini

1

Jumlah Pelawat

338

Pengenalan dan sejarah

Foto 1: Kima Jenis Tridacna Squamosa

Sumber: Maron, 2021


Kerang laut Kima adalah sejenis moluska laut dwicangkerang yang dikenali sebagai ‘Giant Clamps’ merupakan hidangan tradisional etnik Bajau Laut di Sabah yang sangat popular terutamanya di daerah Semporna, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Kunak (Abd-Ebrah & Peters, 2021). Kima tergolong dalam beberapa spesies seperti Tridacna Gigas, Tridacna Squamosa, Tridacna Crocea, Tridacna Maxima dan Tridacna Hippopus yang hidup di kawasan terumbu karang dan perairan cetek Indo-Pasifik (Bavoh, 2021). Dalam bahasa tempatan, jenis kima yang dijadikan hidangan ialah kima ‘Bohe’, ‘Lapiran’ dan ‘Sollot-Sollot’ kerana kima spesis ini bersaiz kecil dan lebih mudah diperolehi kerana ramai yang menternaknya didalam sangkar (Sairullah Ibrahim, 2024).

Foto 2: Kilau Kima
Sumber: Ihsan Penulis, 2024

Kima biasanya dimakan mentah (setelah dibersihkan), dicampur dengan perahan limau nipis, cuka, hirisan mangga muda dan cili yang dikenali dengan nama ‘Kilau Kima’. Selain itu, kima juga boleh dimasak dalam pelbagai versi masakan seperti masak kunyit, masak tiram, tumis pedas atau menjadi bahan campuran bersama sayur-sayuran untuk dijadikan lauk harian. Variasi lain termasuk kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan kemudian digoreng bersama bahan perisa tambahan.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

3 biji isi Kima

8 biji limau nipis / limau kasturi

1 sudu makan cuka

5 biji cili padi

½ sudu kecil garam

¼ sudu kecil serbuk perasa

1 biji mangga muda (pilihan)


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

1. Bersihkan isi kerang kima dan potong kecil-kecil. Pastikan bahagian dalam isi kima dicuci bersih untuk menghilangkan pasir atau kotoran.

2. Perahkan jus limau nipis atau limau kasturi ke atas isi kerang yang telah dicincang. Gaul rata dan biarkan seketika selama 5-10 minit. Ini membantu mengurangkan bau hanyir dan memberikan rasa masam yang menyegarkan.

3. Tambahkan sedikit cuka untuk memastikan isi kerang masak dengan larutan air cuka.

4. Masukkan hirisan cili padi, garam dan serbuk perasa lalu gaul rata sehingga semua bahan sebati.

5. Boleh tambahkan hirisan mangga muda yang dihiris halus (pilihan).

6. Kemudian perap semua bahan dalam tempoh 5-10 minit sebelum boleh dihidangkan.


Tokoh dan Pencapaian

Sairullah Ibrahim. 67 tahun. Kampung Bubul Baru, 91308 Semporna, Sabah

Sumber Rujukan

Abd-Ebrah, N. A., & Peters, R. F. (2021). Giant Clam Conservation in Sabah: a need for the appreciation of the Bajau people’s traditional ecological knowledge. IOP Conference Series Earth and Environmental Science, 736(1), 012001. https://doi.org/10.1088/1755-1315/736/1/012001 


Bavoh, E. M. (2021). Preliminary survey of the abundance of giant clams in Tun Sakaran Marine Park, Semporna, Sabah, Malaysia. Borneo Journal of Marine Science and Aquaculture (BJoMSA), 5(2), 75–77. https://doi.org/10.51200/bjomsa.v5i2.1682 


Maron, D. F. (2021). Criminals are stealing giant clams—and carving them like ivory. Here’s why. Animals. https://www.nationalgeographic.com/animals/article/giant-clams-are-being-stolen-and-carved-like-ivory


Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Sairullah bin Ibrahim
  • Kampung Bubul Baru, 91308 Semporna, Sabah
  • +60183727838
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Puan Nurshahrinna Syahrial

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu SABAH

088-205070

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!