Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT BERENDOI
Adat Resam
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
4
Jumlah Pelawat
30
Pengenalan dan sejarah
Berendoi atau acara naik buai adalah kesenian berunsur Islam yang disertai sekurang-kurangnya empat orang yang berdikir atau menyanyi dalam upacara ‘bercukur’ bayi yang berusia tujuh hari. Berendoi berasal daripada perkataan endoi dalam loghat Melayu Perlis bermaksud buaian untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Adat ini sebagai tanda kesyukuran keluarga menyambut kelahiran anak. Biasanya endoi iaitu buaian untuk upacara ini dihias indah dan bayi yang telah dicukur rambutnya diletakkan di dalamnya. Selepas itu bermulalah nyanyian berendoi memuji Rasulullah atau yang mengandungi nasihat, semangat dan teladan dengan harapan unsur-unsur tersebut dapat diterapkan kepada bayi yang sedang diendoi itu. Setiap lagu hanya empat rangkap, berbentuk syair seperti berikut;
“Kami mula dengan Bismillah,
Menyebut kedua Alhamdulillah,
Pohon nikmat kepada Allah,
Mendapat syafaat Rasulullah.”
● Menyambut kelahiran bayi yang baru lahir.
● Panjatan selawat dan doa memohon keberkatan dan kebaikan akhlak pada bayi yang bakal membesar, serta kebahagiaan hidup kepada keluarga.
● Mengerjakan perkara sunat seperti tahnik dan akikah terhadap bayi baru lahir.
● Aktiviti yang mengakrabkan hubungan antara jiran dan masyarakat.
Kumpulan Berendoi terdiri daripada beberapa orang lelaki yang memakai baju Melayu berkain pelekat lengkap bersongkok, atau perempuan yang berbaju kurung atau kebaya labuh seragam dan bertudung.
- Air
- Sirih pinang
- Tepak sirih
- Pisang
- Kurma
- Buaian atau endoi
- Gunting
- Susu
- Cincin
-
Antara kumpulan yang masih aktif di Perlis adalah kumpulan An Nur. Mereka turut merakam persembahan endoi mereka dan diletakkan dalam laman sesawang.
Sumber Rujukan
https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/750/pengenalan
https://www.researchgate.net/publication/353072563_BERENDOI_ACARA_NAIK_BUAI_SYAIR_NASIHAT_DAN_KESYUKURAN_dalam_Jurnal_Warisan_Tidak_Ketara
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!