LAKSA SARAWAK
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Laksa Sarawak sangat terkenal dan menjadi hidangan ikonik bagi masyarakat di negeri Sarawak. Keunikan laksa ini terletak pada rempah khas yang digunakan semasa proses penyediaannya. Rempah laksa ini sungguh berbeza dan tidak terdapat pada sajian laksa di negeri-negeri lain. Selain rempah khas, bahan-bahan asas lain termasuklah bihun, daging ayam yang telah dimasak, tauhu goreng, telur dadar, tauge, cendawan hitam, udang, telur rebus serta limau kasturi. Kuahnya diperbuat daripada campuran sambal belacan, santan, air asam jawa, bawang putih, lengkuas dan serai.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Langkah pertama dalam penyediaan mi kolok ialah dengan mendidihkan dua liter air yang dimasukkan bersama rempah laksa dan sebatang atau dua batang serai yang telah diketuk. Setelah mendidih seketika, masukkan pula secara perlahan-lahan bahan lain yang telah disediakan iaitu udang, santan, garam dan gula, kemudian gaul kesemua bahan tersebut untuk mendapatkan rasa yang sebati. Sementara itu, sediakan sebiji mangkuk untuk diletakkan bihun dan kemudian letakkan bahan-bahan laksa yang telah sebati tadi ke atas bihun terebut. Langkah terakhir bagi melengkapkan hidangan, masukkan kuah laksa ke dalam mangkuk bihun dan diikuti sambal belacan serta jus limau kasturi. Setelah semuanya lengkap, hidangan mi kolok sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

 

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :