BUAH ENGKALA
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Buah engkalak atau nama saintifiknya Litsea Garciae merupakan buah yang berada dalam keluarga Avocado. Buah engkalak merupakan buah yang bermusim seperti rambutan dan durian juga dabai. Buah ini paling banyak didapati di negeri Sarawak dan tidak di Semenanjung Malaysia. Buah engkalak hanya akan menjadi hidangan apabila telah cukup masak dan berwarna merah jambu. Buah yang masih muda dan masih belum cukup masak biasanya berwarna hijau dan boleh juga dijadikan jeruk. Pokok buah ini mengambil masa sehingga empat atau lima tahun untuk mula berbunga dan mengeluarkan hasil. Pada musim buah-buahan, buah engkalak boleh didapati dengan begitu mudah di pasar-pasar atau di pondok jualan buah-buahan di tepi jalan.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan terdiri daripada buah engkalak yang telah matang dan masak, air sederhana panas, garam atau kicap masin dan cili padi mengikut selera.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Buah engkalak hendaklah dicuci sehingga benar-benar bersih dan ditanggalkan daripada tangkainya untuk menghilangkan kekotoran. Semasa membersihkan buah engkalak,  ketuk buah tersebut dengan perlahan menggunakan belakang sudu supaya tekstur isinya yang masak akan menjadi lembut secara sekata. Ini juga bagi mengelakkan isi buah daripada sedikit keras dan liat apabila dimakan.


Setelah itu, sediakan air yang sederhana panas dan tuangkan ke dalam bekas berisi buah sehingga ke paras semua buah tenggelam di dalam air panas tersebut. Rendaman ini biasanya dibiarkan selama 10 hingga 15 minit di dalam bekas yang bertutup sehingga isinya menjadi lembut. Seterusnya, buangkan air daripada bekas rendaman dan masukkan garam untuk digaulkan rata bersama buah engkalak yang telah lembut. Setelah itu, buah yang enak ini sedia untuk dihidangkan semasa makan tengah hari atau makan malam. Selain garam, buah ini juga boleh dimakan bersama kicap dan cili padi potong malah boleh juga dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang lemak manis. Buah ini hanya dimakan bahagian isinya yang lembut,  dengan mengeluarkan biji secara memicit buah tersebut dengan jari.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :