Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

GENDANG BURDAH

Seni Persembahan >Muzik

Gendang Burdah merupakan kesenian tempatan Sarawak dalam kategori muzik yang hanya terdapat di Sri Aman khususnya kalangan masyarakat Melayu.

Dikir Burdah telah mula diperkenalkan oleh seorang pendakwah Islam yang datang dari Tanah Arab yang bernama Sheikh Hj. Abd. Karim. Beliau telah bergiat dalam menyebarkan ajaran agama Islam di Sambas, Pontianak, Indonesia. Melalui dakwah, beliau turut mengajar seni Dikir Burdah kepada penduduk setempat. Pada mulanya, Dikir Burdah hanya dipersembahkan di surau ketika menunggu masuknya waktu solat Isyak, iaitu antara ruang masa selepas solat Maghrib dan sebelum masuknya waktu solat Isyak. Setelah sekian lama, amalan dikir ini telah mendapat pandangan jemaah surau untuk dijadikan sebuah persembahan dan aktiviti harian penduduk setempat. Salah seorang daripada anak murid pendakwah tersebut iaitu Sheikh Haji Abdul Rahman yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab meneruskan amalan Dikir Burdah ini.

• 1

• 1583

SAYAU KADAYAN

Seni Persembahan >Tarian

Sayau Kedayan atau lebih dikenali dengan nama Sayau Moginum adalah sebuah tarian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat etnik Dusun Tatana di daerah Kuala Penyu. Secara tradisional, tarian ini berasal daripada adat ritual Moginum iaitu upacara khusus untuk memanggil roh nenek moyang atau kaum keluarga yang meninggal dunia untuk menghadiri sesebuah majlis yang diraikan. Namun begitu, seawal tahun 1961 dalam sambutan Pesta Kaamatan, tarian ini mulai dipersembahkan pada khalayak umum sebagai sebuah apresiasi bentuk persembahan yang menonjolkan budaya etnik Dusun Tatana.

• 3

• 4607

TARIAN WAYANG KULIT PURWO

Seni Persembahan >Tarian

Wayang Kulit Purwo, juga dikenali sebagai Wayang Kulit Jawa, merupakan salah satu bentuk teater bayangan tradisional yang berasal dari Jawa dan dibawa ke Malaysia oleh komuniti Jawa yang berhijrah ke negara ini. Persembahan ini menggunakan patung-patung kulit yang diukir halus untuk menggambarkan watak-watak dari epik Hindu seperti Mahabharata dan Ramayana, serta cerita-cerita Panji.

Wayang Kulit Purwo dipercayai berasal dari Jawa, Indonesia, dan telah wujud sejak 1500 tahun Sebelum Masihi. Ia dicipta oleh nenek moyang suku Jawa untuk tujuan ritual tertentu. Di Malaysia, Wayang Kulit Purwo diperkenalkan oleh komuniti Jawa yang berhijrah ke negeri-negeri seperti Johor dan Selangor. Persembahan ini mengekalkan banyak elemen tradisional Jawa, termasuk bahasa dan muzik gamelan.

• 2

• 2474

MUZIK GAMELAN JAWA

Seni Persembahan >Muzik

Gamelan Jawa mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kehadiran gamelan Jawa di Malaysia berkait rapat dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka mempersembahkan gamelan bersama wayang kulit purwa dan tarian seperti Tari Kifrah, Serimpi Lilin, Butterfly, dan Cakil. Alat muzik gamelan juga digunakan untuk mengiringi persembahan Riog, Barungan, dan Kuda Kepang. Muzik gamelan sering dimainkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan, dan acara-acara lain.

Gamelan jenis ini boleh ditemui di Johor, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi sebagai hiburan rakyat dan tidak terhad kepada persembahan di istana sahaja.

• 0

• 3041

TARIAN KELUNDANG

Seni Persembahan >Tarian

Kelundang bermaksud ‘kayu’. Pada asalnya, Tarian Sewang Kelundang adalah cara perubatan orang asli dan tidak mempunyai penari khusus, tetapi lama-kelamaan tarian diselitkan kerana semakin ramai orang menyaksikan upacara pengubatan ini. Pengubatan melalui cara Tarian Sewang Kelundang bukan saja diamalkan oleh suku kaum Jakun tetapi juga oleh Suku Kaum Semai dan Temiar. Suku Kaum Jakun akan menggunakan kayu kelundang tetapi Suku Kaum Semai dan Temiar akan menggunakan buluh. Walau bagaimanapun, seni kata lagu adalah mengikut dialek masing-masing. Ilmu pembomohan melalui cara Tarian Sewang Kelundang diperolehi melalui dua cara, pembelajaran dan warisan. Namun begitu, bomoh yang handal adalah mereka yang mewarisi ilmu pembomohan atau diperturunkan daripada generasi dahulu. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Kayu Panjang diketuk beramai-ramai bagi menghasilkan bunyi dan irama. Dua batang kayu dipegang oleh setiap penari dan diketuk beramai-ramai pada kayu Panjang. Proses perubatan melalui tarian Sewang Kelundang mengambil masa yang agak lama dan kadangkala sepanjang malam. Kayu yang digunakan pula tidak boleh kayu sembarangan dan mesti menggunakan kayu ’batang peruan’. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Tarian Sewang Kelundang melibatkan sekurang-kurangnya lima orang penari lelaki dan perempuan dan seorang bomoh yang disusun secara berselang-seli. Daun palas dianyam yang dinamakan jari lipan akan dipakai diatas kepala bomoh dan juga penari. Seni kata lagu agak panjang dan bergantung kepada masa yang diambil semasa proses pengubatan. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Dek kerana peredaran zaman, kini Tarian Kelundang telah dikomersialkan kepada seni persembahan tarian selamat datang kepada para pengunjung yang melancong dan melawat penempatan Orang Asli Suku Kaum Jakun, di Perkampungan Orang Asli Gumum, Tasik Chini, Pahang.  Manakala batang pokok kelundang yang telah dipotong dua kaki akan digantung pada pemegang seperti kaki gong. Ketukan pada batang pokok kelundang akan mengeluarkan bunyi sebagai muzik iringan ketika persembahan tarian ini diadakan. Tarian ini dicipta daripada gerakan asas tarian Sewang yang disertai sekurang-kurangnya 15 orang termasuk penari, pemuzik dan penyanyi. Pola lantainya ringkas iaitu bulatan dan memanjang. Ketika persembahan, penyanyi akan menyanyi dalam bahasa Orang Asli Suku Kaum Jakun yang mengandungi pantun-pantun bagi meraikan pengunjung dan menceritakan keindahan Tasik Chini.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

TAJUK LAGU: SELAMAT DATANG<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Bukan lebah sebarang lebah<o:p></o:p>

Lebah bersarang di pokok tualang<o:p></o:p>

Bukan sembah sebarang sembah<o:p></o:p>

Sembah merafak tuan yang datang<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Bukan batang sebarang batang<o:p></o:p>

Batang bercabang batang di hutan<o:p></o:p>

Dari jauhlah kami datang<o:p></o:p>

Tari Kelundang kami sajikan<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Bukan tasik sebarang tasik<o:p></o:p>

Tasik Chini nama diberi<o:p></o:p>

Bukan tasik sebarang tasik<o:p></o:p>

Tempat bertapa naga misteri<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Betapa tinggi Gunung Tahan<o:p></o:p>

Orang berdayung ke Kuala Bera<o:p></o:p>

Mari bersama kita amalkan<o:p></o:p>

Berbudi bahasa budaya kita<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Bukit Temakang Bukit Gelugor <o:p></o:p>

Nampak dari Tasik Chini<o:p></o:p>

Tuan yang datang kami menghibur<o:p></o:p>

Bilakah kita berjumpa lagi<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Bukan lebah sebarang lebah<o:p></o:p>

Lebah bersarang di pohon buluh<o:p></o:p>

Bukan sembah sebarang sembah<o:p></o:p>

Sembah menyusun jari sepuluh<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

• 35
• 3422

GENDANG URUMEE MELAM

Seni Persembahan >Muzik

​Urumee Melam merupakan alat seni pergendangan tradisional yang berakar umbi daripada warisan budaya masyarakat Tamil di India Selatan, khususnya dari wilayah Tamil Nadu. Ia tergolong dalam keluarga alat membranofon, iaitu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui getaran membran atau kulit yang direntangkan. Urumee Melam mempunyai badan berbentuk silinder yang diperbuat daripada kayu atau logam, dan kedua-dua hujungnya dilitupi dengan kulit haiwan. Ia dimainkan dengan menggunakan tangan dan kayu pemukul, dan biasanya disangkut pada badan pemain dengan tali atau kain bagi membolehkan ia dimainkan secara bergerak. Teknik pukulan yang digunakan membolehkan pemain menghasilkan ritma kompleks dan nada bergulung yang berterusan, menjadikannya berbeza daripada kebanyakan alat pergendangan lain.

Alat gendang ini diperkenalkan ke Tanah Melayu sekitar abad ke-19 melalui gelombang penghijrahan masyarakat India yang datang untuk bekerja di sektor perladangan dan pembinaan. Sejak itu, Urumee Melam telah menjadi sebahagian penting dalam upacara keagamaan Hindu di Malaysia, terutamanya dalam sambutan Thaipusam, Pongal, dan perarakan kavadi. Irama dan pukulan yang mengasyikkan daripada gendang ini sering kali mencipta suasana rohani yang mendalam, menyatukan komuniti, serta menyemarakkan semangat keagamaan dalam kalangan penganut.

Kini, Urumee Melam tidak hanya dihargai oleh masyarakat India, tetapi juga diminati oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang ingin memahami, menghargai dan memelihara keunikan warisan budaya ini. Ia menjadi contoh nyata bagaimana seni muzik tradisional bukan sahaja mampu menghubungkan manusia kepada kepercayaan dan akar budayanya, tetapi juga sebagai jambatan perpaduan dan kefahaman antara komuniti.

• 9
• 6945

LAKON BERADAT

Seni Persembahan >Muzik

Dikatakan bahawa pada asalnya Lakon Beradat yang merupakan muzik hadrah telah dibawa dari Timur Tengah oleh rombongan pedagang Arab yang diketuai oleh Syed Mahmud Saman. Rombongan pedagang tersebut akan mempersembahkan muzik hadrah di hadapan penduduk tempatan pada setiap kali mereka singgah berdagang di Kepulauan Melayu termasuklah di Pulau Borneo. Hal ini telah mula menarik minat penduduk tempatan untuk mengetahui lebih lanjut akan muzik ini dan seterusnya cuba untuk mempelajarinya. Syed Mahmud telah membahagikan persembahan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan gendang dan kumpulan syair. Sementara itu, lakonan dalam persembahan muzik ini adalah berpandukan lagu-lagu yang memuja kebesaran ALLAH s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.

Pada tahun 1902, persembahan Lakon Beradat ini telah dikembangkan ke Kampung Sibi, Bintulu, Sarawak oleh seorang guru agama yang juga pedagang dari Sambas, Indonesia iaitu Guru Ahmad Zamzam mengembangkan. Lagu yang popular dan sering didendangkan pada ketikan  itu termasuklah lagu Bismillah, Allanabia, Yafattah, Al-Fasah dan Salora Bona. Kini, hanya terdapat dua kumpulan yang masih bergerak aktif di Sarawak iaitu Kumpulan Hadrah Budaya Bintulu dan Kumpulan Hadrah Kampung Sambir di Bahagian Kuching.

• 0

• 1186

MARHABAN

Seni Persembahan >Muzik

Marhaban adalah salah satu bentuk persembahan kesenian Islam yang popular di negeri Perak. Perkataan ( بحرم) “Marhaba” berasal daripada perkataan kata kerja bahasa Arab ( بحر) “Rahaba” yang bererti lapang dan luas. Ia membawa maksud ucapan selamat atau hormat  yang  diucapkan  bagi  mengalu-alukan seseorang  ketika  bertemu  juga  ada  yang menterjemahkan ungkapan ini kepada “selamat datang”.

Marhaban merujuk kepada sebahagian bacaan yang terbit daripada Rawi (bab) keempat dalam kitab Majmu’ah Maulud Sharaf al-Anam. Ia bermula pada rangkap kelapan, khususnya ketika tiba pada ayat yang menyebut tentang kelahiran Rasulullah SAW iaitu “Baginda dilahirkan”. Pada bahagian ini, para pendendang dan hadirin akan berdiri bersama-sama untuk melantunkan nyanyian yang dikenali sebagai Marhaban. Lagu nyanyian tersebut terkenal sehingga ke hari ini iaitu;

Thala'al Badru 'Alayna, Min Thaniyyatil Wada'

Wajabash Shukru 'Alayna, Ma Da'a Lillahi Daa'

Tradisi ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu, kerana ia melambangkan penghormatan dan kegembiraan terhadap peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menjadikannya elemen penting dalam pembacaan kitab tersebut.

• 3
• 10438

TARIAN SAYAU BELANDAIH

Seni Persembahan

Sayau Belandaih adalah salah satu tarian tradisional masyarakat etnik Kadazan-Dusun daripada suku Dusun Tatana yang diamalkan di kampung Kayul, Kampung Gorowot, Kampung Menunggang dan Kampung Melampai, daerah Kuala Penyu.

• 0

• 2220

TARIAN CERACAP INAI

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Ceracap Inai merupakan salah satu bentuk seni persembahan tradisional masyarakat Melayu yang berasal dari negeri Johor, khususnya dari Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar. Tarian ini tergolong dalam kategori tarian rakyat yang kaya dengan nilai adat dan kesopanan, serta memainkan peranan penting dalam warisan budaya negeri Johor. Keunikan tarian ini terletak pada gabungan elemen tarian istana dan rakyat, menjadikannya simbol kesinambungan tradisi antara masyarakat bangsawan dan rakyat jelata.

Asal-usul tarian Ceracap Inai dikaitkan secara langsung dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, khususnya peristiwa ketika Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke hulu Sungai Muar setelah Kota Melaka dikepung dan diserang oleh Portugis selama sepuluh hari pada tahun 1511. Dalam peristiwa pengunduran ini, Sultan Mahmud Shah bersama para pengikutnya bukan sahaja membawa barang keperluan, tetapi turut membawa serta bentuk-bentuk persembahan istana seperti tarian, muzik, dan alat kebesaran diraja. Salah satu persembahan yang diwarisi daripada zaman tersebut ialah tarian Ceracap Inai, yang terus dipelihara dan diamalkan di wilayah-wilayah tertentu di Johor hingga ke hari ini.

Menurut Tuan Haji Sukor bin Basir, seorang tokoh dan adiguru yang aktif memperjuangkan kelangsungan tarian ini, Ceracap Inai berasal daripada tradisi istana yang lazimnya dipersembahkan di hadapan Sultan dan para pembesar sebagai tanda penghormatan. Justeru, gerak tari yang terkandung dalam persembahan ini menonjolkan unsur ‘menyembah duli’ seperti gerakan sembah, tunduk, dan simbolik ampun yang mencerminkan kerendahan diri, tata susila dan adab Melayu yang tinggi. Elemen-elemen ini memperkukuh lagi nilai spiritual dan moral yang terkandung dalam setiap persembahan Ceracap Inai.

Pada peringkat awal, tarian ini hanya dipersembahkan oleh penari wanita sahaja, sejajar dengan fungsinya dalam majlis-majlis diraja Melayu yang berlangsung di dalam istana, lazimnya ditarikan oleh para dayang-dayang. Para penari wanita menzahirkan gerakan penuh kelembutan dan kesopanan yang mencerminkan nilai keayuan serta kehalusan budi pekerti perempuan Melayu. Namun, dalam amalan kontemporari, Ceracap Inai juga telah mula dipersembahkan oleh pasangan penari lelaki dan wanita atau dalam kumpulan bercampur yang bergantung kepada kesesuaian acara dan kreativiti penggiat seni setempat. Walaupun berlaku perubahan dalam bentuk persembahan dan penyertaan penari dan keaslian gaya gerak, nilai kesopanan dan adat Melayu tetap dikekalkan. Perubahan ini dilihat sebagai usaha progresif untuk memastikan warisan tarian Ceracap Inai terus relevan dan lestari dalam kalangan generasi baharu serta memperkukuh identiti budaya Johor secara berterusan.

• 0
• 4737

TARIAN GAMBUS PADANG CHANGKAT

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Gambus merupakan seni warisan tradisional yang penting dalam budaya masyarakat Melayu di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Nama tarian ini diambil daripada alat muzik gambus, iaitu sebuah instrumen bertali yang berasal dari Timur Tengah. Instrumen ini kemudiannya diubah suai untuk disesuaikan dengan citarasa serta nilai-nilai budaya masyarakat Melayu tempatan.

Mengikut catatan sejarah, seni Gambus di Kampung Padang Changkat dipercayai diperkenalkan oleh Raja Azlan Shah (Tengku Delan), iaitu ayahanda tiri Almarhum Sultan Idris Shah, sekitar tahun 1970 hingga 1971. Seni ini kemudiannya mengalami perkembangan pesat, bukan sahaja dalam bentuk muzik, tetapi turut menghasilkan tarian yang dikenali sebagai Tarian Gambus. Tarian ini kini menjadi salah satu simbol identiti budaya yang sinonim dengan negeri Perak.

Asalnya tarian ini hanya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja. Namun kini, ia turut ditarikan oleh kaum wanita baik secara berkumpulan mahupun berpasangan antara lelaki dan wanita. Secara teknikal, tarian Gambus Padang Changkat mempunyai banyak persamaan dengan tarian zapin. Unsur-unsur tingkah dan adab dalam tarian ini, seperti adab takzim, duduk sembah, kepala zapin atau alif, pecah tari, tahtim, Yamman, dan wainab, dipinjam daripada zapin tradisional. Namun, identiti unik Tarian Gambus terserlah melalui irama gambus yang dimainkan serta lirik lagu yang dinyanyikan, yang membezakan tarian ini daripada zapin yang lain.

• 5
• 2298

TARIAN TRADISIONAL ‘LIMBAI’

Seni Persembahan >Tarian

’Limbai’ merupakan tarian tradisional etnik Bajau yang cukup terkenal di daerah Kota Belud, Sabah. Tarian ini dipersembah sebagai acara khas ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Ia juga sebagai tanda untuk menjemput pengantin lelaki naik ke rumah bagi melakukan istiadat ijab kabul (pernikahan).

Ciri-ciri pergerakan Tarian Limbai

Tarian ’Limbai’ ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan penari wanita. Penari wanita akan melambai-lambaikan tangan sambil bergerak ke kiri dan ke kanan. Mereka turut menggerakkan selendang seolah-olah melambai-lambaikannya sebagai simbol untuk mengundang dan mengucapkan selamat datang kepada pengantin lelaki bersama rombongan.

Sementara itu, penari lelaki pula akan melakukan pergerakan seakan-akan memulas atau melenggokkan pergelangan tangan mereka sebagai membalas lambaian penari-penari wanita tadi. Gerak tari penari-penari lelaki dan wanita merupakan simbolik dalam menjalinkan hubungan harmoni dan semangat kekitaan yang tinggi.

• 21
• 6297