Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211
JOGET CAK KUN CAK
Joget Cak Kun Cak adalah salah satu bentuk tarian tradisional Malaysia yang berkembang sebagai hasil pengaruh seni budaya Melayu dan pengaruh luar, seperti dari seni persembahan Jawa dan Portugis. Tarian ini tergolong dalam genre Joget, iaitu salah satu tarian tradisional paling popular di Malaysia yang sering dipersembahkan dalam acara perayaan atau majlis keramaian.
Sejarah dan asal usul joget Cak Kun Cak dipercayai muncul sebagai variasi dari tarian Joget Melayu yang berkembang pada zaman penjajahan. Tarian ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur tarian Portugis seperti Branyo, yang diperkenalkan oleh pedagang dan pelayar Portugis di Melaka pada abad ke-16.
Joget Cak Kun Cak dinamakan berdasarkan bunyi yang dihasilkan oleh muzik pengiringnya, terutamanya bunyi perkusi yang menyerupai "cak kun cak." Istilah ini juga menyerupai suara atau bunyi alat muzik tradisional, seperti rebana atau gong, yang digunakan untuk mengiringi tarian.
- 0
- 1923
KERONCONG DI SELANGOR
Keroncong ialah seni muzik tradisional yang dipercayai berasal dari Indonesia, khususnya Pulau Jawa dan telah berkembang menjadi sebahagian seni tradisional penting dalam landskap muzik Malaysia. Irama dan lagu keroncong dikenali kerana kelembutannya yang biasa dimainkan menggunakan alat muzik yang dipetik dan digesek. Sehubungan dengan itu, Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan maksud keroncong sebagai irama dan lagu Melayu yang lembut.
Sejarah muzik keroncong bermula pada abad ke-16, ketika penjajah Portugis memperkenalkan alat muzik seperti Cavaquinho dan gitar kepada penduduk tempatan di Nusantara. Pengaruh ini melahirkan genre muzik yang kemudian dikenali sebagai keroncong. Sehinggalah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, irama muzik Keroncong mulai berkembang di Malaysia melalui penghijrahan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu, terutamanya ke negeri Selangor dan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Mereka membawa bersama budaya dan seni
muzik mereka, termasuklah keroncong yang kemudiannya diterima baik oleh masyarakat tempatan. Seiring waktu, muzik keroncong di Selangor telah mengalami evolusi dengan menggabungkan elemen tempatan sambil mengekalkan bentuk asalnya.
- 14
- 4253
ARANG TAWAK
Arang Tawak merupakan tarian tradisional masyarakat etnik Lundayeh, yang sebahagian besarnya mendiami daerah Sipitang dan kawasan pedalaman Long Pasia di Sabah. Dikenali sebagai tarian pahlawan, ia melambangkan keberanian dan semangat kepahlawanan kaum lelaki dalam mempertahankan diri atau mengalahkan musuh dalam peperangan antara puak. Tarian ini dimulakan dengan pukulan gong yang bergema di seluruh kampung, menandakan kepulangan para pahlawan mereka yang diiringi dengan gerak tari gemalai kaum wanita sebagai tanda sambutan. Kemudian, para pahlawan turut serta dalam tarian tersebut, menampilkan gerak-gerak kepahlawanan mereka sebagai simbol kemenangan dan keberanian.
- 3
- 1675
GENDANG 24 MUSIM
Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Menurut sejarah, ensemble ini mempunyai 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam calendar China. Kalendar 24 Musim ini merupakan satu calendar yang dicipta rakyat China pada zaman purba berdasarkan kepelbagaian fenomena alam khususnya perrubahan iklim. Nama setiap musim ditulis pada setiap gendang menggunakan kaligrafi Cina.
Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan sebagai gabungan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak langsung sebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan interpretasi baru terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannya yang banyak dan sejak tahun 1990an lagi telah diajarkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim pertama kalinya diasaskan oleh seorang guru muzik yang berasal dari negeri Johor Bahru, En. Chen Wei Chong pada 12 Jun 1988.
Persembahan pertama ensemble ini hanya menggunakan Sembilan gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor Bahru. Oleh kerana persembahan ini mendapat sambutan dan minat ramai, pertubuhan ini Berjaya mendapatkan sumbangan dan dana untuk membeli sebanyak 15 gendang untuk melengkapkan ensemble ini.
- 1
- 9126
PERGENDANGAN DHOL
Dhol dan Bhangra bermula sebagai pengisian perayaan meraikan musim menuai dan vaisakhi. Selepas pembentukan Punjab pada tahun 1947, ia mulai menjadi persembahan pentas. Tarian Punjabi yang dipersembahkan pada ketika itu mengikuti rentak Dhol dikenali sebagai Bhangra. Tradisi ini semakin meluas ke segenap rantau dan berkembang menjadi sebuah tarian rakyat yang unik dipanggil Bhangra dan kini dipersembahkan pada setiap perayaan besar di Utara India. Lagu-lagu iringan terdiri daripada bait-bait ringkas yang ditulis dalam bahasa Punjabi dipanggil boliyah. Lagu - lagu yang dimainkan berkaitan perayaan menuai, kasih sayang, patriotisme dan kekeluargaan.
Dalam muzik rakyat Punjabi, alat muzik dhol yang bersaiz kecil sedikit dipanggil dholki, hampir sering digunakan sebagai alat muzik utama. Namun pada masa kini dhol sering digunakan, dengan atau tanpa dholki. Dhol merupakan sejenis alat muzik yang menghasilkan bunyian yang rancak yang boleh membuatkan orang menari.Muzik pergendangan tradisional Dhol yang dikatakan berasal dari daerah Punjabi, India, merupakan sebuah kesenian kaum Punjabi atau Sikh di Malaysia. Dhol adalah gendang laras bermuka dua yang kebanyakannya dimainkan untuk mengiringi tarian Punjabi tradisional seperti ‘Bhangra’ dan ‘Giddha’. Pergendangan Dhol juga ditemui di wilayah Punjab di Pakistan dan utara India, seperti di negeri Punjab, Himachal Pradesh, Haryana, dan Delhi. Pergendangan Dhol telah menjadi salah satu elemen dalam amalan-amalan pengikut agama Sikh. Pergendangan Dhol juga berfungsi untuk memandu minda penganut yang mencari ketenangan rohani. Seiring dengan perkembangan zaman, kini ia dipersembah secara meluas dalam upacara kaum Punjabi. Walaupun Bhangra bermula hanya sebagai sebahagian daripada perayaan menuai, namun ia akhirnya menjadi sebahagian daripada pelbagai majlis keraian seperti perkahwinan dan sambutan tahun baharu.
- 12
- 3627
TARIAN SI TUBAU
Si Tubau adalah salah satu tarian tradisional bagi masyarakat etnik Iranun di Sabah yang kebanyakannya menetap di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran. Nama tarian ini diambil daripada istilah “Tubau” yang bermaksud “kain tenun” iaitu sebuah hasil seni tekstil yang menjadi kebanggaan etnik Iranun. Kain tenun ini dihasilkan untuk menjadi baju, skirt, tuala, selendang dan seluar. “Si Tubau” pula secara khusus merujuk kepada “Si Tukang Tenun”, iaitu individu yang mahir dalam seni menenun kain tradisional ini. Disebabkan itu, kebanyakan pergerakan dalam tarian ini mempamerkan gerak-gerak seperti seseorang yang sedang menenun kain.
- 1
- 2365
TARIAN ZAPIN KORES
Tarian Zapin Kores merupakan salah satu warisan seni zapin Melayu yang unik dan berasal dari Kampung Kores, Batu Pahat, Johor. Nama "Kores" berasal daripada istilah yang menggambarkan lekok-lekok sungai yang menyerupai bentuk lok keris. Kesenian ini menggambarkan kesinambungan tradisi yang diolah berdasarkan nilai estetika tempatan.
Zapin Kores diperkenalkan oleh Haji Husin Ahmad yang mempelajari seni zapin daripada seorang penduduk kampung, Dollah Pak Besar. Dollah Pak Besar, seorang peniaga buah pinang, kerap berulang-alik ke Sumatera, Indonesia untuk urusan perniagaan. Semasa lawatannya, beliau sempat mendalami seni zapin di sana dan membawanya pulang ke Kampung Kores dengan variasi serta gaya yang disesuaikan dengan konteks budaya setempat.
- 0
- 2257
SAZAU PAPAR
Sazau merupakan tarian tradisional yang diwarisi oleh masyarakat etnik Kadazan-Dusun dari daerah Papar yang kebanyakkannya didiami oleh suku etnik Dusun Papar. Nama ‘Sazau’ bermaksud ‘menari’ di mana teRminologi ini sering dikaitkan dengan perkataan daripada perbuatan mernari seperti ‘Kasasaazau’ (baru sahaja menari), ‘Kasazau’ (dapat menari), ‘Kopisazau’ (boleh menari bersama), ‘Nakasazau’ (menari bersama-sama dengan), ‘Nokopisazau’ (telah menari bersama-sama dengan) dan ‘Sansazau-Sazau’ (semua sedang menari-nari) (Kamus Kadazan Dusun Malay-English, 1995).
Sejarah Sazau berkait rapat dengan kehidupan pertanian dan budaya agraria masyarakat dusun di daerah Papar. Tarian ini adalah lambang kebudayaan tempatan yang kaya dengan nilai-nilai tradisional, mencerminkan gaya hidup masyarakat yang hidup dalam harmoni dengan alam sekitar. Sebagai tanda nikmat dan rasa syukur, tarian ini dipersembahkan dalam segenap upacara adat khususnya seperti Upacara Madsuwau, Upacara Monogit dan Upacara Gumazad. Selain itu, ia juga sering dipersembahan dalam pesta adat dan majlis keramaian.
- 3
- 5445
LAGU BERPUKONG (MENIDURKAN BAYI)
Berpukong atau berpokong merupakan salah satu adat tradisional menidurkan bayi dalam masyarakat Melayu Banjar yang sarat dengan nilai budaya dan keagamaan. Dalam amalan ini, bayi ditidurkan dalam posisi duduk dengan badan diikat kemas menggunakan kain hingga ke paras tengkuk, manakala kedua-dua kakinya dibiarkan terlunjur keluar dari buaian. Semasa buaian diayun, ibu-ibu akan mengalunkan Lagu Berpukong dalam dialek Banjar, diselang-seli dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Lagu Berpukong adalah salah satu bentuk tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu Banjar. Lagu ini tidak ditulis dalam bentuk teks, tetapi hanya disampaikan secara lisan, menjadikannya elemen penting dalam warisan budaya yang bersifat oral. Liriknya bukan sahaja mencerminkan kehidupan masyarakat masa lampau tetapi juga berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan pujian, hasrat, dan doa. Dalam tradisi ini, ibu-ibu mendoakan agar anak-anak mereka kelak menjadi individu yang beriman, berbakti kepada ibu bapa, serta berguna kepada bangsa dan negara.
Adat Berpukong dan Lagu Berpukong menggambarkan keunikan nilai budaya masyarakat Banjar, di mana elemen keagamaan, seni, dan tradisi digabungkan untuk menyemai kasih sayang, nilai moral, dan identiti budaya dalam kalangan generasi muda. Amalan ini menjadi bukti warisan budaya yang kaya, menghubungkan masyarakat Banjar dengan akar sejarah dan identiti tradisional mereka.
- 7
- 1698
ALAT MUZIK GENDANG
Gendang sering digunakan untuk melengkapkan ensembel alat muzik tradisional di negeri Sabah khusunya Kulintangan, Gong, Babandil mahupun iringan alat muzik buluh. Hampir semua masyarakat etnik pribumi di Sabah mempunyai alat muzik ini yang digunakan untuk upacara adat, perayaan tradisional sehinggalah menjadi sebahagian daripada simfoni persembahan majlis keramaian, perkahwinan dan pelbagai jenis pesta. Sebagai sebuah alat muzik yang tergolong dalam kategori membranofon kerana menghasilkan bunyi melalui getaran membran pada kulit yang dipalu, Gendang sangat signifikan menambahkan lapisan ritma yang penting dalam persembahan budaya tradisional masyarakat etnik di Sabah.
- 1
- 4844
TARIAN KLASIK INDIA SG PETANI
Tarian klasik India di Sungai Petani, Kedah, mempunyai sejarah yang kaya dan berkait rapat dengan migrasi masyarakat India ke Tanah Melayu, khususnya pada abad ke-19 dan ke-20. Tarian ini, yang merangkumi pelbagai bentuk seperti Bharatanatyam, Kathak, dan Odissi, dibawa bersama oleh pendatang India yang tiba sebagai pekerja di ladang dan juga pedagang. Tarian klasik ini bukan sahaja dianggap sebagai satu bentuk seni, tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan cerita epik seperti Ramayana dan Mahabharata, serta untuk melaksanakan ritual keagamaan dalam kuil Hindu.
Di Sungai Petani, tradisi tarian ini berkembang pesat dengan penubuhan pelbagai institusi seni dan budaya yang bertujuan memelihara warisan tersebut.
- 0
- 2356
TARIAN LABI-LABI
Tarian Labi-Labi merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Tarian ini terinspirasi oleh pergerakan dan sifat kura-kura atau labi-labi, haiwan yang sering ditemui di kawasan sungai dan perairan di negeri tersebut. Ia merupakan tarian rakyat yang penuh dengan unsur humor dan hiburan.
Tarian Labi-Labi dipercayai bermula daripada masyarakat nelayan di Terengganu.
Ia dicipta untuk menggambarkan hubungan antara manusia dan alam semula jadi, khususnya haiwan labi-labi, yang merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
Tarian ini biasanya dipersembahkan pada majlis keramaian, pesta rakyat, dan upacara tradisional sebagai hiburan kepada masyarakat.
Tema dan Maksud Tarian
Tema utama tarian ini adalah kehidupan labi-labi, iaitu sifatnya yang lambat, berhati-hati, tetapi bijak.
Tarian ini sering mengandungi unsur jenaka yang mencerminkan kehidupan masyarakat nelayan, terutamanya dalam hubungan mereka dengan haiwan tersebut.
Ia juga menggambarkan semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam masyarakat.
- 1
- 2848