Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211
MUZIK GAMELAN
Gamelan adalah sejenis ensemble muzik tradisional yang berasal dari Kepulauan Melayu, khususnya di Indonesia (terutamanya di Jawa dan Bali) dan beberapa bahagian Malaysia, seperti Pahang, Selangor, dan Perak. Muzik gamelan adalah gabungan alat muzik yang terdiri daripada instrumen logam, kayu, dan perkusi, dan ia memainkan peranan penting dalam kebudayaan dan upacara keagamaan, adat, serta seni persembahan di Asia Tenggara.
Sejarah dan Asal Usul Gamelan
Gamelan mempunyai sejarah yang panjang dan kaya, bermula dari kebudayaan Jawa dan Bali di Indonesia. Ia dipercayai telah wujud lebih daripada seribu tahun lalu. Dalam konteks Indonesia, gamelan adalah muzik yang digunakan dalam pelbagai acara, dari upacara keagamaan, pertunjukan seni, hingga majlis keramaian. Pengaruh gamelan juga dapat ditemui di Malaysia, khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan budaya istana, terutamanya di negeri-negeri seperti Pahang, Perak, dan Selangor.
Muzik gamelan di Malaysia cenderung dipengaruhi oleh bentuk-bentuk gamelan yang datang dari Indonesia, tetapi mengalami adaptasi berdasarkan budaya dan keperluan setempat.
- 1
- 9747
ALAT MUZIK SULING (SERULING)
Suling dalam konteks masyarakat etnik Kadazan-Dusun adalah alat muzik tradisional dalam kategori aerofon jenis seruling mulut yang bersaiz lebih pendek berbanding saiz panjang seruling biasa. Ia diperbuat daripada buluh Sumbiling yang mempunyai lima atau enam lubang jari dikenali dengan nama ‘Pongombitan’. Bagi lubang ibu jari pula dikenali dengan nama ‘Molohing Tunturu’. Kedua-dua hujung Suling akan ditebuk untuk aliran tiupan daripada mulut dan aliran nada bunyi yang dihasilkan. Lubang untuk meniup dikenali dengan nama ‘Pogunian’ dan hujung lubang Suling (belakang) dikenali dengan nama ‘Pongirusan’.
Alat muzik Suling ini lebih mudah dihasilkan jika dibandingan dengan alat muzik buluh yang lainnya. Tetapi, ia memerlukan ketelitian dalam penghasilannya untuk memastikan Suling mengekalkan keaslian bunyi serta tradisi pembuatan yang diwarisi turun-temurun.
- 3
- 7470
TARIAN SENANDUNG
Tarian Melayu asli Sarawak ini dipersembahkan oleh golongan wanita dalam majlis-majlis perkahwinan atau keramaian. Pada asalnya tarian ini diberi nama Dayang Sari, sempena mengambil nama gelaran Dayang iaitu kata nama gelaran bagi kaum wanita dan Sari adalah nama wanita yang disanjung tinggi.
- 0
- 1185
KERTUK ULU
Kertuk Ulu merupakan satu seni muzik tradisional yang unik dan hanya terdapat di daerah Hulu Terengganu, khususnya di Kampung Baong, Kuala Berang. Pada asalnya, seni muzik ini dikenali sebagai "Gendang Batak" dan dipercayai dicipta oleh pahlawan terkenal, Mat Kilau, semasa beliau menetap di kawasan tersebut. Ketika menunggu padi huma masak, Mat Kilau menggunakan batang buluh untuk menghasilkan bunyi-bunyian bagi menghalau burung yang mengganggu tanaman. Bunyi tersebut kemudiannya berkembang menjadi satu irama gendang silat, yang kemudiannya dikenali sebagai Gendang Batak kerana belum ada nama rasmi ketika itu. Pada mulanya, muzik ini hanya dimainkan dengan menggunakan irama gendang silat sahaja tanpa iringan alat muzik lain. Namun, pada tahun 2002, usaha memulihkan dan memperkenalkan semula seni muzik ini digerakkan oleh Tuan Haji Ali bin Ismail bersama-sama penduduk kampung, setelah mendapat sokongan dan nasihat daripada beberapa penggiat seni serta pegawai dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu. Melihatkan nama "Gendang Batak" kurang sesuai, nama tersebut telah ditukar secara rasmi kepada "Kertuk Ulu" pada tahun 2004. Sejak penjenamaan semula itu, kumpulan muzik Kertuk Ulu mula diangkat dan dipersembahkan secara lebih meluas oleh JKKN Terengganu di pelbagai lokasi sekitar negeri Terengganu. Bagi mempopularkan lagi seni persembahan ini kepada khalayak ramai, beberapa alat muzik tambahan telah diperkenalkan dalam persembahan bagi menghasilkan bunyian yang lebih harmoni dan menarik. Selain itu, lagu-lagu yang dimainkan juga disesuaikan dengan memasukkan lagu-lagu popular seperti lagu-lagu dikir barat bagi menarik minat generasi muda dan menyesuaikan persembahan dengan kehendak semasa.
- 4
- 3716
WAYANG KULIT (TERENGGANU)
Wayang Kulit di Terengganu adalah salah satu bentuk teater tradisional yang sangat penting dalam budaya masyarakat Melayu di pantai timur Malaysia, khususnya di negeri Terengganu. Wayang kulit ini berfungsi sebagai satu medium seni persembahan yang menggabungkan elemen drama, muzik, nyanyian, dan penceritaan untuk menyampaikan cerita-cerita epik dan kisah-kisah rakyat. Ia telah berkembang menjadi salah satu warisan kebudayaan yang kaya dengan simbolisme dan nilai-nilai budaya Melayu yang mendalam.
Wayang Kulit di Terengganu adalah sebahagian daripada warisan seni yang berasal dari Indonesia dan India, tetapi telah melalui proses adaptasi dan penyesuaian mengikut budaya Melayu tempatan. Walaupun ada pengaruh dari negara jiran, Terengganu terkenal dengan cara persembahan Wayang Kulit Melayu yang unik, dengan penggunaan wayang kulit yang diperbuat daripada kulit lembu yang diukir dan dicat dengan teliti.
Wayang Kulit di Terengganu mempunyai sejarah yang panjang dan dipercayai bermula sejak abad ke-18. Ia sering dipersembahkan di kampung-kampung sebagai bentuk hiburan dalam pelbagai acara seperti perkahwinan, kenduri-kendara, dan perayaan-perayaan besar. Sebelum wujudnya media moden, wayang kulit menjadi antara bentuk hiburan yang paling digemari oleh masyarakat tempatan, terutama pada waktu malam.
- 1
- 3783
DIKIR REBANA
Dikir Rebana adalah muzik tradisional dari Negeri Sembilan yang sangat terkenal, terutama di daerah Rembau. Persembahan Dikir Rebana melibatkan nyanyian beramai-ramai yang diiringi dengan alat muzik gendang yang dipanggil rebana, yang dimainkan dengan irama berlapis. Asal senikata dikir ini adalah daripada bahasa Arab yang mengandungi pujian kepada Nabi dan Rasul. Kini, senikata tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Dikir Rebana biasanya dimainkan dalam upacara adat dan perkahwinan bagi menyambut pengantin. Asal-usul Dikir Rebana sebagai muzik tradisional Negeri Sembilan bermula di Rembau dan sering digunakan dalam majlis menyambut pengantin. Terdapat tiga jenis irama dalam persembahan Dikir Rebana, iaitu Arak Siang, Arak Malam, dan Dikir Rampai (juga disebut Dikir Duduk). Arak Siang dan Arak Malam hampir serupa, hanya berbeza pada senikata.
- 1
- 2032
TARIAN LANGI PINYAMBUT
Langi Pinyambut merupakan tarian turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang suku kaum Bidayuh di Sarawak. Tarian dalam etnik Bidayuh ini lazimnya dipersembahkan ketika musim menuai. Langi. Malah, tarian tradisional ini merupakan persembahan wajib setiap kali sambutan Pesta Gawai Dayak untuk meraikan hasil tanaman padi. Justeru, tarian ini dipersembahkan dengan tujuan yang amat istimewa dan khusus iaitu bagi menyambut hasil tuaian padi yang dibawa dari sawah yang telah sekian lama diusahakan. Serentak dengan itu, tarian ini adalah manifestasi kepada rasa dan keinginan petani untuk memohon rahmat daripada Tuhan dengan harapan hasil beras yang diperoleh akan mencukupi sepanjang tahun.
- 0
- 1824
JIKEY
- 21
- 2103
TARIAN NOPENG KINEK
Nopeng Kinek merupakan tarian kreasi baru yang diilhamkan daripada kesenian Gendang Melayu Sarawak. Muzik Gendang Melayu Sarawak mempunyai elemen tandak/nopeng dan gendang serta pantun/mukun. Ia sering dipersembah semasa majlis keramaian atau perkahwinan, seterusnya mencetuskan ilham bagi penciptaan Tarian Nopeng Kinek.
Dalam persembahan Gendang Melayu Sarawak, para penari terdiri daripada kaum lelaki manakala wanita pula bertindak sebagai pemain gendang atau seh gendang yang bermain gendang di sebalik tirai. Daripada aspek istilah, ‘penopeng’ bermaksud penari. Terdapat sumber menceritakan bahawa sesekali penari lelaki ingin mencuri pandang seh gendang di sebalik tirai. Tetapi disebabkan perasaan malu, maka penari lelaki ini akan menutup mukanya dengan kain pelikat seolah-olah memakai topeng. Lama-kelamaan, perlakuan ini menjadi kebiasaan sehingga penari lelaki ini digelar ‘penopeng’ manakala Nopeng bermaksud kegiatan yang sedang dilakukan iaitu menari atau bertandak.
Elemen kreasi baharu telah dibawa masuk dalam penciptaan gerak dan lagu Nopeng Kinek, bagi menarik perhatian anak-anak muda untuk menghargainya.
- 10
- 3296
GHAZAL PARTI
Ghazal Parti merupakan salah satu bentuk seni persembahan muzik tradisional Melayu yang menggabungkan elemen nyanyian, muzik, tarian dan lawak jenaka dalam satu persembahan yang penuh kemeriahan. Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah ghazal merujuk kepada muzik yang dimainkan menggunakan alat muzik seperti gambus, manakala parti pula merujuk kepada suasana meriah yang mengiringi persembahan tersebut.
Dari segi sejarah, asal usul Ghazal Parti dipercayai berasal dari Timur Tengah, khususnya dari budaya Arab yang kaya dengan tradisi muzik dan puisi. Ghazal Parti dikatakan mula bertapak di utara Semenanjung Malaysia sekitar tahun 1950-an dan diperkenalkan oleh ulama terkenal, Haji Abdullah Fahim iaitu datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang telah menetap lama di Mekah dan membawa pulang elemen seni ghazal sebagai medium pendidikan dan hiburan masyarakat.
Pada peringkat awal kemunculannya, persembahan Ghazal Parti dimainkan dalam majlis-majlis ilmiah atau selepas mesyuarat golongan agamawan, di mana lagu-lagu yang dipersembahkan mengandungi unsur nasihat, nilai-nilai moral, dan pesan-pesan keagamaan. Lagu-lagu ini, yang berirama padang pasir dan banyak dinyanyikan dalam bahasa Arab, turut memuatkan mesej patriotik dan semangat kekitaan dalam masyarakat.
Antara lagu-lagu Arab yang popular dalam Ghazal Parti termasuk Alabaladi, Anawintal Wahdina, Ahbabinna, Wai Ya, Ya Gamil, Istak Na Ya Albi, dan Ma’ai En Telu. Walaupun muziknya bersifat tradisional, Ghazal Parti turut berevolusi dan boleh disesuaikan dengan lagu-lagu moden dan kontemporari.
Elemen tarian dalam Ghazal Parti juga melalui perubahan signifikan dari segi peranan jantina. Pada mulanya, tarian dipersembahkan oleh lelaki, termasuk mereka yang berperwatakan lembut. Namun, seiring perkembangan zaman, peranan tersebut kini digalas oleh penari wanita sepenuhnya. Busana yang dikenakan dahulu seperti baju kurung, kain batik, dan tudung masih dikekalkan sebagai lambang warisan.
Salah satu aspek yang menjadikan persembahan Ghazal Parti begitu unik ialah elemen lawak jenaka, yang sering ditampilkan untuk menghiburkan penonton dan memberi ruang kepada pemuzik serta penyanyi berehat seketika. Lawak ini lazimnya bersifat spontan, mencuit hati, dan kadangkala menyelitkan sindiran sosial secara halus.
- 12
- 4870
TARIAN MONGIGOL SUMUNDAI
Tarian Mongigol Sumundai merupakan tarian tradisional yang kaya dengan elemen budaya dan simbolisme bagi masyarakat etnik Rungus yang kebanyakannya mendiami kawasan utara Sabah khususnya di daerah Kudat serta daerah kecil Matunggong. Tarian Mongigol merupakan gerak tari khusus bagi penari lelaki, sementara tarian Sumundai pula adalah khusus ditarikan oleh penari Wanita. Namun, kedua-dua tarian ini dipersembahkan secara serentak, di mana penari lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan. Secara umumnya, tarian ini boleh dikategorikan sebagai tarian imitasi kerana ia meniru pergerakan objek-objek yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat etnik Rungus pada zaman dahulu (Pangayan, 2020). Pada masa kini, tarian Mongigol Sumundai sering dipersembahkan dalam pelbagai acara perayaan, khususnya semasa Pesta Kaamatan, Pesta Magahau atau upacara ritual sebagai tanda kesyukuran atas hasil pertanian.
- 4
- 3744
TARIAN ZAPIN TENGLU
Zapin Tenglu berasal dari Kampung Tenglu, Mersing, Johor, dan pada awalnya dimainkan hanya oleh pemain lelaki. Persembahan ini lazimnya berlangsung selepas solat Isyak sehingga awal pagi, mencerminkan peranan seni ini sebagai hiburan dalam komuniti setempat. Lagu yang sering digunakan untuk mengiringi tarian ini ialah "Faridzal-Ham," sebuah komposisi muzik tradisional.
Penglibatan wanita dalam Zapin Tenglu bermula pada tahun 1952 apabila Allahyarhamah Hajah Hapsah binti Mohamad, yang berusia 14 tahun ketika itu, mempelajari dan mengambil bahagian dalam persembahan Zapin Tenglu bersama pemain lelaki. Keberanian dan kegigihan beliau membuka jalan untuk keterlibatan wanita dalam seni ini. Allahyarhamah Hajah Hapsah terus memainkan peranan aktif dalam Zapin Tenglu selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 1962, menjadikannya tokoh penting dalam perkembangan seni zapin di Johor.
- 0
- 3442