Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

TARIAN ZAPIN PULAU

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Pulau, khususnya dari Pulau Tioman dan Pulau Aur di Mersing, Johor, merupakan variasi tarian zapin yang unik, mencerminkan identiti budaya komuniti pulau tersebut. Tarian ini diwarisi dan dipelihara oleh tokoh-tokoh tempatan yang berperanan penting dalam mengekalkan keasliannya.

• 0

• 2494

Tarian Sigar Tolak Bala

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sigar Tulak Bala merupakan salah satu warisan budaya penting dalam kalangan masyarakat etnik Bidayuh di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan selepas berakhirnya musim menuai sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan dan kepercayaan tradisional bagi menghalau roh-roh penyakit yang dipercayai berkunjung ke kampung. Menurut kepercayaan masyarakat Bidayuh, kemunculan makhluk halus yang dikenali sebagai “Mindo Ngolah” bersama jelmaan roh-roh yang dipercayai mampu membawa penyakit, malapetaka, serta kesialan kepada penduduk sekiranya tidak ditangani melalui ritual tertentu.

Sepanjang pelaksanaan ritual ini, “Tua Gawai” iaitu ketua upacara yang dipercayai memiliki kebolehan untuk berinteraksi serta melihat kehadiran umot-mindo (roh-roh) akan memimpin tarian bersama sekumpulan penari. Dalam gerakan tarian tersebut, para penari akan meniru suara “Umot-Mindo” sebagai usaha untuk menenangkan, memujuk, dan mengiringi roh-roh tersebut supaya kembali ke habitat asal mereka di lautan, mengikuti Mindo Ngolah dalam keadaan gembira dan tenteram.

Pelaksanaan upacara ini turut melibatkan penggunaan beberapa objek ritual seperti kelapa muda, mayang bai, lilin yang diperbuat daripada minyak kelapa panyut, bakul anyaman buluh yang disebut sebagai “Taya”, serta replika perahu yang dikenali sebagai “Ajung”. Di dalam Taya dan Ajung tersebut akan dimuatkan pelbagai jenis makanan yang dikenali sebagai “Sadis” untuk santapan kepada roh-roh berkenaan. Selain berperanan dalam usaha menolak bala penyakit yang menimpa manusia, tarian ini turut diamalkan dalam usaha menghalau penyakit tanaman dan perosak padi.

• 13
• 4311

BANGSI DAN NINENG

Seni Persembahan >Muzik

Muzik Bangsi merupakan permainan muzik yang biasanya dimainkan oleh masyarakat tradisi pada waktu lapang khususnya ketika berehat selepas waktu bekerja.  Muzik ini juga sering dimainkan untuk hiburan ahli keluarga ketika berehat bersama-sama di ruang tamu rumah. Dalam keadaan lain, muzik Bangsi juga dimainkan dalam upacara khusus iaitu bagi tujuan perubatan dan majlis kenduri-kendara.

Muzik ini akan mula dimainkan selepas ketua adat atau ketua Gawai melakukan upacara pembukaan dengan menyempurnakan acara patik nabur atau sadih sanggar dan sadih ancak iaitu memohon restu daripada semangat ghaib. Acara ini dilakukan bagi mengiringi bacaan jampi mantera untuk memohon rezeki dan pada masa yang sama memohon menolak bala dan memohon perlindungan daripada semangat ghaib yang disebut Kamang Triyu agar mereka terhindar daripada roh jahat.

• 0

• 1382

TARIAN KIPAS CINA

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Kipas Cina merupakan adaptasi daripada pergerakan memetik putik bunga yang mekar oleh gadis muda bernama Qing Yi dalam opera Peking tradisional.  Ia merupakan seni kesusasteraan yang dimanifestasikan menerusi seni gerak tari yang unik.  Seni tarian Kipas Cina mengandungi keindahan, kelembutan dan kegembiraan yang ditarikan dengan penuh penghayatan. <o:p></o:p>

Uniknya persembahan Tarian Kipas Cina ini adalah apabila para penari membuat pergerakan bulatan dan menggabungkan pergerakan tangan yang memegang kibaran kain sutera kipas di tangan, ke atas dan ke bawah, yang akan menghasilkan visual kuntuman bunga besar yang sedang berkembang.

Dalam memastikan kesinambungan Tarian Kipas di Malaysia tidak pupus, Seni Persembahan Todern Kuala Lumpur, Malaysia telah diasaskan pada tahun 1991 oleh empat orang penari muda. Sejak penubuhannya, Wong Kit Yaw sebagai pengarah artistik telah melaksanakan pelbagai projek dengan kerjasama artis dan kumpulan kesenian tarian tradisional serta moden, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Gabungan kreativiti dan keaslian dalam produksi mereka mendapat banyak pujian daripada pengkritik dan penonton di seluruh Malaysia.

Berdasarkan sumbangan yang telah diberikan, Seni Persembahan Todern telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bidang tarian di Malaysia. Kesenian ini telah mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan khususnya penggiat seni.

• 14
• 8101

KOMPANG (PULAU PINANG)

Seni Persembahan >Muzik

Kompang merupakan salah satu alat muzik pergendangan Melayu tradisional yang paling asas dan paling popular. Kompang lazimnya dimainkan atau dipalu secara berkumpulan. Alat muzik ini dipercayai merupakan asimilasi budaya yang dibawa masuk oleh masyarakat Arab dan Parsi ke dalam alam Melayu pada kurun ke-15, ketika zaman kesultanan Melayu Melaka. Kompang atau pergendangan ini dimainkan untuk mengiringi ketikan gambus. Uniknya, alat muzik ini merupakan salah satu cerminan budaya masyarakat yang beragama Islam, kerana amat terkenal baik di timur tengah, sehingga ke seluruh benua Melayu.

Pada asalnya, para pedagang Arab dan Parsi yang menanti peralihan angin monsun ini menetap di tanah Melaka dan bermain peralatan muzik seperti rebana juga lain-lain alat pergendangan untuk mengisi masa lapang serta untuk berzanji, memuji-muji kebesaran Tuhan. Kemudian, apabila masyarakat Melayu berasimilasi dengan kebudayaan Arab dan Parsi, kompang (kelihatan seperti rebana) mula dicipta. Masyarakat tempatan yang mahir bertukang membuat kompang daripada kulit-kulit haiwan, supaya permukaannya keras apabila diketuk. Belulang (muka depan kompang) diperbuat daripada kulit kambing, dipasang pada permukaan baluhnya (bahagian badan), dengan seurat rotan dicantumkan antara permukaan kulit dan bingkai kayu, sebelum menggunakan bahan-bahan pelekat seperti paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kaedah ini juga untuk memastikan bunyi kompang lebih kuat, apabila permukaan belulangnya tegang. Tidak seperti sekarang, kebanyakan bunyi kompang tidak lagi kuat kerana diletakkan campuran plastik. Bukan itu sahaja, bunyinya juga berbeza, kerana plastik dan kulit haiwan semestinya tidak menghasilkan bunyi yang sama.

• 1
• 5276

LAKON BERADAT

Seni Persembahan >Muzik

Dikatakan bahawa pada asalnya Lakon Beradat yang merupakan muzik hadrah telah dibawa dari Timur Tengah oleh rombongan pedagang Arab yang diketuai oleh Syed Mahmud Saman. Rombongan pedagang tersebut akan mempersembahkan muzik hadrah di hadapan penduduk tempatan pada setiap kali mereka singgah berdagang di Kepulauan Melayu termasuklah di Pulau Borneo. Hal ini telah mula menarik minat penduduk tempatan untuk mengetahui lebih lanjut akan muzik ini dan seterusnya cuba untuk mempelajarinya. Syed Mahmud telah membahagikan persembahan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan gendang dan kumpulan syair. Sementara itu, lakonan dalam persembahan muzik ini adalah berpandukan lagu-lagu yang memuja kebesaran ALLAH s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w.

Pada tahun 1902, persembahan Lakon Beradat ini telah dikembangkan ke Kampung Sibi, Bintulu, Sarawak oleh seorang guru agama yang juga pedagang dari Sambas, Indonesia iaitu Guru Ahmad Zamzam mengembangkan. Lagu yang popular dan sering didendangkan pada ketikan  itu termasuklah lagu Bismillah, Allanabia, Yafattah, Al-Fasah dan Salora Bona. Kini, hanya terdapat dua kumpulan yang masih bergerak aktif di Sarawak iaitu Kumpulan Hadrah Budaya Bintulu dan Kumpulan Hadrah Kampung Sambir di Bahagian Kuching.

• 0

• 1076

TARIAN MODTOMU SUMIRID

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sumirid merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat etnik Kadazan-Dusun dari suku Dusun Liwan yang menetap di kawasan Kundasang  daerah Ranau, Sabah. Tarian ini memiliki sejarah unik kerana namanya di ambil bersempena acara khas pertemuan di antara pemimpin-pemimpin kampung atau puak bagi menyelesaikan perbalahan, permasalahan, atau isu penting dalam komuniti mereka iaitu acara ‘Modtomu’.

Manakala istilah ‘Sumirid’ pula merujuk kepada gerakan dalam proses tradisional memisahkan padi dari tangkainya dengan cara memijak-mijak menggunakan kaki, yang dikenali sebagai acara Mongogik dalam bahasa Dusun. Sebelum adanya teknologi mesin pelerai padi, Mongogik dilakukan secara manual dan merupakan kaedah penting dalam pengolahan hasil padi. Pergerakan ini kemudian dijadikan inspirasi bagi rekabentuk Tarian Sumirid yangbukan sahaja sebagai sebuah tarian, tetapi juga simbol budaya yang memelihara amalan tradisi masyarakat Dusun Liwan.

• 1

• 2455

MUZIK TRADISI BERTITIK BAJAU SAMA

Seni Persembahan >Muzik

Muzik tradisi ’Bertitik’ merupakan khazanah warisan masyarakat Bajau Sama di negeri Sabah. Kebiasaannya, ’Bertitik’ akan dimainkan sepanjang majlis perkahwinan berlangsung terutama dalam kalangan masyarakat Bajau Sama di Kota Belud, Sabah.

Permainan muzik ini bertujuan sebagai tanda atau syarat untuk memberitahu penduduk kampung bahawa terdapat majlis sedang berlangsung di sekitar kawasan berdekatan. Sementara itu, permainan muzik ’Bertitik’ ini akan mula dipersembahkan ketika waktu petang sebelum berlangsungnya malam berinai, semasa malam berinai dan berlangsungnya majlis persandingan antara mempelai yang diraikan.

Walau bagaimanapun, muzik ’Bertitik’ ini tidak boleh dimainkan apabila berlaku malapetaka atau ketika kesusahan, kesedihan dan kematian di kampung tersebut sehingga tamat tempoh berkabung selama 40 hari. Jika melanggar pantang larang ini boleh menyebabkan malapetaka terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

• 19
• 4245
2

TARIAN ADAI-ADAI

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Adai-Adai adalah salah satu seni budaya tradisional masyarakat Brunei di Sabah, Malaysia. Ia berkembang daripada daripada tradisi lisan berbentuk pantun dan dinyanyikan secara beramai-ramai oleh masyarakat Brunei yang tinggal di pesisiran pantai, khususnya di daerah Menumbok, Sipitang, Kuala Penyu, dan Beufort. Pada zaman dahulu, lagu Adai-Adai dinyanyikan secara spontan oleh para nelayan ketika mereka menangkap ikan di laut sebagai cara untuk menghilangkan kepenatan ketika ‘Berkarang’ (bekerja) serta meningkatkan semangat mereka. Lama kelamaan, lagu ini berkembang menjadi satu bentuk tarian berdasarkan cerita bagaimana seseorang nelayan itu pergi ke laut untuk menangkap ikan dan juga menceritakan tentang bagaimana para isteri menyambut kepulangan suami mereka dipersisiran pantai sepulangnya dari laut. Dalam konteks masa kini, tarian adai-adai menjadi satu bentuk persembahan budaya yang dipersembahkan dalam pelbagai acara kebudayaan dan majlis perkahwinan, serta menjadi simbol kebanggaan etnik Brunei.<o:p></o:p>

• 2

• 4999

TARIAN KADANDIU

Seni Persembahan >Tarian

Kadandiu adalah tarian tradisional masyarakat etnik Tidung yang berasal dari Daerah Tawau, Sabah khususnya di kawasan Balung, Merotai dan Kalabakan. Etnik ini juga turut mendiami beberapa daerah di kawasan Tenggara Sabah seperti Beluran, Sandakan dan Lahad Datu. Kadandiu, bermaksud ‘hatiku rindu’ adalah tarian yang diinspirasikan dari legenda Batu Tinagat, yang mengisahkan Aki Bentawol dan Dayang Dadalit, puteri bungsu dari kayangan yang turun ke bumi untuk mandi bersama enam saudaranya. Kisah ini bermula apabila Aki Bentawol mengambil selendang Dayang Dadalit, menyebabkan puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan.

Dikatakan juga bahawa semenjak Dayang Dadalit berada dibumi hasil pertanian Aki Bentawol seperti padi semakin bertambah-tambah dan dengan itu Aki Bentawol telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan puteri tersebut, kemudian mereka pun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Walaubagaimanapun selepas itu Puteri Dayang Dadalit telah kembali ke kayangan dan meninggalkan Aki Bentawol serta anak mereka dan tidak lagi turun semula ke bumi.

Oleh kerana tarian ini adalah inspirasi daripada kisah lagenda tersebut, maka Kadandiu hendaklah ditarikan dengan jumlah penari wanita seramai 7 orang dan seorang penari lelaki yang lengkap dengan busana keemasan sesuai dengan imej seorang puteri kayangan seperti dalam legendanya.

• 3

• 2036

GENDANG PANJANG (PERAK)

Seni Persembahan >Muzik

Gendang Panjang adalah sejenis muzik pergendangan yang sinonim dengan masyarakat Thai atau yang berketurunan Siam. Kesenian ini telah dibawa ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak, sejak lebih 30 tahun lalu dan terus diamalkan dalam kalangan masyarakat berketurunan Siam setempat.

• 1
• 1718

TARIAN JOGHEE

Seni Persembahan >Tarian

Asal usul nama joghee adalah gabungan perkataan ‘joget’ dan ‘gembira’. Tarian ini diperkenalkan oleh Allahyarham Aminah Nani (Mak Minah) yang merupakan seorang primadona dan tokoh seni lakon bangsawan. Tarian joghee selalu dipersembahkan ketika extra turn bangsawan. Pun begitu, tarian ini bebas dipersembahkan di acara-acara lain, bukan semata-mata ketika extra turn pementasan bangsawan.

Menurut Marlinda Mansor, tarian joghee ini dipulihara semula pada tahun 1993, ketika Mak  Minah diminta menjadi penasihat di Penang Culture Heritage. Pada waktu itu, Mak Minah diminta memperkenalkan tarian-tarian yang ada di Pulau Pinang. Maka, Mak Minah menyebut betapa tarian joghee ini harus dilestarikan semula. Pada tahun 1994 ketika berlangsungnya Malaysia Fest, tarian joghee ini diangkat semula. Menurut Marlinda Mansor lagi, tarian ini dikatakan mempunyai unsur-unsur tarian pedagang dan penjajah. Hal ini berikutan, ada yang mempercayai bahawa tarian ini masuk ke alam Melayu pada ketika zaman kolonialisme berlaku. Sungguhpun demikian, gerakan tarian ini lebih dekat dengan unsur-unsur gerakan masyarakat India dan Arab Parsi yang sangat sinonim dengan masyarakat berdarah campuran (Anak Mami dan Peranakan Jawi) di Pulau Pinang. Dalam bahasan lain, sekiranya tarian ini mula masuk ke alam Melayu ketika zaman kolonialisme, unsur Arab-Parsi lebih akrab dengan gerak tarinya, kerana dapat dilihat daripada pergerakan kepala, tangan dan juga kaki.

Tarian joghee ini turut dikaji oleh masyarakat serumpun di negara jiran, Indonesia. Kajian menunjukkan, pertunjukan tari joghee atau tari jogi lahir daripada masyarakat suku Melayu Pulau Panjang, Batam, yang mendapat pengaruh daripada Pulau Pinang. Menurut kajian mahasiswa-mahasiswa Jurusan Tari, Fakultas Seni Pertunjukan Institut Seni Indonesia Yogyakarta dalam kajian estetika mereka pula, tarian joghee berelasi dengan kehidupan kaum nelayan. Tarian ini menceritakan kisah para wanita atau isteri yang menyiapkan diri untuk menyambut kepulangan para suami atau para jejaka yang pulang dari menangkap ikan di laut. Hal ini boleh diterima pakai kerana dekat dengan takrif joghee yang diperkenalkan Mak Minah, iaitu bermaksud ‘joget’ dan ‘gembira’, iaitu berjoget dan bergembira menanti kepulangan para lelaki yang keluar mencari rezeki.

Tarian atau muzik joghee pula beritma mudah, dengan pola muzik berulang-ulang. Hanya terdapat satu lagu joghee, membuatkan muziknya senang diingati. Tarian ini memperlihatkan tertib dan adab wanita, kerana pada bahagian permulaan, penari-penari ini akan masuk dengan menutup muka. Setelah itu, mereka akan melepaskan selendang yang melitupi muka, menunduk dan membuka tangan, sebagai tanda hormat. Setelah itu, tarian pun dilangsungkan sehingga tamat lagu joghee.

• 1
• 4114