Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
AIR JANDO PULANG
Makanan Tradisional
Gambar
0
Video
tiada
Pelawat Hari ini
2
Jumlah Pelawat
23
Pengenalan dan sejarah
Air Jando Pulang ialah minuman istimewa yang sinonim dengan masyarakat "Waghih" di Negeri Sembilan. Minuman ini terdiri daripada campuran air kelapa muda yang ditambah dengan isi kelapa muda halus serta gula enau, memberikan rasa manis dan kesegaran yang unik. Air Jando Pulang menjadi pilihan ramai, terutamanya pada bulan Ramadan, dan dapat dijumpai dijual di pelbagai lokasi sekitar Negeri Sembilan, yang terkenal dengan tradisi Adat Perpatih.
Meskipun namanya membawa unsur kata “jando” (janda), minuman ini sebenarnya tidak berkaitan dengan mana-mana individu berstatus janda. Nama Air Jando Pulang berasal daripada simbolik proses penyediaannya. Buah kelapa dipetik, dan bahagian atasnya dikupas, manakala bahagian bawahnya diratakan. Kemudian, air kelapa beserta isi diambil keluar, dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam buah kelapa tersebut. Proses ini dianalogikan dengan konsep "jando pulang," iaitu sesuatu yang kembali semula, serupa dengan buah kelapa yang diolah dan diisi kembali. Begitulah asal usul nama Air Jando Pulang, yang kini menjadi minuman ikonik bagi masyarakat Negeri Sembilan.
Air Jando Pulang bukan sekadar minuman penyegar, tetapi juga berfungsi dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Negeri Sembilan. Ia membantu menghilangkan dahaga dan menghidrasi tubuh dengan air kelapa muda, sementara gula enau memberikan tenaga semula jadi yang sangat bermanfaat, khususnya bagi mereka yang berpuasa. Minuman ini turut menyokong pencernaan kerana kandungan seratnya, menjadikannya pilihan yang baik untuk kesihatan usus. Selain itu, Air Jando Pulang melambangkan identiti budaya masyarakat Waghih dan menjadi simbol penting dalam tradisi Adat Perpatih, serta menarik minat pelancong yang ingin merasai keunikan Negeri Sembilan, sekali gus mempromosikan warisan budaya tempatan
-
Bahan Penyediaan
2 tin kelapa muda – ambil air dan isi kelapa
2 helai daun pandan – simpulkan
Sedikit gula merah atau gula Melaka
Sedikit gula pasir (pilihan; boleh dikecualikan jika tidak mahu)
Ais kiub secukupnya
Langkah 1: Masukkan air kelapa, gula merah, gula pasir (jika mahu), dan daun pandan ke dalam periuk.
Langkah 2: Masak campuran tersebut sambil dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
Langkah 3: Tapis campuran untuk membuang sisa daun pandan dan bahan lain, kemudian sejukkan.
Langkah 4: Jika menggunakan buah kelapa segar, boleh masak isi kelapa bersama bahan-bahan atau asingkan dan tambah hanya semasa hendak dihidangkan.
Langkah 5: Setelah sejuk, tambahkan ais kiub dan isi kelapa (jika menggunakan buah kelapa segar).
Langkah 6: Hidangkan minuman dalam gelas atau mangkuk dan sedia dinikmati.
-
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
Aznie Kashir. (2024). Resepi Air Jando Pulang Negeri Sembilan. Cook Pad. https://cookpad.com/my/recipes/15404832-air-jando-pulang-negeri-sembilan
Ella Hadibroto. (2024). Resep Air Jando Pulang. Cook Pad. https://cookpad.com/id/resep/16828314-air-jando-pulang
Yanie Yusof (2024). Air Jando Pulang. https://yanieyusuf.com/2015/11/air-kelapa-jando-pulang/
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Rosdianah binti Roman
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
06-767 6793/763 6308 / 761 0593
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!