Suku Mah Meri, salah satu kumpulan Orang Asli di Malaysia, memiliki adat resam yang kaya dan unik dalam setiap aspek kehidupan mereka, termasuk upacara kelahiran dan pemberian nama kepada bayi. Proses pemberian nama dalam budaya Mah Meri melibatkan adat istiadat penting yang bertujuan untuk menjaga kesejahteraan bayi serta melindunginya daripada gangguan roh jahat.
Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Mah Meri, maka terdapat banyak perbezaan daripada segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan tersendiri. Adat resam berikut memperlihatkan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Mah Meri secara keseluruhan.
Berikut adalah peranan adat resam dan budaya masyarakat Mah Meri tatkala pasangan isteri sedang situasi mengandung:
Ritual Memohon Keselamatan: Masyarakat Mah Meri mengadakan upacara khas untuk memohon kesejahteraan dan keselamatan ibu serta janin sepanjang tempoh kehamilan. Ini termasuk sembah roh nenek moyang dan doa kepada semangat alam.
Pantang Larang: Ibu mengandung harus mematuhi pantang larang tertentu untuk mengelakkan perkara buruk. Contohnya, tidak boleh keluar rumah pada waktu tertentu atau melakukan aktiviti yang dipercayai boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan.
Makanan Pantang: Terdapat larangan terhadap makanan tertentu yang dipercayai boleh mempengaruhi kesihatan bayi, seperti makanan yang "panas" atau boleh menyebabkan komplikasi semasa kelahiran.
Peranan Bidan Tradisional: Bidan tradisional memainkan peranan penting dalam memantau kesihatan ibu, memberikan nasihat tentang pemakanan, dan menjaga keseimbangan rohani ibu melalui amalan-amalan tradisional.
Penjagaan Rohani: Sepanjang kehamilan, pelbagai amalan spiritual dijalankan untuk menjaga keselamatan roh bayi yang dipercayai masih rapuh. Ibu sering dinasihatkan untuk berhati-hati dalam tindakan harian bagi melindungi diri daripada gangguan roh jahat
Hubungan dengan Alam: Masyarakat Mah Meri mempercayai bahawa hubungan dengan alam sekitar sangat penting. Ibu mengandung sering diminta menjaga hubungan harmoni dengan alam untuk menjamin kelancaran proses kehamilan dan kelahiran.
ADAT KELAHIRAN: SEMASA MENGANDUNG
Wanita Mah Meri yang mengandung, terutama daripada suku kaum Melayu Asli, menempah seorang bidan yang akan membantunya ketika bersalin. Ketika kandungan berusia tujuh bulan bidan berkenaan perlu melakukan upacara melenggang perut dengan menjampi wanita mengandung tersebut bertujuan mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain. Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada dalam keadaan betul agar memudahkan proses bersalin. Kelazimannya adat ini disertakan bersama jamuan makan. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh wanita yang mengandung, iaitu :-
Tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyerupai haiwan berkenaan.
Dilarang memakan ikan yang berwarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.
Dilarang bekerja pada waktu-waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.
Dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.
Bahan Bacaan:
Azyantee Mohd Zawawi. (2013) Amalan Tabu Suku Mah Meri Tanjung Sepat, Banting Selangor. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 6 Bil. 2 2013.
Mohd Adzlam Mat Sidek. (2024). MAH MERI – Tradisi Memperingati Moyang Laut. Malaysian Gazette. https://malaysiagazette.com/2024/02/16/mah-meri-tradisi-memperingati-moyang-laut/
Tokoh (jika ada temu bual tokoh) - Tiada -