TARIAN TRADISIONAL POJA BUGIS
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Tarian Poja atau Pooja, merupakan sebuah tarian yang melambangkan identiti dan budaya masyarakat Bugis di negeri Selangor. Pada tahun 1988, jurulatih tarian Pakkuru Sumangge iaitu Ibu Andi Ugie Kamariah dari Sulawesi Indonesia telah dijemput ke negeri Selangor untuk mengajar tarian Poja kepada kakitangan Muzium Sultan Alam Shah, Selangor bagi persediaaan perasmian muzium pada tahun 1989. Oleh itu, pembentukan struktur, pola lantai, jenis-jenis gerak tari dan cara pemakaiannya boleh dikatakan melambangkan pembentukan identiti budaya bagi etnik Bugis di negeri Selangor. Ia juga berkait rapat dengan aktiviti pembentukan semula budaya, sejarah, kelangsungan keturunan serta amalan kesenian. Perkataan Poja yang bermaksud puji-pujian adalah idea asal daripada Ibu Andi Ugie Kamariah semasa proses melatih tarian tersebut di Selangor. Tarian ini dipersembah oleh sekumpulan gadis muda dengan simbolik gerak tari memuji-muji dan memohon kesejahteraan daripada tetamu yang hadir, termasuk pemimpin tertinggi negeri yang hadir ke sesuatu majlis.


Gerak tari Tarian Poja

        Terdapat 3 bahagian dalam struktur pesembahan dan koreografi Tarian Poja ini iaitu Sambut Tamu, Raikan Tamu dan Tanda Kasih. Bagi struktur pergerakan tarian, terdapat 6 jenis ragam tari iaitu Ragam Duduk Tindih Kasih, Ragam Sembah Campak Bunga, Ragam Doa Sembah, Ragam Bangun Berjalan, Ragam Campak Tabur dan Ragam Lenggang Ombak Beralun.

Fungsi dan Peranan

          Persembahan Tarian Poja sering diadakan oleh masyarakat Bugis di Selangor bagi menyambut perayaan dan acara tertentu. Ia juga menjadi hiburan tradisi bagi mengekalkan warisan budaya nenek moyang mereka.

Busana/ Aksesori

Kostum yang digunakan adalah Baju Bodo yang berlengan pendek, berpotongan segi empat dan digayakan dengan kain sarung Lipa sutera corak berkotak Bugis, serta aksesori hiasan cucuk sanggul dan kerongsang di dada.

Tokoh dan Pencapaian

Encik Mohamad Romazi Bin Nordin (Beliau adalah merupakan seorang penggiat/aktivis/kareografer)

 

·         Moderator seminar antarabangsa Islam dan Masyarakat Bugis Asia Tenggara

·         Persembahan sempena Ulang Tahun CIOF Malaysia ke 30

·         Persembahan sempena 1 international Global Education

·         Persembahan sempena Persidanngan Arkitek Malaysia

Persembahan Pesta Bagan Lalang

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan Bahan Bacaan

Zainudin, K. A., & Samsuddin, M. E. (2021). REKONSTRUKSI STRUKTUR TARIAN POJA BERIDENTITIKAN MASYARAKAT BUGIS DI NEGERI SELANGOR: RECONSTRUCTION OF THE POJA DANCE STRUCTURE TO LINK WITH THE SELANGOR BUGIS IDENTITY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 32(2), 148-169.

 

ii.    Buku Tarian Poja Bugis Selangor – Struktur Persembahan dan pergerakan – Penulis Khairul Anuar Zainuddin

Tokoh: Temu Bual bersama Encik Mohamad Romazi bin Nordin telah diadakan pada 26/9/2023 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor

Lokasi