KUIH TRADISIONAL KARAS
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kuih Karas adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. la berbentuk jaringan halus seperti bihun tetapi rasanya rangup dan manis. Kuih karas terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk gulungan, separuh bulat dan juga segi tiga. Kuih karas ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja dan sedap dimakan bersama minuman panas seperti teh dan kopi di waktu petang. Kuih Karas juga menjadi pilihan untuk dihidangkan sewaktu majlis kenduri keramaian dan sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Peralatan/ Bahan-Bahan


Bahan-bahan:


1 paket (500gm) tepung beras


1 cawan gula


.    1 1/2 cawan air biasa


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

 

1.    Kacau gula  dengan  air sehingga  larut. Kemudian  tuang ke dalam tepung beras. Kacau hingga sebati.

2.    Tuangkan adunan ke dalam acuan tempurung kelapa yang mempunyai lubang-lubang kecil.

 

3.      Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup panas saja, bukan terlampau panas. Minyak tidak perlu banyak. Jalakan adunan dari tepi dalam 5  hingga 6 pusingan, kemudian jalakan ke bahagian tengah sebanyak 5 hingga 6 kali lagi. Kemudian ulang jalakan adunan sampai ke tepi dan ke tengah  semula dalam  hingga  pusingan lagi. Jangan  terlalu tebal kerana ia perlu dilipat kemudian.

 

4.      Selepas menjala adunan, biarkan lima saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk, dan lipat sekali lagi menjadi bentuk segitiga. Goreng sekejap sambil membalik-balikkannya hingga berwarna perang keemasan.

 

Kuih Karas sangat cepat dimasak, hanya perlu digoreng dalam dua tiga minit saja. Ketika  diangkat, ia masih  dalam keadaan  lembut. Tetapi  apabila sejuk, ia akan keras sendiri. Kuih karas sangat rangup dan rapuh untuk dinikmati.

Lokasi