PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL CAKLEMPONG

Seni Persembahan >Muzik

Gambar

26

Video

ada

Pelawat Hari ini

6

Jumlah Pelawat

133

Pengenalan dan sejarah

Muzik tradisional Caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil Caklempong sebagai Taklempong.

 

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat dalam kalangan masyarakat Minangkabau. 'Cak' bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala 'Lempong' bermaksud bunyi paluan bonang.

 

Dalam amalan tradisi zaman dahulu, selain daripada bertujuan sebagai hiburan acara keramaian, Caklempong turut memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat.

 

 Pada masa dahulu, terdapat lima nada Caklempong iaitu do, re, mi, so dan la. Walau bagaimanapun, bermula tahun 1970, permainan muzik Caklempong di Negeri Sembilan dikembangkan menjadi enam nada iaitu, do, re, mi, fa, so , la, ti, dan do.

Fungsi dan Peranan

Persembahan Caklempong kini sering dipersembah dalam majlis dan acara rasmi kerajaan dan juga dalam majlis-majlis tertentu yang melibatkan keramaian rakyat.

 

Semoga keunikan Caklempong yang juga merupakan muzik tradisional Negeri Sembilan ini akan terus kekal sebagai warisan seni budaya Negeri Sembilan dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Ensembel Caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:

• Gereteh

Terdiri daripada 24 biji maksimum gong kecil yang dipanggil bonang. Alat ini disusun mendatar di atas tepak. Gereteh berperanan memainkan melodi I dan II.

• Tingkah

Terdiri daripada 12 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Tingkah berperanan memainkan kod.

• Sauwa/sawo

Terdiri daripada 12 biji bonang yang disusun mendatar di atas tepak. Saua memainkan ostinato melodi.

·  Canang

Terdiri daripada 12 biji bonang yang berperanan sebagai bass.


Bonang gereteh, tingkah, saua dan canang diperbuat daripada tembaga. Alat-alat ini adalah dalam klasifikasi idiofon yang diketuk dengan pemukul kayu yang berbalut. Antara alat muzik tambahan yang sering dimainkan bersama Caklempong ialah gendang, gong, serunai dan bangsi.

Tokoh dan Pencapaian

Tokoh untuk kesenian Caklempong ini adalah Encik Yuzaimuddin bin Md Yusof. Beliau merupakan penerima Anugerah Seni Budaya bagi tahun 2023 daripada JKKN Negeri Sembilan dan dianugerahkan Tokoh Caklempong bagi tahun  2015 oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan

ii.    Tokoh : Encik Yuzaimuddin bin Md Yusof

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Yuzaimuddin Bin Md Yusof
  • C5, Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, Taman Sri Mawar Senawang, 70450 Negeri Sembilan.
  • +601110662087
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Rosdianah binti Roman

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan Jalan Sungai Ujong 70200 Seremban NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

06-767 6793/763 6308 / 761 0593

Kembali Ke Atas