PERGENDANGAN CINA
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Alat muzik utama dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang ‘shigu’, iaitu gendang tarian singa, dan ada juga menggunakan gendang ‘longgu’. Gendang diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Kedua-dua gendang besar ini hampir sama dan berbentuk seperti tong. Gendang ini mempunyai satu muka menggunakan kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas, yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Muka kulit ini dipukul menggunakan dua pemukul kayu. 

 


Di dalam gendang terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang melunakkan ton atau memberikan nada bunyi yang istimewa. Terdapat juga penggunaan alatan tambahan bagi mempelbagaikan muzik pergendangan ini seperti dram, gong dan simbal. Persembahan gendang ini biasanya diadakan dalam upacara keagamaan di tokong, menyambut perayaan tahun baru, upacara memulakan perniagaan bagi mendapat tuah atau ‘ong’ dan acara-acara sambutan yang lain.


Fungsi dan Peranan

Menyambut perayaan tahun baru, upacara memulakan perniagaan bagi mendapat tuah atau ‘ong’ dan acara-acara sambutan yang lain.

Busana/ Aksesori

Tangzhuang atau pakaian lelaki cina

Ikat kepala mengikut warna yang bersesuaian dengan baju

Ada juga sesetengah yang gemar mengikat lengan sekiranya baju dipakai tidak berlengan panjang


Peralatan/ Bahan-Bahan

Gendang tarian singa, gendang shigu atau longgu

Dram

Gong

Simbal


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Lagu-lagu tarian singa

Kini banyak kumpulan mengadaptasinya dengan lagu rakyat Melayu seperti Lenggang Kangkung, Geylang Si Paku Geylang dan sebagainya. 


Tokoh dan Pencapaian


 Badan Kebajikan Penduduk-Penduduk Kediaman Cina Dan Siam (The Welfare Body for Residences of Chinese and Siamese)

i.Lokasi Penggiat: No. 512, Taman Mutiara, Pengkalan Asam, Behor Temak, 01000 Kangar, Perlis


c) Nombor Telefon: 019-4611 988 (Low Tai Pong)



Sumber Rujukan

http://www.jmm.gov.my/files/2-PERLIS.pdf 

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2328569 


Lokasi
Pautan Google Maps :