Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
RINGGI
Makanan Tradisional
Gambar
3
Video
ada
Pelawat Hari ini
5
Jumlah Pelawat
375
Pengenalan dan sejarah
Ringgi yang turut disebut sebagai gantang ulu diperbuat daripada padi pulut yang masih hijau, dipanggang dan ditumbuk dengan menggunakan lesung batang atau indik. Sajian tradisional ini dimakan bersama kelapa parut dan gula. Hidangan ini dimakan sebagai makanan ringan atau jajan sewaktu sarapan atau minum petang.
Secara tradisi, penghasilan ringgi dimulakan dengan menuai padi menggunakan sejenis alat menuai yang dipanggil renggam. Proses ini dinamakan mengetam padi. Padi tersebut kemudiannya diasingkan daripada tangkainya. Dalam kalangan masyarakat utara, proses ini dikenali sebagai “kukur”. Kebiasaannya alat yang digunakan ialah tempurung kelapa atau tudung cerek. Pada zaman lampau, proses ini selalu dilakukan semasa pesta mengemping padi. Waktu itu, penduduk kampung akan berkumpul menghasilkan ringgi secara beramai-ramai. Lebih menarik, acara ni sangat dinantikan kerana pada ketika itulah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup.
- Kulineri negeri Perlis
- Tradisi lokal masyarakat ketika mengemping padi
- Budaya masyarakat selain daripada makanan domestik
-
Indik
Renggam
Kelapa parut
Gula
- Mula-mula, padi pulut akan diketam.
- Selalunya, jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah secupak.
- Selepas padi ditanggalkan daripada tangkai menjadi beras, beras pulut tersebut perlu disangai.
- Beras pulut diangkat apabila sudah meletup atau masak.
- Beras pulut tersebut dituang ke dalam lesung dan ditumbuk beramai-ramai.
- Beras yang ditumbuk kemudiannya ditampi untuk membuang kulitnya.
- Ringgi yang telah siap berwarna hijau muda.
- Makan ringgi bersama nyiur kukur yang ditabur sedikit garam dan gula.
-
Sumber Rujukan
https://www.perlislib.gov.my/web/ejurnal-perlis/140-emping-dan-ringgi-makanan-tradisional
https://makanantradisionalutara.weebly.com/perlis/ringgi
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015