Tigal Pranuk adalah tarian yang meniru pergerakan dan perilaku haiwan iairu sang kancil. Tarian ini memerlukan fleksibiliti fizikal dan wajah untuk menggambarkan bunyi, pergerakan dan tindak-tanduk haiwan tersebut.
Perilaku kancil-kancil ini disaksikan oleh beberapa penduduk di Bukar’sadung yang kebetulan berada di kawasan tersebut kerana memotong kayu. Sekembalinya mereka ke kampung mereka mula meniru tingkah laku kancil tadi sehingga menjadi bentuk tarian.
-
-
-
Tarian yang dipersembahkan oleh dua orang penari lelaki ini diambil daripada perilaku dua ekor kancil apabila mendengar gabungan pelbagai bunyi burung dan haiwan di dalam hutan. Bunyi pertama didengar adalah ‘boop-boop’, diikuti bunyi burung hitam tempatan dikenali sebagai Terang dengan bunyi ‘trang-trang’, dan kemudian bunyi ‘treng-treng’ daripada tenggiling.
Gabungan bunyi ini seakan-akan bunyi rentak gong dan gendang yang dimainkan serentak sehingga membuat kancil betina keluar dari tempat persembunyiannya dan mula menghentak dan melompat seakan-akan menari. Pergerakan ini kemudian disertai kancil jantan sehinggakan kawasan kejadian menjadi lebih meriah.
-
-