TARIAN LANGI PINYAMBUT
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Langi Pinyambut merupakan tarian turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang suku kaum Bidayuh di Sarawak. Tarian dalam etnik Bidayuh ini lazimnya dipersembahkan ketika musim menuai. Langi. Malah, tarian tradisional ini merupakan persembahan wajib setiap kali sambutan Pesta Gawai Dayak untuk meraikan hasil tanaman padi. Justeru, tarian ini dipersembahkan dengan tujuan yang amat istimewa dan khusus iaitu bagi menyambut hasil tuaian padi yang dibawa dari sawah yang telah sekian lama diusahakan. Serentak dengan itu, tarian ini adalah manifestasi kepada rasa dan keinginan petani untuk memohon rahmat daripada Tuhan dengan harapan hasil beras yang diperoleh akan mencukupi sepanjang tahun.

Fungsi dan Peranan

Tarian ini sering kali juga dipersembahkan sebagai tarian keraian khususnya ketika menyambut tetamu istimewa dan menjadi tarian pembukaan dalam upacara dan majlis-majlis rasmi, terutamanya ketika perayaan Hari Gawai. Pergerakan penari pula, sangat lemah gemalai dan biasanya, tiada had bilangan penari yang ditetapkan dalam tarian ini.

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

-

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

i. Azlan, Nur Ami Syamira and Wan Hasri, Sharifah Afiqah and Wan Mohd Saman, Wan Satirah Menelusuri tarian tradisional etnik Kaum Bidayuh: tarian Langgie Pingadap / Nur Ami Syamira Azlan, Sharifah Afiqah Wan Hasri and Wan Satirah Wan Mohd Saman. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (2). pp. 171-185. ISSN 2600-7088

Official URL: https://jslim.uitm.edu.my/index.php/jurnalterbit


Lokasi
Pautan Google Maps :