TARIAN KANJET TEBENGANG MADANG
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Kanjet Tebengang Madang bermaksud Tari Enggang Terbang yang menggambarkan perpindahan etnik Dayak suku Kenyah dari Apau Kayan ke seluruh wilayah Borneo, khususnya Sarawak. Perhijrahan ini dilakukan demi mencari dan membina kehidupan yang lebih baik dan selamat serta sejahtera. Tarian ini dimulakan dengan Lemoq bermaksud syair dalam bahasa sukuan tersebut, yang menceritakan perjalanan panjang mereka semasa berhijrah.


Tarian ini dipersembahkan oleh golongan wanita suku Kenyah dengan lemah lembut dan gemalai seakan-akan burung enggang yang sedang terbang. Mereka menari bersama dengan wira-wira lelaki suku berkenaan. Seperti sifat burung enggang yang ditakrif sebagai simbol perdamaian, yang selalu mengikut pemimpinnya, begitu juga dengan suku ini yang sentiasa menurut perintah pemimpinnya.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

-

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :