NGAJAT NGILING TIKAI
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Tarian Ngajat Ngiling Tikai yang membawa maksud menggulung tikar dalam bahasa Iban mempunyai makna dan falsafah yang amat unik. Hal ini kerana  tarian ngajat tersebut dipersembahkan sebagai menandakan berakhirnya perayaan Gawai. Upacara ini dilakukan dengan menggulung serta mengikat kemas tikar rotan yang telah dibentangkan dan digunakan di tengah-tengah ruai rumah atau ruang tamu rumah panjang selama tempoh Gawai dirayakan.


Biasanya, tarian dimulakan dengan mengelilingi pokok ‘ranyai’ yang diletak di tengah-tengah ruai. Pokok ‘ranyai’ selalunya diambil daripada pokok pinang atau pokok yang bercabang bergantung kepada jenis hiasan yang hendak diletakkan pada ranyai.


Fungsi dan Peranan

Tujuan utama upacara ‘ngiling bidai’ ini diadakan adalah untuk memaklumkan petara yakni Tuhan atau antu yakni semangat bahawa perayaan Gawai Dayak telah berakhir. Dengan melakukan upacara ini, ianya memberi isyarat dengan cara terhormat kepada semangat yang masih berkeliaran di sekitar rumah panjang dan seterusnya membolehkan penduduk rumah panjang hidup dengan aman. Ritual ngiling bidai ini tidak semestinya melakukan perbuatan menggulung tikar kerana ia hanyalah simbolik yang melambangkan bahawa perkumpulan telah berakhir.

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Mengikut kepercayaan masyarakat Iban, ngajat perlu dipersembahkan terlebih dahulu sebelum tetamu atau penghuni rumah panjang mengambil makanan atau minuman yang digantung pada pokok ‘ranyai’ tersebut. Upacara simbolik ini dikenali sebagai ngetas ranyai, dan dilakukan sebagai tanda syukur kepada Tuhan yang telah memberi mereka rezeki.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

i. https://www.iloveborneo.my/ketahui-adat-ngiling-bidai-upacara-gulung-tikar-penutup-perayaan-gawai/

Lokasi
Pautan Google Maps :