NGAJAT LESONG
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Dalam kalangan etnik Iban, Tarian Ngajat Lesong juga disebut sebagai Ngajat Ngetup Lesong atau Ngajat Manggum Lesong dipersembahkan oleh penari lelaki sahaja. Tarian ini menarik dan begitu istimewa menerusi penggunaan alatan lesung penumbuk padi dalam persembahan di samping mencabar kekuatan, kegagahan dan kemahiran penarinya. 

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Penari Tarian Ngajat Lesong dalam persembahannya akan mengangkat lesung menggunakan giginya untuk beberapa ketika semasa persembahan. Persembahan yang penuh debaran ini biasanya dilengkapkan dengan Tarian Ngajat Indu sebagai selingan kepada Tarian Ngajat Lesong ini.

Tarian warisan ini mengetengahkan lelaki berlawan sesama sendiri kerana ingin mengambil hati wanita untuk dijadikan isteri. Mereka akan beradu tenaga dan kemahiran bdengan mengangkat lesung yang beratnya boleh mencecah 20 kilogram dengan hanya menggunakan gigi. Pemenang dikira berdasarkan keupayaan dan ketahanan mengangkat lesung sehingga tiada yang mampu menandinginya.


Tarian Ngajat Lesong menjadi lebih menarik dan istimewa dengan adanya persembahan yang menonjolkan suasana penuh keriangan dan kemeriahan menerusi keriuhan para petani melakukan aktiviti harian terutamanya dalam kerja menumbuk padi menggunakan alu. Turut dibawa dalam persembahan tarian ini adalah peralatan tambahan berupa sintung iaitu sejenis bakul dan chapan iaitu nyiru bagi menandakan kedatangan rezeki yang melimpah serta menghalau semangat jahat.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

i. https://www.nst.com.my/news/nation/2024/01/1003218/mesmerising-ngajat-dance-iban-people#google_vignette 

Lokasi
Pautan Google Maps :