BUAH DABAI
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Dengan nama saintifiknya Canarium Odontophyllum, buah dabai atau dabei mengikut sebutan orang tempatan mempunyai bentuk yang menyerupai buah kurma. Buah bermusim ini dikatakan gandingan buah durian sebagai raja buah bagi penduduk di Sarawak kerana keenakannya dan harganya yang cukup tinggi. Lazimnya pokok dabai akan mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu pada bulan Disember dan sekali sekala pada bulan Mei. Buah dabai banyak terdapat di negeri Sarawak terutamanya di daerah-daerah di kawasan Kapit, Sibu, Oya, Song, Mukah, Bintangor, dan Sarikei iaitu di Bahagian Tengah Sarawak. Kini selain daripada dimakan segar bersama nasi semasa makan tengah hari atau makan malam,  buah dabai telah mula diproses untuk dijadikan keropok, sos cili dabai, cuka dabai dan paste dabai. Buah dabai yang muda dan belum cukup matang akan menjadi berubah warna daripada berwarna putih kekuningan kepada kehitaman pekat apabila masak. Buah ini perlu direndam dengan air suam terlebih dahulu sebelum dimakan bagi melembutkan isinya yang sangat keras. Dabai boleh dimakan bersama garam, kicap dan cili padi sebagai perasa tambahan.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Buah dabai tidak boleh dimakan begitu tanpa penyediaan yang khusus. Sebelum boleh dimakan, buah ini hendaklah dibersihkan dengan jirusan air sebelum direndam ke dalam air panas di dalam bekas yang bertutup. Paras air hendaklah melebihi paras buah di dalam bekas agar kesemua buah akan menjadi lembut. Biasanya tempoh merendam adalah sekitar 10 hingga 15 minit bergantung kepada kuantiti buah yang hendak direndam.  Setelah isi buah menjadi keluarkan air rendaman dan gaulkan buah dabai dengan garam mengikut rasa. Sekiranya tidak menggunakan garam, kicap masin juga adalah pilihan yang baik untuk menikmati buah ini.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :