AYAM PANSOH

Makanan Tradisional

Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

5

Jumlah Pelawat

26

Pengenalan dan sejarah

Perkataan Pansoh pada umunya bermaksud makanan yang dimasak di dalam buluh dalam bahasa Iban. Dalam kalangan suku kaum Iban, pelbagai menu sering dimasak di dalam buluh mengikut cita rasa masing-masing.  termasuklah ayam dan ikan. Ayam yang dimasak di dalam buluh dikenali sebagai ayam pansoh. Makanan tradisional masyarakat Iban ini sering dijadikan sebagai lauk istimewa dan tabas, yakni hidangan khas selain pembuka selera  semasa perayaan atau upacara khusus seperti menerima tetamu.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan

Bahan asas dalam menyediakan ayam pansoh terdiri daripada buluh lemang, daging ayam yang dipotong kecil, setengah cawan air, bawang putih, bawang merah, bunga kantan, halia, serai, cili besar, garam, serbuk perasa, dan pucuk ubi.


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Sediakan bawang putih dan bawang merah untuk ditumbuk sehingga lumat, manakala bunga kantan, halia, serai dan cili besar perlu dipotong halus. Setelah itu, gaulkan daging ayam yang telah dipotong dengan semua bahan yang telah ditumbuk lumat dan dipotong halus tadi sehingga sebati. Bagi mencipta rasa, masukkan garam dan perasa secukup rasa dalam adunan itu. Langkah berikutnya ialah masukkan adunan ayam yang telah digaul ke dalam buluh sebelum diletakkan di tungku untuk dibakar atau dimasak. Sepanjang tempoh membakar dengan kekuatan api yang sederhana, muncung buluh perlu ditutup atau disumbat dengan pucuk ubi.  Pada masa yang sama, buluh tersebut perlu sentiasa dipusing kedudukannya untuk mengelak daripada hangus terbakar selain memastikan isi ayam akan masak secara sekata. Apabila tangkai pucuk ubi tersebut bertukar warna menjadi perang, bermakna ayam pansoh sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan

https://www.hmetro.com.my/WM/2024/05/1086519/resipi-ayam-pansuh


https://cookpad.com/my/recipes/11344997-ayam-pansuh-sarawak




Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Boniface Anak Babai

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93000, Kuching, SARAWAK

019-2399682/082-422006

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!