MEK MULUNG
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Mek Mulung merupakan salah satu bentuk seni teater tradisional yang sangat terkenal di negeri Kedah dan sekitarnya. Ia adalah seni persembahan yang menggabungkan unsur drama, muzik, dan tarian, yang biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan perayaan. Mek Mulung tidak hanya berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan cerita rakyat, sejarah, dan nilai-nilai budaya yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu.


Sejarah Mek Mulung dapat dikesan sejak berabad-abad lamanya, dengan pengaruh kuat dari seni teater tradisional dari Thailand, khususnya dari wilayah Patani. Mek Mulung dipercayai berasal dari kawasan sempadan Malaysia-Thailand, di mana seni ini berakar dari bentuk persembahan yang dikenali sebagai mak mulung dalam bahasa Thai. Ia kemudian berkembang di Kedah, dengan pengaruh budaya Siam yang amat kuat pada waktu itu. Mek Mulung sering dipersembahkan oleh sekumpulan pelakon yang terdiri daripada lelaki dan wanita, diiringi dengan muzik gamelan dan alat muzik tradisional lain.


Pada asalnya, Mek Mulung adalah sebahagian daripada upacara keagamaan, tetapi lama kelamaan ia menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan. Cerita-cerita yang dipersembahkan dalam Mek Mulung adalah berasaskan kepada epik dan mitos rakyat yang mengandungi unsur-unsur moral dan pengajaran. Di Kedah, Mek Mulung mula berkembang secara aktif sejak abad ke-19, dan banyak tokoh seni yang menghidupkan semula bentuk seni ini setelah ia hampir hilang ditelan zaman. Namun, dengan kemajuan teknologi dan persaingan dari bentuk hiburan moden, populariti Mek Mulung semakin merosot pada pertengahan abad ke-20.

Mek Mulung merupakan salah satu daripada teater tradisional yang begitu terkenal yang ada di Malaysia selain daripada Bangsawan, Jikey, Hamdolok, Menora dan juga Wayang Kulit. Mek Mulung adalah suatu gabungan kesenian yang terdapat didalam satu persembahan. Antara unsur-unsur kesenian yang terdapat didalam Mek Mulung adalah unsur-unsur lakonan, tarian, nyanyian dan juga muzik. 


Mek Mulung terbahagi kepada dua bahagian iaitu persembahan dan ritual. Dari sudut persembahan, Mek Mulung berfungsi sebagai bahan untuk hiburan berbanding pula dari sudut ritual, Mek Mulung dikatakan mempunyai tujuan yang lebih besar, iaitu menyembah hormat untuk roh nenek moyang yang dianggap berperanan dalam melindungi kehidupan daripada sebarang gangguan anasir-anasir jahat.  


Selain itu, dari sudut persembahan, Mek Mulung juga disifatkan amat sederhana baik dari segi pentas mahupun ruang, lakonan, busana, props, lagu dan juga muzik yang dimainkan. Dari perspektif ritual pula, sifatnya amat berbeza dengan persembahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, biarpun sebahagian upacara tidak difahami fungsi dan tujuannya, namun segalanya dijalankan dengan penuh tertib. peranan pewaris ketika itu ialah meneruskan kelangsungan. Sekiranya tidak, kebarangkalian musibah akan menimpa. 

Bertitik tolak daripada itu, berdasarkan jurnal History Studies International Journal of History, 2018, mengatakan bahawa Mek Mulung adalah sejenis teater tradisional yang mempunyai dialog, naratif, lakonan, tarian, nyanyian dan juga muzik intsrumental. 


Mek Mulung mula tersebar di kawasan Paya Kulubi dan setersunya di Perik. Namun begitu, di Perik tidak mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat akan persembahan Mek Mulung ini. Oleh itu, Mek Mulung mula dibawa ke Wang Tepus dan akhirnya telah mendapat perhatian daripada penduduk tempatan serta telah menjadi permainan tradisi bagi setiap tahun. Dari tinta kaca yang berbeza, Mek Mulung juga dinyatakan berasal dari Legor, Siam yang kemudiannya diperkenalkan di Kedah ketika berlakunya persengketaan diantara Kedah-Siam. Akan tetapi, secara dasarnya permulaan Mek Mulung ini bermula daripada Kampung Perit dan kemudian ke Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala  Nerang. Seterusnya, tersebat pula ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah. 


Fungsi dan Peranan

Mek Mulung adalah salah satu bentuk seni teater tradisional yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan dalam masyarakat, khususnya di Kedah. Sebagai satu bentuk hiburan, Mek Mulung memainkan peranan penting dalam menyatukan masyarakat setempat. Ia sering dipersembahkan di pelbagai majlis seperti perkahwinan, perayaan, dan kenduri, di mana ia berfungsi untuk menghiburkan penonton sambil memupuk hubungan sosial dan kekeluargaan. Persembahan Mek Mulung yang penuh dengan muzik, tarian, dan dialog ini memberi peluang kepada masyarakat untuk berkumpul dan menikmati pengalaman budaya bersama.


Selain berfungsi sebagai hiburan, Mek Mulung juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai-nilai moral dan pengajaran hidup. Cerita-cerita yang dipersembahkan sering berasaskan kepada epik atau mitos rakyat yang mengandungi pengajaran tentang keberanian, kejujuran, kasih sayang, dan kebaikan. Oleh itu, Mek Mulung bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga sebagai alat pendidikan moral kepada masyarakat. Dalam setiap pementasan, watak-watak dalam cerita tersebut sering kali menggambarkan sifat-sifat positif dan negatif yang menjadi teladan untuk diikuti atau dijauhi.


Di samping itu, Mek Mulung berperanan dalam memelihara dan mengekalkan warisan budaya masyarakat Melayu, khususnya di Kedah. Ia adalah satu bentuk teater yang menghubungkan generasi lama dengan generasi baru, dengan menyampaikan cerita-cerita tradisional dan adat resam yang telah diwariskan dari zaman dahulu. Walaupun menghadapi cabaran zaman moden dan perkembangan teknologi, Mek Mulung tetap dipelihara dan dikekalkan sebagai simbol identiti budaya masyarakat Kedah. Dengan usaha-usaha pemeliharaan dan pengajaran kepada generasi muda, Mek Mulung terus memainkan peranan penting dalam memelihara seni tradisional ini untuk generasi akan datang.


Busana/ Aksesori

Selain itu, menurut buku Siri Mengenal Budaya 1/2003, 2003, mengatakan bahawa pakaian yang dipakai oleh pelakon mahupun penari adalah mengikut peranan masing-masing ketika beraksi didalam persembahan Mek Mulung. Digambarkan bahawa watak Raja dan Pak Mulung memakai sepasang baju Melayu, berssamping songket, memakai tengkolok dikepala, sibai yang merupakan selampai bagi menutup bahu dan dada, ikat bengkung serta ada sisipan keris dibahagian pinggang. Untuk watak Tok Wak pula, kebiasaannya hanya memakai kain biasa disamping memakai topeng yang berwarna hitam. Manakala, bagi watak inang pula, mereka akan memakai kain bersama sehalai penutup kepala. Bagi penari, mereka akan memakai kebaya labuh persis pakaian seorang wanita. Selain itu, didalam persembahan Mek Mulung juga watak Peran akan memakai topeng. Fungsi topeng didalam persembahan ini adalah untuk membezakan identiti bagi setiap watak dan perwatakan Peran yang ada didalam persembahan Mek Mulung ini. Adakalanya, topeng akan digunakan secara songsang seperti bahagian rambut di mulut, bahagian mulut di kepala. Hal ini kerana, bagi meyakinkan bahawa watak Peran yang dibawa adalah berbeza dengan watak-watak Peran yang lain        

Peralatan/ Bahan-Bahan

Persembahan Mek Mulung turut  terdiri daripada dua buah rebana ibu, sebuah rebana penganak, sebuah rebana penigkah, sebiji gong, sebiji mong, tiga hingga lima biji kerecek dan sebatang serunai.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Berdasarkan buku Traditional Malay Theatre, 2009, mengatakan bahawa cerita Mek Mulung ini telah dicipta melalui sumber-sumber kisah tempatan dan juga kisah lagenda. Tidak dinafikan juga bahawa terdapat kisah-kisah yang diambil daripada ceritera Makyung dan juga Menora. Walau bagaimanapun, secara lazimnya cerita Mek Mulung adalah seperti berikut;

i. Cahaya Bulan

ii. Malim Bongsu

iii. Memburu Rusa

iv. Tuk Raja Besar

v. Dewa Kaca

vi. Si Perot atau Eprot

vii. Dewa Muda (kisah daripada Makyung)

viii. Botak Putih

Kisah diatas telah diambil daripada drama Melayu. Misalnya, cerita Malim Bongsu adalah serupa dengan kisah Anggun Cik Tunggal. Manakala, kisah Cahaya Bulan dikaitkan dengan cerita daripada Wayang Kulit dan Makyung, Raja Gondang. 


Kebiasaannya cerita yang dipersembahkan dalam persembahan Mek Mulung adalah ceritera yang dianggap benar dan pernah terjadi pada zaman dahulu. Dalam persembahan Mek Mulung, unsur jenaka lebih mendapat tempat di hati para penonton dan biasanya watak tersebut dibawa oleh Peran. Antara inisiatif para pelakon untuk mendapatkan idea bahan jenaka adalah berpandukan peristiwa seharian mereka pada ketika itu. Walau bagaimanapun, tiada pengubahsuaian dalam jalan cerita. Ini bermakna mereka mementaskan jalan cerita yang asli. Di antara kisah-kisah yang seringkali dipentaskan ialah: 

i. Lakon Afrit 

ii. Batak Putih

iii. Cahaya Bulan 

iv. Malim Bongsu 

v. Dewa Muda

Persembahan Mek Mulung dimulakan dengan bacaan jampi mantera semangat agar pelakon tidak lupa akan jalan cerita. Pada waktu yang sama, semua watak saling berhubung dan sekali gus membolehkan pelakon saling bantu-membantu bagi mengawal plot cerita. Semasa persembahan berlangsung, teguran dibuat secara sepintas lalu (spontan) dan adegan yang berkaitan akan diulangi.


Persembahan Mek Mulung terdiri daripada 12 hingga 20 orang pemain didalam sebuah persembahan yang diklasifikasikan mengikut peranan masing-masing. Antaranya: 

i. Seorang raja. Watak raja dibawa oleh pemimpin rombongan.

ii. Seorang ratu.

iii. Dua badut. Namun begitu, ada kalanya watak badut ini terdiri daripada lima watak yang dikenali sebagai Peran Tua, Peran Muda, Peran Kian, Tuk Nenek dan Dukun.

iv. Terdapat juga tiga hingga lima penari yang dimainkan oleh watak yang menyamar sebagai perempuan. Kadangkala, ada penari wanita yang membawa watak puteri.

v. Terdapat enam hingga lapan pemuzik.


Dalam persembahan Mek Mulung, Raja atau Pak Mulung itu merupakan watak yang sangat berperanan dalam menjayakan persembahan Mek Mulung tersebut. Watak ini akan dibantu oleh tiga orang iaitu Peran Tuan, Peran Muda, Peran Kiau, seorang ahli nujum yang dipanggil Tok Wak, seorang inang, dan beberapa orang penari. Namun begitu, jumlah Peran adakalanya lebih daripada tiga orang. Hal ini kerana bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang mahukan pada masa itu. Tambahan pula, watak-watak tambahan hanya dikenali sebagai ‘Peran’ sahaja. Kesemua pelakon biasanya terdiri daripada pelakon lelaki sahaja. 


Untuk persembahan ritual, persembahan tidak boleh diadakan disebarangan kawasan melainkan dipersembahkan di bangsal yang telah pewaris tetapkan. Hal ini kerana ianya ibarat nyawa yang bersatu dengan badan, jika berpindah kediaman, bangsal juga harus dipindahkan. Jika perkara ini berlaku, maka akan adanya ritual dan pantang larang yang harus dipatuhi.

Persembahan Mek Mulung diadakan di bangsal yang terbuka. Lantainya mestilah bertanah dan struktur binaannya mempunyai 11 tiang, berbumbung dan dilengkapi dengan Balai Gading (sebuah para yang dibina menghadap kearah terbit matahari untuk tujuan meletak sajian ataupun peralatan jamu.) 

Selain itu, persembahan Mek Mulung dipersembahkan didalam sebuah bangsal yang terbuka keadaannya. Pemain akan duduk ditengah bangsal dan dikelilingi oleh penonton. Katanya, bangsal itu tidak berlantai dan tidak berdinding. Digambarkan ia terdiri daripada tiang, bumbung dan para sahaja. Para itu hendaklah didirikan menghadap ke Timur, iaitu matahari terbit. Oleh itu, diatas para inilah diletakkan ‘jamu’. disamping itu, ditengah-tengah bangsal diletakkan tikar sebagai alas untuk duduk. 


Terdapat tarian yang ditarikan didalam persembahan Mek Mulung. Hal ini dikatakan demikian kerana tarian merupakan salah satu daripada aspek yang amat penting dalam mempersembahkan Mek Mulung. Dalam persembahan Mek Mulung, penari juga adakalanya dijadikan sebagai ‘korus’ khususnya dalam pertukaran babak ataupun adegan. 


Setelah selesai sahaja Lagu Bertabik didendangkan, persembahan tarian akan ditarikan dengan diiringi oleh irama muzik. Dalam persembahan Mek Mulung, terdapat tujuh jenis tarian yang seringkali dipersembahkan. Antaranya ialah:

i. Tarian Sembah. 

ii. Tarian Gambang. 

iii. Tarian Puteri Mabuk. 

iv. Tarian Menora. 

v. Tarian Sirama. 

vi. Tarian Puteri Masuk Bilik Air. 

vii. Tarian Sedayung.


Tarian juga akan dimulakan sekiranya penari sudah duduk diatas lantai. Ianya sebagai isyarat kepada pemuzik untuk memulakan dendangan lagu. Dalam keadaan duduk, aksi yang dilakukan adalah membuka sembah. Seterusnya, penari akan terus berdiri dan terus membuka langkah untuk membentuk sebuah bulatan. Akhirnya, tarian diakhiri dengan susunan sembah ketika duduk.


Tokoh dan Pencapaian

Tokoh-tokoh dalam seni teater Mek Mulung sangat penting dalam memastikan kelangsungan seni ini dan penyebarannya kepada generasi baru. Salah seorang tokoh penting yang dikenali dalam sejarah Mek Mulung di Kedah adalah Haji Ibrahim. Beliau adalah seorang pengarah dan dalang terkenal yang banyak memberi sumbangan dalam mempopularkan seni Mek Mulung pada abad ke-20. Sebagai tokoh utama dalam seni ini, Haji Ibrahim dikenali kerana kemahirannya dalam menggabungkan unsur muzik, tarian, dan penceritaan dalam setiap persembahan. Beliau berjaya menghidupkan watak-watak dalam Mek Mulung dengan gaya penceritaan yang menarik dan penuh dengan pengajaran moral. Haji Ibrahim turut berperanan sebagai mentor kepada pelapis-pelapis muda, mengajarkan mereka tentang teknik pembuatan dan persembahan Mek Mulung yang sebenar.


Selain Haji Ibrahim, Pak Rahman juga merupakan tokoh terkenal dalam dunia Mek Mulung. Beliau dikenali sebagai dalang yang mahir dalam memainkan alat muzik tradisional yang mengiringi persembahan, serta dalam mengatur aliran cerita agar lebih menarik dan mendalam. Kepakaran beliau dalam memahami psikologi watak dan penggambaran emosi melalui dialog dan muzik menjadikan persembahan Mek Mulung lebih hidup dan memberi kesan mendalam kepada penonton. Pak Rahman juga banyak memelihara warisan seni ini melalui pelbagai bengkel dan persembahan yang melibatkan komuniti setempat.


Tokoh-tokoh ini, dengan kepakaran dan dedikasi mereka, bukan sahaja berfungsi sebagai penerus tradisi Mek Mulung, tetapi juga sebagai penjaga budaya yang sangat penting dalam memastikan seni teater tradisional ini tidak hilang ditelan zaman. Sumbangan mereka dalam pengajaran dan pelestarian Mek Mulung amat berharga bagi kelestarian seni budaya di Malaysia.


Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan

Norzizi Zulkifli (2015). Revitalising Traditional Theatre: The Mek Mulung and Its Significance in Contemporary Malaysia. Journal of Southeast Asian Arts.


Mohd Anis Md Nor (2002). Seni Persembahan Tradisional Malaysia: Mek Mulung dan Wayang Kulit. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Osman, M. T. (1974). Mak Mulung and the Evolution of Theatre in Kedah. Malaysian Theatre Journal.


Kadir, Z. A. (2014). Mek Mulung: Kesenian Perantaraan manusia dan kuasa ghaib warisan Kedah tua. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.


Siri mengenal budaya 1/2003. (2003). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.


Abdullah, M. G. (1995). Teater Tradisional Melayu: Buku Satu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Ksenian dan Pelancongan Malaysia.


Nasuruddin, M. G. (2009). Traditional Malay Theatre. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


History Studies International Journal of History, 10(7), 241-264. doi:10.9737/hist.2018.658


Zulkifli, N. (2015). Revitalising Traditional Theatre: The Mek Mulung and Its Significance in Contemporary Malaysia. Journal of Southeast Asian Arts.


Lokasi