Search Filters
Tapisan Carian
Keputusan Carian : [Permainan Tradisional] 12
Susunan :
LOMPAT GETAH
Permainan Tradisional
Lompat getah merupakan salah satu permainan tradisional kanak-kanak yang popular di Malaysia, khususnya dalam kalangan kanak-kanak perempuan, walaupun ada juga kanak-kanak lelaki yang turut serta. Permainan ini menggunakan tali panjang yang dihasilkan daripada getah gelang yang diikat sambung, kemudian dilompat mengikut urutan ketinggian tertentu. Bagi masyarakat Malaysia, ia menjadi sebahagian daripada memori kolektif zaman kanak-kanak, terutamanya sekitar tahun 1950-an hingga 1970-an apabila gelang getah mudah diperoleh daripada pasar, kedai runcit, atau hasil tanaman getah yang meluas di Tanah Melayu.
Sejarah asal-usul permainan ini telah muncul sejak abad ke-7 di China. Pada ketika itu, permainan ini dipercayai berkembang daripada tradisi “Hundred Rope Jumping” sempena sambutan Tahun Baru Cina. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh latihan seni mempertahankan diri yang menekankan ketangkasan dan koordinasi pergerakan. Dari aktiviti ritual sambutan perayaan dan seni fizikal, ia kemudiannya diserap menjadi permainan kanak-kanak di China dengan nama “Chinese Jump Rope”.
Menjelang abad ke-20, permainan ini mula tersebar ke dunia Barat. Pada era 1960-an, ia dikenali di Jerman sebagai “Gummitwist” dan di United Kingdom serta Australia sebagai “Elastics”. Sekitar 1980-an pula, ia diperkenalkan secara lebih meluas di Amerika Syarikat dan menjadi popular khususnya dalam komuniti Asia-Amerika. Perubahan nama dan gaya permainan di Barat menunjukkan betapa permainan ini mudah menyesuaikan diri dengan budaya setempat, sekali gus membuktikan kelenturan nilai warisan ini.
Namun begitu, penyebaran ke Asia Tenggara dipercayai berlaku lebih awal berbanding kemunculannya di Barat. Kedekatan geografi rantau ini dengan China serta hubungan perdagangan maritim yang telah lama terjalin membuka ruang besar kepada penyebaran budaya, termasuk permainan rakyat. Hal ini memungkinkan masyarakat Asia Tenggara seperti di Indonesia, Brunei, Thailand, dan Filipina sudah mengenali permainan ini lebih awal melalui interaksi langsung dengan pedagang Cina.
Di Malaysia khususnya, lompat getah dipercayai diperkenalkan oleh komuniti Cina yang datang dan menetap di Tanah Melayu. Hubungan perdagangan dan migrasi masyarakat Cina sejak berabad lamanya telah mempertemukan budaya permainan ini dengan masyarakat tempatan. Kehadiran tanaman getah sebagai komoditi utama negara sejak awal abad ke-18 sehingga abad ke-20 turut memperkukuh penerimaannya, kerana gelang getah mudah didapati dan murah. Dari situlah permainan ini berkembang dan diwarisi, sehingga akhirnya diiktiraf sebagai salah satu permainan tradisional Malaysia yang mencerminkan kreativiti, kegembiraan, serta nilai kebersamaan dalam masyarakat.
Sehingga kini, permainan lompat getah masih terus dimainkan sama ada di kawasan kampung mahupun dalam kalangan kanak-kanak yang menetap di bandar. Walaupun berdepan cabaran arus kemodenan dan persaingan permainan digital, ia tetap mendapat tempat dalam memori kolektif masyarakat. Malahan, permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, tetapi turut disertai oleh golongan remaja dan dewasa sebagai satu bentuk solidariti nostalgia yang mengimbau zaman silam. Dalam konteks moden, lompat getah sering diangkat semula melalui penganjuran festival kebudayaan, sukaneka sekolah, serta program komuniti yang bertujuan memelihara warisan tradisional. Dengan cara ini, permainan ini bukan sahaja kekal hidup sebagai hiburan rakyat, tetapi juga menjadi medium penting dalam usaha memperkukuh identiti budaya dan menghubungkan generasi muda dengan warisan nenek moyang mereka.
• 8
• 3108
PERMAINAN TRADISIONAL WAU
Permainan Tradisional
Wau dipercayai dicipta oleh seseorang yang bernama Sang Jaya yang juga dikenali dengan gelaran-gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai Kelana Seri Panji. Wau dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi. Pada asalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara, sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah serta menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain. Selain negeri Kelantan, permainan ini juga terkenal di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu.
<o:p> </o:p>
Terdapat jenis-jenis wau yang popular di negeri tertentu seperti Wau Bulan di Kelantan, Wau Burung di Terengganu, Wau Jalabudi di Kedah dan lain-lain lagi. Pembuatan Wau begitu unik berbanding permainan lain kerana teknik melukis corak dan mewarnakannya memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menghasilkan Wau yang cantik.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Bentuk dan ukiran Wau negeri Kelantan mempunyai keunikan tersendiri berbanding dengan wau-wau di negeri lain. Cara permainan dan juga proses penghasilan Wau ini perlu dipelihara dan dikekalkan agar menjadi identiti berterusan bagi negeri Kelantan.
• 15
• 22335
WAU KAPAL
Permainan Tradisional
Permainan wau adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negara Malaysia dan Wau Kapal adalah wau tradisional negeri Selangor yang dikategorikan sebagai antara wau tradisional melayu yang unik. Permainan wau yang popular dimainkan oleh orang melayu terutama dikalangan para petani dan nelayan bukan sahaja bagi tujuan keseronokan dan mengisi masa lapang, namun mempunyai falsafah dan tujuan tertentu dalam amalan cara hidup masayarakat terdahulu. Permainan wau kapal telah mula dimainkan sejak tahun 1850an turut bertujuan bagi menentukan arah angin dan lokasi kapal nelayan yang berlayar di lautan antara ilmu ikhtiar hidup yang penting bagi tatapan generasi kini.
Selain itu, keunikan yang terdapat pada Wau Kapal adalah pada konsep reka bentuk nya iaitu satu-satunya wau tradisi yang menggunakan unsur buatan manusia iaitu kapal  dan terdapat juga unsur-unsur flora seperti bunga tanjung dan motif kosmologi seperti ombak air dan tali air pada hiasan wau kapal. Motif-motif lain yang terdapat pada wau kapal ialah Bunga Padi (bahagian kepala). Sauh dan pelampung(Bahagian ekor).
Permainan wau kapal juga merupakan salah satu warisan watan Negeri Selangor yang penting dan sekaligus sangat perlu dipulihara (converse) dan diperlihara (preserve) kerana ia merupakan salah satu lambing jati diri melayu negeri ini.
• 2
• 4654
CARI CUCU - NENEK SI BONGKOK TIGA
Permainan Tradisional
Permainan tradisional Cari Cucu – Nenek Si Bongkok Tiga merupakan salah satu warisan permainan kanak-kanak Melayu yang berakar daripada budaya lisan masyarakat. Permainan ini berbentuk gabungan nyanyian berirama dengan peranan lakonan yang menjadikannya unik dan berbeza daripada permainan fizikal semata-mata. Ia lazimnya dimainkan di kawasan terbuka seperti halaman rumah, balai kampung, ataupun padang lapang, terutama ketika waktu petang atau malam bulan terang apabila kanak-kanak berhimpun selepas seharian membantu keluarga. Jumlah pemain tidak terbatas, malah lebih ramai peserta akan menjadikan suasana permainan lebih meriah dan menyeronokkan.
Aspek menarik dalam permainan ini ialah ia mempunyai dua buah lagu khas yang didendangkan secara beramai-ramai oleh kanak-kanak ketika permainan berlangsung. Lagu tersebut berperanan sebagai pembuka suasana dan juga sebagai tanda permulaan gerakan permainan. Selain daripada nyanyian, permainan ini turut memerlukan beberapa peralatan mudah seperti sehelai kain atau sapu tangan untuk menutup mata dan sebatang tongkat kayu yang digunakan oleh pemain yang memegang watak “nenek.” Peralatan yang ringkas ini menonjolkan kreativiti masyarakat Melayu tradisional dalam mencipta hiburan berasaskan bahan seharian tanpa kos yang tinggi.
Nama “Nenek Si Bongkok Tiga” yang menjadi pusat kepada permainan ini merujuk kepada bayangan seorang nenek tua yang bongkok, lemah dan menakutkan, manakala watak “cucu” melambangkan golongan kanak-kanak yang lincah dan nakal. Dari perspektif sejarah lisan, permainan ini bukan sahaja dicipta untuk hiburan, tetapi juga berfungsi sebagai satu bentuk nasihat dan kawalan sosial. Terdapat kepercayaan bahawa ibu bapa pada zaman dahulu sering menggunakan kisah “nenek bongkok” sebagai alat untuk menakutkan anak-anak yang bermain terlalu lama di luar rumah sehingga lewat petang, ataupun yang enggan tidur pada waktu malam. Mitos tentang nenek tua yang akan datang “mengambil” kanak-kanak nakal memberi kesan psikologi, sekali gus membentuk disiplin dalam kalangan anak-anak supaya tidak melanggar waktu yang ditetapkan oleh keluarga.
Walaupun unsur menakutkan itu wujud, permainan ini tetap popular dimainkan oleh kanak-kanak kerana sifatnya yang menyeronokkan dan mencabar. Kanak-kanak masih berani “menjadi cucu” yang dikejar, malah mereka menjadikan watak “nenek bongkok” sebagai sumber jenaka dan keriangan. Keadaan ini memperlihatkan betapa permainan tradisional Melayu bukan sahaja bersifat hiburan, tetapi turut memuatkan unsur simbolik, nasihat, dan nilai pendidikan tersirat yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Secara tidak langsung, Cari Cucu – Nenek Si Bongkok Tiga menjadi cerminan imaginasi kolektif masyarakat Melayu, yang menggabungkan cerita rakyat, kreativiti, dan amalan budaya dalam bentuk sebuah permainan kanak-kanak yang kekal dikenang hingga ke hari ini.
• 6
• 1591
PERMAINAN TRADISIONAL KERCANG
Permainan Tradisional
Kercang merupakan sejenis alat permainan tradisi Melayu lama yang diperbuat daripada gelungan rotan yang disusun hingga menghasilkan pelbagai bentuk. Pada masa dahulu, permainan ini sangat popular dalam kalangan Orang Asli (etnik Jakun) dan orang Melayu lama yang tinggal di sekitar kawasan pedalaman hutan Endau.<o:p></o:p>
• 20
• 5229
PERMAINAN TRADISIONAL HENCANG BUAH KERAS
Permainan Tradisional
Permainan tradisional Hencang Buah Keras dimainkan sejak ratusan tahun yang lampau. Pada asalnya, permainan ini hanya dimainkan oleh golongan istana. Namun, ia kemudiannya diturunkan kepada golongan rakyat biasa sebagai permainan rakyat. Semasa permainan ini diadakan di kawasan istana, golongan istana dapat bercampur dengan golongan rakyat biasa dan ia memberi peluang kepada mereka untuk berkomunuikasi dan beramah-mesra. Permainan ini turut dipersembahkan bersama dengan tarian Gamelan, tarian Labi-Labi, tarian Inai, tarian Piring, silat dan Gendang Silat bagi menambahkan kemeriahan  acara sambutan.
<o:p> </o:p>
Bagi golongan istana, mereka tidak terlibat sebagai penghencang buah keras. Penghencang-penghencang buah keras yang handal terdiri daripada pendekar dari golongan rakyat biasa yang dipelihara oleh Sultan. Bagi penghencang-penghencang buah keras yang handal, nama mereka akan menjadi sebutan sebagai tokoh di sesuatu daerah ataupun negeri.    <o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Permainan Hencang Buah Keras dibawa masuk ke negeri Pahang oleh Keraing Aji (Tok Tuan) atau nama sebenarnya Kraeng Agang Jene Muhammad Naziruddin. Beliau merupakan seorang bangsawan dan pahlawan Bugis dari Makassar, Sulawesi, Indonesia. Orang-orang Bugis berhijrah ke Pahang setelah Belanda menyerang dan menawan Makassar pada tahun 1669. Keraing Aji menentang keras kemasukan Belanda dan turut berperang untuk menghalau penjajah bertapak di Makassar. Oleh sebab penentangan ini, beliau telah ditangkap oleh kerajaan Belanda bersama pengikut-pengikutnya dan dihukum buang negeri ke Capetown, Afrika Selatan. <o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Dalam pelayaran ke Capetown, beliau dapat meloloskan diri sehingga berjaya melarikan diri ke Muar, Johor. Dari Muar, beliau berpindah dan menetap di Kota Tinggi, Johor. Tidak lama di situ, beliau belayar ke Endau, Johor dan singgah di Endau untuk mengambil bekalan air bersih. Beliau meneruskan pelayaran sehingga sampai ke Telok Kandang, Kampung Pulau Jawa, Pekan, Pahang. Oleh kerana merasakan ia sebuah tempat yang selamat dan sesuai untuk dijadikan tempat berlindung, beliau menetap di situ selama 10 tahun. Pada 1722, beliau berpindah dan membuka penempatan baharu yang diberi nama Kampung Mengkasar, Pekan. Nama kampung ini diambil sempena nama pengasasnya yang berasal daripada Makassar, Sulawesi, Indonesia.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Penghijrahan orang-orang Bugis membawa pengaruh kebudayaan dan kesenian dalam kehidupan masyarakat di negeri Pahang. Keraing Aji yang juga dikenali dengan gelaran Tok Tuan telah memperkenalkan permainan Hencang Buah Keras di Pekan sehingga permainan ini menjadi popular sebagai salah satu permainan rakyat di negeri Pahang.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Jenis Buah Keras<o:p></o:p>
• 28
• 6335
PERMAINAN KABADDI
Permainan Tradisional
Kabaddi adalah permainan tradisional bagi kaum India yang berasal dari bahagian India Selatan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang seperti padang atau ruang seperti di dalam dewan. Satu pasukan biasanya mempunyai 7 hingga 12 orang pemain untuk beraksi di dalam gelanggang yang telah ditandakan dalam bentuk ruang segi empat. Permainan ini biasanya akan mengambil masa 20 minit untuk setiap pusingan perlawanan.
Permainan Kabaddi bukan sahaja sekadar sebuah permainan, tetapi ia mampu mewujudkan insan cemerlang, berkeyakinan dan seimbang dalam menjayakan bidang sukan. Permainan Kabaddi juga dapat menjadi landasan untuk memupuk semangat patriotik, menghayati integrasi nasional, dan membina sikap saling hormat-menghormati sesama warga.<o:p></o:p>
• 14
• 8451
LARI DALAM GUNI
Permainan Tradisional
Lari dalam guni merupakan salah satu permainan tradisional rakyat Malaysia yang terkenal dalam kalangan masyarakat desa mahupun bandar. Ia sering dimainkan dalam majlis keramaian, pesta rakyat, sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Kanak-kanak. Permainan ini biasanya dilakukan di kawasan lapang yang luas agar peserta dapat bergerak dengan selesa, sekali gus mencipta suasana yang penuh keriangan dan kebersamaan.
Menurut catatan penulis dan pengkaji Barat, permainan ini telah lama wujud sejak awal abad ke-18. Dalam konteks Eropah, rujukan awal mengenai permainan ini dapat ditemui dalam karya Sports and Pastimes of the People of England oleh Joseph Strutt (1801). Beliau mencatatkan bahawa “sack running” merupakan hiburan desa yang popular pada masa tersebut, dimainkan oleh lelaki yang memasukkan seluruh tubuh mereka ke dalam guni kecuali kepala, sebelum berlumba ke hadapan. Catatan ini membuktikan bahawa permainan berasaskan guni telah lama menjadi sebahagian daripada budaya rakyat di Barat.
Selain di England, perlumbaan guni atau sack race turut kekal popular di pelbagai negara Eropah lain sebagai acara hiburan ringan dalam pesta rakyat, karnival, dan hari sukan sekolah. Ia sering dianggap sebagai permainan keluarga yang tidak berbahaya, mudah disertai, serta menyeronokkan khususnya bagi kanak-kanak. Kegembiraan yang tercetus daripada gelak tawa penonton dan aksi peserta menjadikan permainan ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya, sekali gus merentas sempadan budaya dan masa.
Dalam konteks Malaysia, asal usul permainan ini masih kabur kerana tiada catatan khusus yang menjelaskan tentang kewujudannya. Namun, secara lisan, permainan ini dipercayai telah bertapak sejak dahulu lagi. Menurut cerita orang-orang tua, pada zaman dahulu lari dalam guni lazimnya dilakukan selepas musim menuai padi. Ketika itu, sawah yang telah dituai menjadi tanah lapang yang sesuai dijadikan gelanggang permainan. Penduduk kampung mengambil kesempatan tersebut untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan bagi mengisi masa lapang setelah selesai dengan kerja-kerja pertanian yang berat. Dari sinilah muncul aktiviti lari dalam guni yang pada awalnya dimainkan secara santai oleh kanak-kanak kampung.
Kanak-kanak ketika itu menggunakan karung atau guni yang asalnya berfungsi sebagai bekas menyimpan beras, padi, atau bijirin. Mereka akan masuk ke dalam guni tersebut dan berlumba sesama rakan sebaya dengan cara melompat hingga ke garisan penamat. Keriuhan suara sorakan daripada penduduk kampung menjadikan permainan ini semakin meriah dan menghiburkan. Walaupun hanya sekadar hiburan ringkas, permainan ini berjaya mengeratkan hubungan antara anak-anak kecil dengan komuniti sekeliling.
Melihat kegembiraan yang tercetus, penduduk kampung mula menjadikan permainan ini sebagai salah satu bentuk perlumbaan yang diadakan secara lebih tersusun. Lazimnya ia dimainkan beramai-ramai, dengan menetapkan kawasan permulaan dan penamat. Malah, hadiah ringkas turut disediakan untuk pemenang sebagai galakan. Sejak itu, lari dalam guni berkembang daripada sekadar hiburan spontan kepada aktiviti tradisi yang menjadi sebahagian daripada acara kampung.
Pada masa kini, permainan lari dalam guni tidak lagi terbatas kepada kawasan desa atau musim menuai semata-mata, malah telah berkembang luas sebagai salah satu permainan tradisional di seluruh Malaysia. Ia kerap dianjurkan di sekolah sebagai aktiviti kokurikulum, di taman perumahan untuk merapatkan hubungan kejiranan, serta dalam program rasmi di peringkat kebangsaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Kanak-kanak. Kepelbagaian konteks penganjuran ini menjadikan lari dalam guni bukan sahaja sekadar hiburan, tetapi juga medium pembinaan identiti sosial yang bersifat inklusif.
Lebih menarik, permainan ini turut wujud di negara jiran seperti Indonesia, Brunei, dan Thailand dengan variasi masing-masing, sekali gus membuktikan kedudukannya sebagai permainan serantau yang dikongsi bersama masyarakat Nusantara. Dalam sesetengah tempat, ia diangkat sebagai sebahagian daripada festival budaya, manakala di peringkat antarabangsa pula, ia sering dijadikan simbol permainan rakyat yang mencerminkan keakraban dan keseronokan komuniti.
Kewujudan permainan tradisional ini di pelbagai peringkat masyarakat menunjukkan bahawa ia mempunyai nilai warisan budaya yang merentas sempadan. Lari dalam guni bukan sahaja mencerminkan kreativiti masyarakat dahulu dalam memanfaatkan bahan seharian seperti guni, tetapi juga melambangkan semangat kebersamaan yang masih segar hingga kini. Justeru, permainan ini kekal relevan sebagai simbol kegembiraan, identiti sosial, dan warisan tradisi yang wajar dipelihara untuk generasi akan datang.
• 7
• 2018
PERMAINAN TRADISIONAL LANSARAN MURUT
Permainan Tradisional
Lansaran berasal daripada perkataan kaum Murut, iaitu lumasar, yang bermaksud melambung atau berayun-ayun. Tradisi ini merupakan warisan nenek-moyang suku kaum Murut yang diamalkan terutama di sekitar daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Pada zaman dahulu, tradisi ini berkait rapat dengan upacara pemujaan roh atau semangat tengkorak manusia yang diperolehi ketika berperang atau ngayau. Dalam amalan turun-temurun kaum Murut, mereka percaya upacara ini merupakan suatu tanda penghormatan kepada kuasa makhluk halus.<o:p></o:p>
<o:p> </o:p>
Permainan ini biasanya dilengkapi dengan tarian  berkumpulan.<o:p></o:p>
• 17
• 6180
TEROMPAH GERGASI
Permainan Tradisional
Permainan Terompah Gergasi, yang juga dikenali sebagai Kaki Lipan merupakan permainan tradisional yang dimainkan secara berkumpulan. Ia menggunakan alas kaki panjang daripada papan kayu yang dilengkapi dengan pengait kaki daripada getah atau tali. Setiap pasukan terdiri daripada tiga hingga lima orang yang berdiri di atas terompah tersebut, meletakkan kaki pada pengait dan bergerak secara serentak menuju ke garisan penamat. Keunikan permainan ini terletak pada keperluan koordinasi, keseimbangan, dan kerjasama erat antara ahli kumpulan untuk memastikan pergerakan yang sekata.
Asal usul permainan ini dipercayai bermula di pesisiran Sungai Rokan, Riau dan Sumatera Barat, Indonesia, sebelum berkembang luas ke seluruh kepulauan tersebut. Permainan ini kemudian menjadi popular secara nasional di Indonesia sekitar tahun 1970-an, khususnya dengan nama “Bakiak” di Jawa dan “Terompah Galuak” di Sumatera dan beberapa nama lain seperti “Terompah Deret” . Beberapa sumber  menyatakan bahawa permainan ini diinspirasikan daripada selipar kayu tradisional Jepun iaitu “Geta”,yang digunakan oleh masyarakat Jepun terdahulu khususnya golongan geisha. Walaupun sumber ini tidak dapat dipastikan sepenuhnya oleh, persamaan dari segi penggunaan kayu sebagai alas kaki menjelaskan adanya pengaruh silang budaya terhadap permainan ini
Seiring dengan penyebarannya, permainan ini turut merentas ke Malaysia melalui hubungan budaya serantau dan pertukaran tradisi. Di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai Terompah Gergasi dan sering dimainkan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa dalam pelbagai acara masyarakat. Aktiviti ini menjadi sebahagian daripada hiburan rakyat di kampung ketika pesta keramaian atau sukaneka. Dengan sifatnya yang menguji kerjasama pasukan, permainan ini terus kekal relevan sehingga kini dalam acara sukaneka sekolah, sukan rakyat, hari keluarga, serta karnival kebudayaan sebagai simbol warisan permainan tradisional Nusantara.
• 6
• 2727
TUJU GULI
Permainan Tradisional
Permainan tuju guli atau dikenali juga sebagai kelereng merupakan antara permainan tradisional yang amat popular dalam kalangan kanak-kanak Melayu, khususnya pada tahun 1960-an hingga 1980-an. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh hingga dua belas tahun di kawasan kampung seperti halaman rumah, padang tanah lapang, atau tepi jalan tanah merah. Aktiviti ini lebih meriah apabila dimainkan pada musim panas atau kemarau kerana tanah yang kering sesuai untuk melukis bulatan dan menggali lubang sebagai gelanggang permainan. Sebaliknya, tanah becak ketika musim hujan akan menyukarkan permainan kerana guli mudah melekat dengan lumpur.
Permainan tuju guli dimainkan dengan peraturan yang mudah. Satu bulatan berdiameter kira-kira satu meter dilukis di tanah, dan sebuah lubang kecil sedalam tujuh sentimeter digali di tengah, dikenali sebagai “lubang induk.” Dari jarak kira-kira tiga meter, pemain akan bergilir-gilir melontarkan guli masing-masing ke arah bulatan tersebut. Pemain yang berjaya mengenai sasaran atau menggugurkan guli lawan dianggap menang. Bagi kanak-kanak kampung, permainan ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi simbol interaksi sosial, latihan kemahiran motor halus, serta kenangan kolektif zaman kanak-kanak yang sarat dengan nilai budaya.
Dari sudut sejarahnya, permainan guli mempunyai akar yang panjang dan melintasi pelbagai peradaban dunia. Permainan ini dipercayai bermula sejak zaman prasejarah apabila kanak-kanak di zaman tersebut telah menggunakan batu kecil, biji buah, atau tanah liat bulat sebagai alat permainan. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa guli tanah liat telah ditemui dalam makam Mesir purba sekitar 3000 SM. Seiring perkembangan peradaban manusia dalam tamadun Yunani dan Rom, kanak-kanak turut bermain dengan guli yang diperbuat daripada tanah liat dan batu, malah terdapat catatan mengenainya dalam karya kesusasteraan klasik. Kemudian, pada abad ke-19, kemunculan teknologi pembuatan kaca di Jerman dan Amerika Syarikat memacu pengeluaran guli kaca secara besar-besaran. Inovasi ini menjadikan guli lebih murah, tahan lama, dan digemari kanak-kanak di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara.
Dalam konteks Malaysia, asal usul permainan tuju guli agak sukar untuk ditentukan secara tepat kerana ketiadaan bukti bertulis atau catatan sejarah yang khusus mengenainya. Namun begitu, sejarah lisan daripada generasi terdahulu memberikan gambaran awal bahawa permainan ini telah lama wujud dalam kehidupan masyarakat kampung. Diceritakan bahawa pada zaman awal, guli tempatan dihasilkan daripada potongan kayu yang dibulatkan sebesar telur ayam. Bentuk permainan ini dipercayai dimainkan oleh kanak-kanak di luar kawasan istana sebagai hiburan rakyat, walaupun tidak terdapat bukti arkeologi yang jelas untuk mengesahkannya.
Selepas Perang Dunia Pertama dan seterusnya Perang Dunia Kedua, berlaku perubahan ketara dalam bentuk guli yang digunakan. Guli tidak lagi dibuat daripada kayu, sebaliknya diperbuat daripada campuran kapur dan simen dengan saiz sebesar ibu jari kaki. Pada masa yang sama, permainan guli semakin mendapat tempat kerana guli kaca mula diimport secara besar-besaran dari luar negara, menjadikannya lebih mudah diperoleh dengan harga yang berpatutan. Hal ini juga bertepatan dengan konteks kolonialisme di Tanah Melayu ketika itu, apabila aktiviti perdagangan antarabangsa membawa masuk pelbagai bentuk permainan baharu termasuk guli kaca yang lebih tahan lama dan menarik.
Setelah itu, era 1960-an hingga 1990-an dianggap sebagai zaman kegemilangan permainan guli di Malaysia. Pada era ini, hampir setiap kanak-kanak kampung memiliki koleksi guli kaca berwarna-warni yang menjadi kebanggaan peribadi mereka. Permainan tuju guli menjadi aktiviti harian, dimainkan selepas waktu sekolah atau ketika cuti panjang di halaman rumah, tanah lapang, atau tepi jalan kampung. Lubang induk dan bulatan guli mudah didapati di tanah kampung, melambangkan bahawa permainan ini benar-benar sebati dengan budaya masyarakat. Selain menjadi sumber hiburan, ia juga berfungsi sebagai medium sosialisasi yang mengeratkan hubungan sesama rakan sebaya, melatih ketangkasan fizikal, serta menanam semangat bersaing secara sihat dalam kalangan kanak-kanak.
Menjelang era 2000-an hingga kini, permainan guli mula mengalami kemerosotan populariti akibat arus perubahan gaya hidup moden. Kehadiran televisyen, permainan video, komputer, dan gajet elektronik telah mengalihkan minat kanak-kanak daripada permainan tradisional kepada hiburan digital. Walaupun begitu, permainan tuju guli tidak lenyap begitu sahaja. Ia masih wujud sebagai sebahagian daripada memori budaya kolektif masyarakat Melayu dan terus diperkenalkan semula dalam pelbagai bentuk. Misalnya, festival permainan tradisional anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), pameran warisan budaya, serta aktiviti kokurikulum di sekolah rendah sering menjadikan guli sebagai salah satu tarikan utama. Hal ini menunjukkan bahawa meskipun terpinggir oleh perkembangan moden, tuju guli masih bertahan sebagai warisan budaya yang mencerminkan identiti dan kehidupan kanak-kanak Melayu sepanjang zaman.
• 9
• 4137
CONGKAK
Permainan Tradisional
Congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu di Malaysia dan masih kekal dimainkan hingga ke hari ini. Selain itu, congkak turut mendapat tempat di negara-negara Nusantara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina, menjadikannya warisan budaya yang dikongsi serantau. Permainan ini tergolong dalam keluarga permainan “Mancala”, iaitu permainan papan berasaskan strategi dan pengiraan menggunakan biji kecil atau guli.
Asal-usul congkak dipercayai bermula di dunia Afrika atau Arab, sebelum tersebar luas ke seluruh dunia. Bukti arkeologi tertua menunjukkan bahawa bentuk awal permainan ini telah wujud sejak 5000 hingga 7000 SM, apabila ahli arkeologi menemui kepingan batu kapur dengan dua deretan lubang selari di kawasan yang kini dikenali sebagai Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini berkembang ke Afrika, sebelum dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab yang aktif berdagang di rantau ini. Di Alam Melayu, khususnya Melaka, congkak dipercayai berkembang pesat kerana negeri tersebut merupakan pusat perdagangan antarabangsa yang penting pada abad ke-15.
Nama “congkak” berasal daripada perkataan Melayu congak yang bermaksud “pengiraan mental”. Hal ini jelas mencerminkan sifat permainan ini yang menuntut kebijaksanaan, kecekapan membuat congakan, serta strategi pengiraan pantas. Di Malaysia, congkak bukan sahaja popular dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga mendapat sambutan daripada komuniti peranakan India dan Baba Nyonya di Melaka. Pada zaman silam, congkak mempunyai dimensi sosial yang berbeza: golongan istana menggunakan papan congkak berukir indah daripada kayu mewah sebagai lambang status, manakala rakyat jelata hanya mengorek lubang di tanah dan menggunakan batu kecil atau biji-bijian sebagai buah congkak.
Pengaruh congkak juga merentasi sempadan dunia. Di Kepulauan Karibia, permainan ini dikenali sebagai “Warri” Atau “Awari,” dipercayai dibawa melalui perdagangan hamba. Di Indonesia, congkak dinamakan “Congklak”, manakala di Filipina ia dikenali sebagai “Sungka”.  Meskipun terdapat variasi dalam bentuk papan dan peraturan, asas permainan tetap sama iaitu berasaskan strategi mengisi lubang papan dengan biji congkak.
Dari segi peralatan, congkak di Malaysia melibatkan dua komponen utama, iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak lazimnya berbentuk seperti sampan yang memanjang dan diperbuat daripada kayu keras seperti cengal atau merbau. Ia mempunyai lubang-lubang kecil yang disebut “kampung” serta dua lubang besar di hujung yang dikenali sebagai “rumah” atau “ibu”. Terdapat variasi papan congkak dengan lima, tujuh, atau sembilan lubang kampung, namun versi tujuh lubang paling banyak digunakan di Malaysia. Panjang papan congkak biasanya sekitar 80 sentimeter dengan lebar kira-kira 18 sentimeter, sesuai untuk dimainkan di lantai atau meja. Buah congkak pula boleh berupa guli kaca, buah saga merah, biji getah, atau apa sahaja objek kecil berbentuk bulat. Secara tradisi, setiap lubang kampung akan diisi dengan bilangan buah congkak yang sama (kebiasaannya tujuh biji setiap satu) sebelum permainan dimulakan.
Kesimpulannya, congkak bukan sahaja berakar umbi daripada sejarah panjang dunia, malah ia telah berkembang menjadi warisan budaya penting di Malaysia, mencerminkan identiti, kreativiti, serta daya intelektual masyarakat Melayu. Hari ini, congkak terus dimainkan sebagai hiburan rakyat, warisan pendidikan, dan simbol identiti budaya yang diwarisi turun-temurun.
• 5
• 9213