Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Adat Resam] 87
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT DAN PERSIAPAN DIRI UNTUK TURUN KE LAUT

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, khususnya di kalangan komuniti nelayan, persiapan diri untuk turun ke laut adalah suatu proses yang melibatkan aspek spiritual, fizikal, dan sosial yang sangat penting. Laut bukan sahaja merupakan sumber rezeki, tetapi juga tempat yang penuh dengan cabaran dan bahaya. Oleh itu, adat resam dan persiapan diri sebelum turun ke laut sangat dititikberatkan untuk memastikan keselamatan, kejayaan dalam mencari rezeki, dan kesejahteraan diri.

- 0

- 1021
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM IBAN: ADAT KEMATIAN

Dalam masyarakat Iban, upacara kematian dan pengebumian akan melibatkan pelbagai pantang larang dan tatacara khusus dan unik untuk dilaksanakan. Setiap sesuatu pantang larang dan tatacara tersebut perlu diikuti dan dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini penting bagi menghormati si mati agar rohnya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga percaya bahawa jika tidak dilaksanakan seperti yang sepatutnya, pelbagai malapetaka dan nasib malang akan menimpa penduduk di kawasan tersebut.

- 1

- 4115
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BISAYA KEPERCAYAAN MISTIK: TARIAN ALAI BUBU

Tarian Alai Bubu atau dikenali juga sebagai ‘Main Lukah’ dan ‘Bubu Mengalai’ adalah salah satu daripada tarian tradisional masyarakat etnik Bisaya. Etnik ini kebanyakannya mendiami daerah Beaufort meliputi kawasan tebing Sungai Padas dan Sungai Klias. Selain daripada mengamalkan aktiviti pertanian, etnik ini juga terkenal dengan aktiviti maritim khususnya menangkap hasil-hasil ikan di laut mahupun di kawasan air tawar seperti sungai dan tasik. Oleh yang demikian, salah satu kemahiran mereka adalah dengan menciptakan perangkap ikan seperti bubu atau dalam bahasa tempatan disebut ‘Lukah’ yang biasanya direndam atau ditenggelamkan di dalam air sungai atau laut.

erpandukan kepercayaan mistik masyarakat etnik Bisaya, asal usul tarian ini terbahagi kepada dua versi. Pertama adalag melalui mitos yang berkisar tentang bubu yang dikatakan mampu "menari." Mitos ini menceritakan tentang sepasang suami isteri yang tinggal di tepi pantai pada zaman dahulu. Apabila si suami meninggal dunia, isterinya yang setia tinggal seorang diri. Pada waktu itu, masyarakat Bisaya yang menganut kepercayaan Pagan, telah menetapkan satu syarat unik bagi pasangan suami isteri. Menurut kepercayaan tersebut, apabila salah seorang pasangan meninggal dunia, pasangannya yang masih hidup mesti mengikuti pasangan yang telah meninggal. Proses ini dilakukan dengan memasukkan mayat pasangan yang telah meninggal ke dalam bubu, diikuti dengan pasangan yang masih hidup, sebelum kedua-duanya dicampakkan ke dalam laut. Amalan ini melambangkan kesetiaan abadi antara pasangan suami isteri dalam kehidupan dan kematian.

Setelah itu, bomoh/pawang akan memuja atau memanggil semangat bubu naik semula ke pesisir pantai untuk berjumpa dengan sanak saudara atau orang-orang kampung bagi mengubati atau penyembuhan mereka-mereka yang sakit. Bomoh akan membaca mantera penyeru roh seperti yang berikut;

Iya Bamban Iya Lukah,

Utak Bamban Iba Sari,

Main Dengan Sipar Muda,

Silukah Pandai Menari.

Versi kedua pula, menjelaskan bahawa ia bermula daripada tarian Lesung yang berasal daripada tradisi menumbuk padi oleh masyarakat etnik Bisaya di Lumagar, Beaufort, Sabah. Tarian ini biasanya dipersembahkan pada waktu malam sebagai hiburan setelah seharian bekerja di bendang. Dalam pelaksanaannya, Babalian (pawang) akan membacakan mantera untuk memuja semangat lesung padi, yang dipercayai mampu melonjak ke atas apabila mentera dibacakan.

Upacara ini melibatkan dua individu yang bertindak sebagai pembantu kepada Bobalian, di mana mereka menari sambil memastikan pergerakan lesung yang melonjak ke atas dapat dikawal. Gerakan melonjak-lonjak yang menjadi ciri utama tarian ini dipercayai didorong oleh kekuatan luar biasa pada lesung tersebut. Tambahan pula, masyarakat pada masa lalu menganggap pergerakan dinamik lesung ini sebagai manifestasi kuasa mistik, menjadikan Tarian Lesung sebagai ekspresi budaya yang bukan sahaja bersifat hiburan, tetapi juga melibatkan unsur kepercayaan spiritual yang mendalam.

Menurut kisah yang diceritakan, semasa Tarian Lesung dipersembahkan oleh kumpulan penari tempatan, sebuah tragedi ngeri telah berlaku apabila seorang penari maut akibat dihempap oleh lesung yang melonjak semasa tarian tersebut. Peristiwa ini memberi kesan mendalam kepada penduduk setempat, sehingga mereka memutuskan untuk menghentikan penggunaan lesung dalam tarian itu. Sebagai pengganti, mereka memperkenalkan elemen Salihid, iaitu bubu yang biasa digunakan untuk menangkap ikan, sebagai simbol baru dalam persembahan budaya mereka.

Namun begitu, amalan yang menggunakan ilmu hitam dan unsur spiritual dalam tradisi ini kini tidak lagi diamalkan, sejajar dengan larangan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di Negeri Sabah. Sejak tahun 1980-an, ketika tradisi ini mulai dipopularkan semula, unsur jampi serapah telah ditinggalkan sepenuhnya. Pada waktu itu, hanya segelintir golongan tua yang masih mempraktikkan aspek lama tradisi ini.

Hari ini, masyarakat Bisaya di Beaufort telah memeluk Islam secara sukarela, dan kepercayaan lama yang bertentangan dengan ajaran Islam tidak lagi diamalkan. Mantera yang dahulunya menjadi sebahagian daripada tradisi ini kini hanya dilagukan semula dalam bentuk seni persembahan, bebas daripada sebarang unsur jampi serapah. Pendekatan ini memastikan tradisi budaya tersebut terus dihargai sebagai warisan seni yang bernilai, sambil tetap menghormati nilai-nilai agama yang dianut oleh masyarakatnya.

- 2

- 2250
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN SUKU KADAZAN PAPAR – PANTANG LARANG KAPATAZON (KEMATIAN)

Sebagai kumpulan etnik terbesar di Sabah, suku Kadazan-Dusun memiliki dialek yang berbeza dalam merujuk kepada adat resam tertentu, termasuk istilah yang berkaitan dengan kematian. Dalam bahasa Kadazan-Dusun secara umum, kematian disebut sebagai Kapatayon. Namun, dalam dialek suku Kadazan Papar, istilah yang digunakan adalah Kapatazon. Secara keseluruhannya, terdapat dua istilah utama dalam bahasa Kadazan-Dusun untuk merujuk kepada kematian, disertai dengan variasi sebutan lain yang mencerminkan perbezaan dialek antara subetnik. Selain itu, setiap subetnik Kadazan-Dusun juga mempunyai variasi dalam pantang larang berkaitan kematian. Walaupun struktur atau sistem pantang larang tersebut pada dasarnya seragam, perbezaan tertentu tetap wujud, mencerminkan keunikan budaya kesukuan masing-masing.

- 1

- 3975
PERANAN TOPENG SAGU MELANAU UNTUK KAUM DI SARAWAK, BORNEO

Kaum Melanau merupakan salah sebuah suku kaum yang terbesar di Sarawak dan tinggal di kawasan pinggir pantai meliputi kawasan Matu Daro, Rejang, Mukah dan beberap daerah lain. Sebahagian daripada mereka adalah beragama Islam dan Kristian malah terdapat juga kalangan yang mengamalkan kepercayaan animisme memuja semangat Ipok iaitu manifestasi kekuatan dan kuasa alam. Ipok dalam kepercayaan kaum Melanau terdiri daripada Ipok Laut, Ipok Balau yakni hutan, Ipok Sarauang yakni langit dan Ipok Iyang yakni tanah.

Dalam bidang perubatan tradisional, kaum Melanau percaya bahawa seseorang boleh jatuh sakit akibat daripada ketidakseimbangan badan dan tenaga alam melalui gangguan semangat jahat. Justeru, wujud Adat Bebayuh iaitu amalan perubatan animisme kaum ini bagi menyembuhkan penyakit yang dihidapi.

- 1

- 1426
ADAT MERISIK ATAU ADAT MENINJAU

Merisik atau "meninjau" merupakan langkah pertama dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Keadaan ini dahulunya berlaku apabila ibu bapa pihak lelaki mengalami kesukaran mencari calon menantu yang sesuai untuk anak mereka, kerana pada waktu itu anak-anak gadis jarang dibenarkan untuk keluar rumah tanpa alasan penting (Arkib 2007/0052679). Oleh itu, ibu bapa pihak lelaki akan meminta bantuan orang tua yang dihormati di kampung, sama ada lelaki atau perempuan, untuk mendapatkan maklumat tentang gadis-gadis di kampung tersebut atau kampung berdekatan yang sesuai untuk dijadikan menantu. Biasanya, ibu bapa pihak lelaki juga akan bertanya kepada saudara-mara mereka untuk mendapatkan maklumat tentang gadis-gadis yang mereka anggap sesuai untuk dipasangkan dengan anak lelaki mereka.

- 0

- 2589
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MENURUNKAN PUKAT BAHARU

Adat menurunkan pukat baharu adalah salah satu upacara tradisional yang dilakukan oleh masyarakat Melayu, khususnya nelayan, yang berfungsi untuk memohon keberkatan dan keselamatan sebelum mereka memulakan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat baharu. Adat ini merupakan sebahagian daripada proses permulaan musim tangkapan ikan dan sangat penting dalam menjaga hubungan baik antara nelayan, laut, dan alam sekitar.

- 0

- 805
ADAT MANDI TIAN

Mengikut adat Melayu, apabila isteri mengandung genap tujuh bulan maka dilakukan upacara kepercayaan adat mandi tian atau kirim perut oleh Tok Bidan, yang bukannya wajib dalam Islam. Mandi ini dipercayai bertujuan menyelamatkan wanita yang pertama kali mengandung.

- 0
- 1332
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT RAWA KAMPAR, PERAK: ADAT BERJOJAK

Masyarakat Rawa, atau disebut juga sebagai “Rao”, merupakan salah satu komuniti tradisional yang signifikan di negeri Perak, Malaysia. Masyarakat ini dipercayai berasal dari Sumatera Barat, Indonesia, dengan sejarah penghijrahan ke Perak yang bermula sekitar tahun 1850 hingga 1876. Proses migrasi ini melalui Sungai Perak di Bagan Datoh sebelum penduduknya tersebar ke kawasan lain termasuk di sepanjang Sungai Kampar. Antara tokoh utama yang memainkan peranan penting dalam penghijrahan ini termasuk Pawang Ana, seorang tokoh cerita penglipur lara terkenal, Tok Tua Sakti, pembuka kawasan Tapah, dan Abdul Karim bin Raja Aman Shah, pembuka kawasan Selama.

Masyarakat Rawa di Kampar terkenal dengan kekayaan adat budaya unik mereka yang kekal diamalkan sehingga hari ini. Salah satu adat tradisional yang masih diamalkan adalah Adat Berjojak, iaitu ritual melatih bayi berjalan di atas tanah. Istilah “Berjojak” berasal daripada kata “Berjejak,” dengan sebutan dialek Rawa menggantikan bunyi “e” kepada “o,” mencerminkan keunikan linguistik komuniti ini. Adat ini bukan sahaja menggambarkan identiti budaya masyarakat Rawa tetapi juga berfungsi sebagai simbol warisan yang terus dipelihara oleh generasi kini, menjadikannya tradisi yang bermakna dalam falsafah kehidupan dan sistem sosial mereka.

- 26
- 3451
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM IBAN: ADAT MIRING

Kaum Iban merupakan penduduk majoriti di negeri Sarawak iaitu menghampiri 30% daripada jumlah keseluruhan. Mereka menetap di beberapa kawasan khususnya Sri Aman, Betong, Kapit, Song, Bintulu, Sibu dan sepanjang Sungai Rajang. Dalam kalangan kaum ini terdapat sejenis adat yang menjadi begitu menyerlahkan identiti budaya kaum Iban iaitu adat miring. Adat miring ini bertujuan memperoleh keberkatan kepada penduduk, melindungi dari mala petaka selain memberi atau membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam kalangan ahli masyarakat. Adat ini biasanya dilakukan sebelum sesuatu aktiviti penting dan sesudah terjadinya malapetaka atau kejadian buruk dalam kalangan mereka.

- 1

- 4482
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG ULU: SUKU KELABIT ADAT MENYAMBUT TETAMU/PAHLAWAN

Suku Kelabit merupakan suku kaum unik yang terdapat di kawasan tanah tinggi Bario, Sarawak iaitu di bahagian utara negeri ini. Suku kaum ini begitu terkenal dengan adat resam dan amalan budaya yang begitu istimewa. Suku kaum Kelabit yang merupakan antara golongan etnik terkecil di Sarawak dengan majoriti kalangan mereka beragama Kristian. Mereka mendiami rumah panjang dan mengamalkan pertanian tradisional untuk menyara kehidupan. Beras Bario merupakan hasil kerja tani yang sangat istimewa dan mewakili identiti orang Kelabit Sarawak.

- 1

- 1453
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG SUNGAI DI PITAS - ADAT KEMATIAN

Kaum Orang Sungai yang menetap di Pitas merupakan salah satu daripada 30 subetnik Orang Sungai di negeri Sabah. Komuniti ini tinggal di daerah Pitas bersama-sama dengan beberapa kumpulan etnik lain, khususnya etnik Rungus. Majoriti masyarakat Orang Sungai di Pitas menganut agama Islam, namun terdapat juga sebahagian kecil yang beragama Kristian, khususnya dalam kalangan sub-suku Tambanuo. Sama seperti sub-suku lain seperti Buludupi, Idahan, Milian, Liwago, Begahak, Bengkoka, Dewara, Dumpas, Inokang, Kuamut, Lingkabau, Mangkaak, dan Paitan, masyarakat ini memiliki struktur adat resam, budaya, kepercayaan, serta pantang larang yang unik. Mereka juga mengalami proses akulturasi dan asimilasi budaya yang dipengaruhi oleh kepercayaan animisme, terutamanya dalam adat berkaitan kematian. Struktur adat dan budaya ini mencerminkan identiti serta warisan tradisi yang masih diamalkan oleh komuniti Orang Sungai di Pitas.

- 3

- 2085