Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

TARIAN SUMAGAYAN

Seni Persembahan >Tarian

Sumagayan atau dikenali juga sebagai Sagayan merupakan salah satu daripada tarian tradisional masyarakat etnik Iranun di Sabah yang kebanyakannya menetap di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran. Ia dipersembahkan dengan menggunakan topeng kerana tarian ini berkait rapat dengan legenda 'Darangan ni Bantugen' yang merupakan kisah epik kepahlawanan dalam kesusasteraan tradisional Iranun. Epik ini mengisahkan tentang watak Bantugen, seorang pahlawan terbilang yang melawan musuh-musuh demi melindungi kaumnya (Bangsa Iranun). Oleh itu, elemen asas dalam gerak  tarian ini adalah berbentuk pertarungan dan seni mempertahankan diri yang mirip kepada gerak silat.

Namun begitu, sejak akhir tahun 1970-an, populariti tarian ini semakin berkurangan untuk dipersembahkan menyebabkan ia kurang dikenali oleh masyarakat umum. Salah satu elemen iaitu memakai topeng dalam persembahan tersebut juga tidak lagi dipraktikkan secara khusus dan kini hanya segelintir komuniti Iranun yang masih mempraktikkannya seperti di kawasan Pantai Timur Sabah meliputi daerah kecil Tungku, Nala, dan Barigas yang masih terus menghidupkan tarian ini sebagai usaha untuk mengekalkan budaya dan identiti mereka.

• 0

• 1505

TARIAN ULE NUGAN

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Ule Nugan sebenarnya diinspirasikan daripada aktiviti dalam pekerjaan menanam padi dalam kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Adalah menjadi rutin dalam masyarakat Orang Ulu untuk membuat persiapan pada awal pagi sebelum memulakan perjalanan menggunakan perahu untuk pergi ke sawah. Oleh itu penari lelaki dalam tarian ini selalunya akan membawa sebatang kayu menyerupai kayu penugal yang sering digunakan dalam kerja menanam padi di dataran tinggi.

Semasa menjalankan kerja menanam padi menggunakan kayu penugal kaum wanita perempuan pula akan mengetuk ‘kerebo bulo’ untuk menghasilkan bunyian muzik bagi mengelakkan alamat buruk daripada bunyian burung yang tertentu. Menurut lagenda masyarakat Orang Ulu, bunyian yang dihasilkan oleh ‘kerebo bulo’ juga adalah bertujuan untuk menggalakkan dan mendorong semangat padi supaya tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Kepercayaan dan alamat serta petanda begitu bermakna dalam kehidupan seharian mereka sebagai masyarakat agraria. Sepanjang proses menanam padi dilakukan, masyarakat Orang Ulu akan saling menolong dalam mengerjakan aktiviti tersebut sambil bermesra dan bergurau senda bagi menghilangkan keletihan dan kepenatan bekerja. Lelaki juga akan melakukan aktiviti berburu menggunakan sumpit bagi memperoleh hasil buruan untuk dibawa pulang. Dengan segala aktiviti seharian dalam pekerjaan menanam padi berlangsung dengan baik, petani Orang Ulu akan pulang ke rumah dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran.

• 1

• 1854

TARIAN ZAPIN PARIT MASTAR

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Parit Mastar diasaskan oleh Ahmad bin Timbul, seorang pedagang dari Pontian, Johor, pada sekitar tahun 1950-an. Beliau sering membawa dagangan ke kepulauan Karimun dan Riau, di mana beliau terinspirasi oleh permainan Zafin Arab Hadhrami dan zapin yang dimainkan oleh penduduk tempatan di Selat Panjang dan Riau. Keterujaannya terhadap seni ini mendorongnya mencipta langkah-langkah zapin khas yang kemudian dikenali sebagai Zapin Parit Mastar, dinamakan sempena kampungnya. Sahabat-sahabat beliau, termasuk Haji Keliwon bin Denan, turut mempelajari dan mempersembahkan zapin ini, menjadikannya seni warisan utama Kampung Parit Mastar.

• 0

• 1825

BERZANJI

Seni Persembahan >Muzik

Berzanji adalah bentuk kesenian Islam yang popular di negeri Perak. Ia merupakan satu bentuk seni suara yang dipersembahkan di dalam majlis atau upacara keagamaan seperti maulid Nabi, akikah, menyambut kelahiran bayi, berkhatan dan juga majlis perkahwinan. Seni persembahan Berzanji adalah hasil susunan Syeikh Ja’far al-Barzanji dan merupakan rangkaian sejarah hidup Nabi Muhammad SAW yang menyentuh tentang  keturunan,  perkembangan  kehidupan  sejak  zaman  kanak-kanak  sehinggalah  dilantik sebagai  Rasul.  Ia  juga  menyentuh  tentang  sejarah  perjuangan  serta  keperibadian  Rasulullah SAW yang seharusnya menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia.

Kesenian Berzanji di negeri Perak,  dikembangkan  melalui  peranan pusat  pengajian  Islam  tradisional  seperti sekolah pondok ataupun Madrasah.  Para penuntut bersama-sama  dengan  guru  al-Quran melagu-lagukan berzanji dan dijadikan sebagai satu bentuk hiburan selepas belajar. Selepas tamat pengajian, mereka pulang ke kampung masing-masing dengan membawa bersama-sama amalan  berzanji  ini.  Kebiasaannya  mereka  menjadi  guru  serta  imam-imam  di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka menerapkan amalan ini dalam masyarakat setempat. Di samping itu, dengan adanya galakan daripada Sultan dan pembesar-pembesar di negeri Perak, kesenian ini semakin berkembang secara meluas di seluruh negeri.

Terdapat kumpulan berzanji yang ditubuhkan khas oleh pihak istana dan kaum kerabat malahan pernah menjadi satu pengisian dalam  majlis  yang  melibatkan  adat  istiadat  Diraja. Perkembangan  seni  Berzanji  ini  banyak  dipelopori  oleh  guru-guru al-Quran yang mana ia secara tidak langsung memberikan tunjuk ajar tentang seni bacaan al-Quran berlagu (Taranum) dan mengimarahkan kesenian Islam dalam konteks persembahan.

• 9
• 2778

MUZIK MELAYU ASLI

Seni Persembahan >Muzik

Asal Usul Gendang Pahang merupakan salah satu elemen muzik tradisional yang sangat penting dalam kebudayaan Melayu di negeri Pahang, Malaysia. Gendang ini memainkan peranan utama dalam pelbagai persembahan seni dan adat resam masyarakat Pahang. Ia memiliki sejarah dan evolusi yang panjang, yang mencerminkan perpaduan budaya Melayu dengan pengaruh luar, serta adaptasi muzik tradisional dengan elemen tempatan. Sejarah

Gendang Pahang dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang dengan pesat di negeri Pahang selepas itu. Ia adalah sebahagian daripada tradisi muzik Melayu yang lebih luas, tetapi dengan keunikan dan kekhususan dalam cara permainan, gaya irama, dan penggunaannya dalam masyarakat Pahang.

Pada asalnya, gendang Pahang digunakan dalam pelbagai acara penting masyarakat Melayu Pahang, seperti upacara perkahwinan, perayaan, dan acara keagamaan. Ia menjadi alat muzik utama dalam persembahan seni seperti mak yong, kuda kepang, dikir barat, dan tarian tradisional yang lain.

• 1

• 4052

TARIAN KADANDIU

Seni Persembahan >Tarian

Kadandiu adalah tarian tradisional masyarakat etnik Tidung yang berasal dari Daerah Tawau, Sabah khususnya di kawasan Balung, Merotai dan Kalabakan. Etnik ini juga turut mendiami beberapa daerah di kawasan Tenggara Sabah seperti Beluran, Sandakan dan Lahad Datu. Kadandiu, bermaksud ‘hatiku rindu’ adalah tarian yang diinspirasikan dari legenda Batu Tinagat, yang mengisahkan Aki Bentawol dan Dayang Dadalit, puteri bungsu dari kayangan yang turun ke bumi untuk mandi bersama enam saudaranya. Kisah ini bermula apabila Aki Bentawol mengambil selendang Dayang Dadalit, menyebabkan puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan.

Dikatakan juga bahawa semenjak Dayang Dadalit berada dibumi hasil pertanian Aki Bentawol seperti padi semakin bertambah-tambah dan dengan itu Aki Bentawol telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan puteri tersebut, kemudian mereka pun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Walaubagaimanapun selepas itu Puteri Dayang Dadalit telah kembali ke kayangan dan meninggalkan Aki Bentawol serta anak mereka dan tidak lagi turun semula ke bumi.

Oleh kerana tarian ini adalah inspirasi daripada kisah lagenda tersebut, maka Kadandiu hendaklah ditarikan dengan jumlah penari wanita seramai 7 orang dan seorang penari lelaki yang lengkap dengan busana keemasan sesuai dengan imej seorang puteri kayangan seperti dalam legendanya.

• 3

• 2034

GENDANG MELAYU SARAWAK

Seni Persembahan >Muzik

Bergendang ialah khazanah seni budaya unik lagi istimewa yang dipusakai oleh masyarakat Melayu Sarawak. Budaya seni ini mempunyai kaitan yang amat luas dan rapat dengan gaya hidup dan nilai sosial dalam masyarakat Melayu Sarawak sehingga mampu membentuk identiti yang menjadi kebanggaan bersama. Justeru, menerusi pelestarian yang berterusan, seni persembahan penuh kreativiti ini yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2012 kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti hiburan santai dan bersuka ria secara terbuka.

Terdapat tiga elemen utama dalam seni persembahan muzik bergendang Melayu Sarawak yang terdiri daripada bergendang iaitu memukul gendang yang diambil peranan oleh artis wanita dengan seh gendang. Elemen kedua ialah gerakan tari bertandak yang dipersembahkan oleh penari lelaki dipanggil penandak atau nopeng) dan elemen ketiga ialah bermukun yakni berjual beli pantun antara seh gendang dan penandak atau nopeng.

Semasa persembahan bergendang, seh gendang akan ditempatkan di sebalik tabir atau pengadang yang dipasang menggunakan kain batik setinggi dua atau tiga kaki dari lantai dan dipasang secara memanjang. Sementara kaum lelaki yang menjadi menopeng atau penandak akan ditempatkan di luar tabir berkenaan bagi memisahkan ruangan antara wanita dan lelaki. Ruang yang cukup luas akan disediakan di hadapan tabir bagi dijadikan sebagai tempat untuk penandak menari. Kebiasaannya seh gendang akan memukul gendang mengikut rentak biola atau akordion.  Sambil bermukun bersama dua hingga empat orang penandak/nopeng yang menari,  mereka akan berbalas dan berjual beli pantun secara spontan.

• 1

• 3446

SAYAU KADAYAN

Seni Persembahan >Tarian

Sayau Kedayan atau lebih dikenali dengan nama Sayau Moginum adalah sebuah tarian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat etnik Dusun Tatana di daerah Kuala Penyu. Secara tradisional, tarian ini berasal daripada adat ritual Moginum iaitu upacara khusus untuk memanggil roh nenek moyang atau kaum keluarga yang meninggal dunia untuk menghadiri sesebuah majlis yang diraikan. Namun begitu, seawal tahun 1961 dalam sambutan Pesta Kaamatan, tarian ini mulai dipersembahkan pada khalayak umum sebagai sebuah apresiasi bentuk persembahan yang menonjolkan budaya etnik Dusun Tatana.

• 3

• 4165

TARIAN MANARADAN

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Manaradan adalah salah satu tarian tradisional bagi masyarakat etnik Rungus yang kebanyakannya mendiami kawasan daerah Kudat, Paitan, Kota Marudu dan daerah kecil Matunggong. Tarian ini memiliki nilai budaya yang unik dan merupakan sebahagian daripada warisan yang perlu dikekalkan kerana ia hanya ditarikan ketika hari "Mogunum" atau keramaian khususnya menyambut ketibaan orang-orang besar seperti Huguan Siou iaitu Ketua Agung masyarakat Etnik Kadazan-Dusun ataupun ketua pemimpin bagi rumpun Momogun. Menurut adat dan pantang larang masyarakat etnik Rungus, tarian ini tidak boleh diadakan tanpa sebarang tujuan khusus, kerana ia boleh mendatangkan malapetaka yang akan menimpa semua penghuni di rumah panjang.

• 1

• 2088

DENDANG SITI FATIMAH

Seni Persembahan >Muzik

Dendang Siti Fatimah merupakan sebuah syair tradisional yang sarat dengan nilai-nilai keislaman dan kemanusiaan. Dendangan ini menjadi amat popular di negeri Perak terutamanya ketika adat Berendoi (adat naik buai)ataupun masjlis cukur jambul.

Berakar umbi dari Tanah Arab, syair ini dipercayai bermula sejak zaman Rasulullah SAW, dilagukan oleh sembilan bidadari untuk anakanda-anakanda baginda. Syair ini kemudiannya diwarisi oleh Saiyidatina Fatimah az-Zahra, yang mendendangkannya kepada anak-anaknya, Saidina Hassan dan Saidina Hussin, untuk menidurkan mereka. Sejak itu, syair ini dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah, melambangkan kasih sayang dan kelembutan seorang ibu.

Seni kata asal syair ini disusun dalam bahasa Arab dan mengandungi puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Ia juga menyentuh aspek kehidupan seorang ibu, bermula dari saat kehamilan, kesulitan melahirkan, sehingga kepada pengorbanan membesarkan anak. Dendangan ini turut mengandungi pesan-pesan nasihat yang mendalam, mengingatkan anak-anak tentang kepentingan menghargai ibu bapa serta menjunjung nilai kasih sayang dan rasa syukur.

Di Nusantara, Dendang Siti Fatimah telah melalui proses asimilasi budaya, di mana lirik-liriknya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diolah sesuai dengan budaya setempat. Walaupun mengalami adaptasi, ia tetap mengekalkan intipati keindahan dan pesan moral yang menjadi tunjang warisan seni ini. Kini, Dendang Siti Fatimah bukan sekadar sebuah syair, tetapi simbol warisan seni yang menghubungkan generasi masa kini dengan nilai-nilai tradisi dan agama di negeri Perak.

• 3
• 2142

TARIAN JOGHEE

Seni Persembahan >Tarian

Asal usul nama joghee adalah gabungan perkataan ‘joget’ dan ‘gembira’. Tarian ini diperkenalkan oleh Allahyarham Aminah Nani (Mak Minah) yang merupakan seorang primadona dan tokoh seni lakon bangsawan. Tarian joghee selalu dipersembahkan ketika extra turn bangsawan. Pun begitu, tarian ini bebas dipersembahkan di acara-acara lain, bukan semata-mata ketika extra turn pementasan bangsawan.

Menurut Marlinda Mansor, tarian joghee ini dipulihara semula pada tahun 1993, ketika Mak  Minah diminta menjadi penasihat di Penang Culture Heritage. Pada waktu itu, Mak Minah diminta memperkenalkan tarian-tarian yang ada di Pulau Pinang. Maka, Mak Minah menyebut betapa tarian joghee ini harus dilestarikan semula. Pada tahun 1994 ketika berlangsungnya Malaysia Fest, tarian joghee ini diangkat semula. Menurut Marlinda Mansor lagi, tarian ini dikatakan mempunyai unsur-unsur tarian pedagang dan penjajah. Hal ini berikutan, ada yang mempercayai bahawa tarian ini masuk ke alam Melayu pada ketika zaman kolonialisme berlaku. Sungguhpun demikian, gerakan tarian ini lebih dekat dengan unsur-unsur gerakan masyarakat India dan Arab Parsi yang sangat sinonim dengan masyarakat berdarah campuran (Anak Mami dan Peranakan Jawi) di Pulau Pinang. Dalam bahasan lain, sekiranya tarian ini mula masuk ke alam Melayu ketika zaman kolonialisme, unsur Arab-Parsi lebih akrab dengan gerak tarinya, kerana dapat dilihat daripada pergerakan kepala, tangan dan juga kaki.

Tarian joghee ini turut dikaji oleh masyarakat serumpun di negara jiran, Indonesia. Kajian menunjukkan, pertunjukan tari joghee atau tari jogi lahir daripada masyarakat suku Melayu Pulau Panjang, Batam, yang mendapat pengaruh daripada Pulau Pinang. Menurut kajian mahasiswa-mahasiswa Jurusan Tari, Fakultas Seni Pertunjukan Institut Seni Indonesia Yogyakarta dalam kajian estetika mereka pula, tarian joghee berelasi dengan kehidupan kaum nelayan. Tarian ini menceritakan kisah para wanita atau isteri yang menyiapkan diri untuk menyambut kepulangan para suami atau para jejaka yang pulang dari menangkap ikan di laut. Hal ini boleh diterima pakai kerana dekat dengan takrif joghee yang diperkenalkan Mak Minah, iaitu bermaksud ‘joget’ dan ‘gembira’, iaitu berjoget dan bergembira menanti kepulangan para lelaki yang keluar mencari rezeki.

Tarian atau muzik joghee pula beritma mudah, dengan pola muzik berulang-ulang. Hanya terdapat satu lagu joghee, membuatkan muziknya senang diingati. Tarian ini memperlihatkan tertib dan adab wanita, kerana pada bahagian permulaan, penari-penari ini akan masuk dengan menutup muka. Setelah itu, mereka akan melepaskan selendang yang melitupi muka, menunduk dan membuka tangan, sebagai tanda hormat. Setelah itu, tarian pun dilangsungkan sehingga tamat lagu joghee.

• 1
• 4108

BONGAI

Seni Persembahan >Muzik

Asal usul perkataan "Bongai" mempunyai beberapa tafsiran yang menarik. Secara asasnya, nama Bongai ini dikatakan berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu "bong" dan "aye." Dalam konteks ini, "bong" membawa maksud seseorang yang dihormati, manakala "aye" bermakna "saya." Walaupun pelbagai pandangan wujud tentang asal perkataan ini, perkara yang lebih utama ialah keunikan seni persembahan Bongai itu sendiri. Bongai telah diterima sebagai identiti lagu rakyat di Negeri Sembilan kerana keindahan dan keunikannya. Berbeza daripada nyanyian rakyat lain, persembahan Bongai biasanya dilakukan di tempat khas untuk menonjolkan keistimewaannya agar dapat dilihat dengan lebih menarik.

Bongai merupakan satu bentuk seni yang cukup dikenali dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan dan dianggap sebagai lagu tradisional. Ia setaraf dengan “Dondang Sayang” di Melaka dan “Ghazal” di Johor. Secara ringkas, "berbongai" merujuk kepada kegiatan berbalas pantun yang dinyanyikan dalam bentuk lagu oleh para pelakonnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang boleh dinyanyikan secara solo, berduet, atau beramai-ramai. Walau bagaimanapun, dalam persembahan, hanya satu individu boleh menyanyi atau mengusik ketika pasangan atau lawannya sedang menyanyi.

• 1

• 2222