Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211
GENDANG MELAYU SARAWAK

Bergendang ialah khazanah seni budaya unik lagi istimewa yang dipusakai oleh masyarakat Melayu Sarawak. Budaya seni ini mempunyai kaitan yang amat luas dan rapat dengan gaya hidup dan nilai sosial dalam masyarakat Melayu Sarawak sehingga mampu membentuk identiti yang menjadi kebanggaan bersama. Justeru, menerusi pelestarian yang berterusan, seni persembahan penuh kreativiti ini yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2012 kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti hiburan santai dan bersuka ria secara terbuka.

Terdapat tiga elemen utama dalam seni persembahan muzik bergendang Melayu Sarawak yang terdiri daripada bergendang iaitu memukul gendang yang diambil peranan oleh artis wanita dengan seh gendang. Elemen kedua ialah gerakan tari bertandak yang dipersembahkan oleh penari lelaki dipanggil penandak atau nopeng) dan elemen ketiga ialah bermukun yakni berjual beli pantun antara seh gendang dan penandak atau nopeng.

Semasa persembahan bergendang, seh gendang akan ditempatkan di sebalik tabir atau pengadang yang dipasang menggunakan kain batik setinggi dua atau tiga kaki dari lantai dan dipasang secara memanjang. Sementara kaum lelaki yang menjadi menopeng atau penandak akan ditempatkan di luar tabir berkenaan bagi memisahkan ruangan antara wanita dan lelaki. Ruang yang cukup luas akan disediakan di hadapan tabir bagi dijadikan sebagai tempat untuk penandak menari. Kebiasaannya seh gendang akan memukul gendang mengikut rentak biola atau akordion. Sambil bermukun bersama dua hingga empat orang penandak/nopeng yang menari, mereka akan berbalas dan berjual beli pantun secara spontan.

- 1

- 4870
TARIAN CERACAP INAI

Tarian Ceracap Inai merupakan salah satu bentuk seni persembahan tradisional masyarakat Melayu yang berasal dari negeri Johor, khususnya dari Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar. Tarian ini tergolong dalam kategori tarian rakyat yang kaya dengan nilai adat dan kesopanan, serta memainkan peranan penting dalam warisan budaya negeri Johor. Keunikan tarian ini terletak pada gabungan elemen tarian istana dan rakyat, menjadikannya simbol kesinambungan tradisi antara masyarakat bangsawan dan rakyat jelata.

Asal-usul tarian Ceracap Inai dikaitkan secara langsung dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, khususnya peristiwa ketika Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke hulu Sungai Muar setelah Kota Melaka dikepung dan diserang oleh Portugis selama sepuluh hari pada tahun 1511. Dalam peristiwa pengunduran ini, Sultan Mahmud Shah bersama para pengikutnya bukan sahaja membawa barang keperluan, tetapi turut membawa serta bentuk-bentuk persembahan istana seperti tarian, muzik, dan alat kebesaran diraja. Salah satu persembahan yang diwarisi daripada zaman tersebut ialah tarian Ceracap Inai, yang terus dipelihara dan diamalkan di wilayah-wilayah tertentu di Johor hingga ke hari ini.

Menurut Tuan Haji Sukor bin Basir, seorang tokoh dan adiguru yang aktif memperjuangkan kelangsungan tarian ini, Ceracap Inai berasal daripada tradisi istana yang lazimnya dipersembahkan di hadapan Sultan dan para pembesar sebagai tanda penghormatan. Justeru, gerak tari yang terkandung dalam persembahan ini menonjolkan unsur ‘menyembah duli’ seperti gerakan sembah, tunduk, dan simbolik ampun yang mencerminkan kerendahan diri, tata susila dan adab Melayu yang tinggi. Elemen-elemen ini memperkukuh lagi nilai spiritual dan moral yang terkandung dalam setiap persembahan Ceracap Inai.

Pada peringkat awal, tarian ini hanya dipersembahkan oleh penari wanita sahaja, sejajar dengan fungsinya dalam majlis-majlis diraja Melayu yang berlangsung di dalam istana, lazimnya ditarikan oleh para dayang-dayang. Para penari wanita menzahirkan gerakan penuh kelembutan dan kesopanan yang mencerminkan nilai keayuan serta kehalusan budi pekerti perempuan Melayu. Namun, dalam amalan kontemporari, Ceracap Inai juga telah mula dipersembahkan oleh pasangan penari lelaki dan wanita atau dalam kumpulan bercampur yang bergantung kepada kesesuaian acara dan kreativiti penggiat seni setempat. Walaupun berlaku perubahan dalam bentuk persembahan dan penyertaan penari dan keaslian gaya gerak, nilai kesopanan dan adat Melayu tetap dikekalkan. Perubahan ini dilihat sebagai usaha progresif untuk memastikan warisan tarian Ceracap Inai terus relevan dan lestari dalam kalangan generasi baharu serta memperkukuh identiti budaya Johor secara berterusan.

- 0
- 5546
TARIAN SUMARIKAYAU

Sumarikayau adalah tarian tradisional yang sangat popular dan berasal dari masyarakat etnik Orang Sungai di daerah Pitas. Tarian ini adalah seni hiburan yang siginifikan dengan sambutan keramaian seperti majlis pekahwinan, sambut tamu dan ataupun pesta-pesta budaya Orang Sungai Pitas. Nama Sumarikayau diambil daripada dua perkataan iaitu ‘Sungai’ dan ‘Kuno’ yang masing-masing bermaksud ‘tangan melambai’ dan ‘kaki dihentak’.

- 1

- 1721
IGAL LELLANG

Igal Lellang merupakan salah satu tarian tradisional bagi etnik Bajau Laut di daerah Semporna, Sabah, yang secara eksklusif ditarikan oleh lelaki sahaja. Nama "Lellang" berasal daripada gabungan dua kata dasar, iaitu "Lella" yang bermaksud lelaki dan "Leyang" yang bermaksud terbang. Gabungan ini secara harfiahnya merujuk kepada "Lelaki yang terbang."

Secara simbolik, makna disebalik “Lelaki yang terbang” itu adalah menggambarkan gerakan menyerupai burung yang sedang terbang di udara. Interpretasi simbolik ini berkait rapat dengan asal usul perkataan "Igal," yang dipercayai berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "Eagle" (burung helang). Hubungan antara nama dan gerakan ini memperjelaskan bahawa tarian Igal Lellang mengambil inspirasi daripada burung helang yang terbang dengan mencerminkan elemen kebebasan, keagungan, dan dominasi burung tersebut di langit.

Tarian Igal Lellang berasal daripada ritual perubatan tradisional masyarakat Bajau Laut yang dikenali sebagai ritual Magombok. Ritual ini dipersembahkan sebagai bentuk sajian untuk menyeru semangat roh nenek moyang, yang dipercayai memiliki kemampuan untuk merawat penyakit-penyakit spiritual. Dalam konteks tradisi ini, hanya penari lelaki yang lazimnya mempersembahkan tarian tersebut, di mana gerakan khas yang dipersembahkan dikodkan sebagai Igal Lellang.

- 3

- 2811
MUZIK DABUS

Tarian Dabus ialah seni tari tradisional yang sarat dengan unsur budaya dan sejarah. Meskipun asal-usulnya tidak dapat dipastikan dengan tepat, dipercayai ia telah wujud sejak era pemerintahan Khalifah Zainal Abidin dan dianggap sebagai hiburan dalam kalangan masyarakat Islam. Tarian ini dikembangkan sebagai reaksi terhadap konflik antara puak-puak tertentu, dengan tujuan untuk menakutkan musuh. Pada mulanya, ia dikaitkan dengan pengikut Saidina Ali serta mempunyai unsur kekerasan, di mana penari dianggap mampu menahan senjata api. Lama-kelamaan, unsur-unsur ekstrem tersebut dihapuskan, namun Tarian Dabus tetap menjadi khazanah budaya Melayu dan Islam yang menggambarkan perasaan serta latar sejarah yang kompleks pada masanya.

Muzik dalam permainan Dabus memainkan peranan penting untuk mengiringi gerakan dan semangat para pemain. Dalam kumpulan Dabus Perak pada tahun 1970-an, muzik dihasilkan oleh sekumpulan pemain instrumen yang mengiringi 22 pemain Dabus. Setiap persembahan diketuai oleh seorang khalifah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pemain. Khalifah biasanya akan mengasapi dan merenjis pemain sebagai persediaan ritual sebelum persembahan bermula. Muzik Dabus bukan sekadar hiburan, tetapi juga memperkuat elemen kepahlawanan dan keberanian dalam permainan Dabus yang asalnya adalah seni mempertahankan diri.

- 1

- 3287
DENDANG SITI FATIMAH

Dendang Siti Fatimah merupakan sebuah syair tradisional yang sarat dengan nilai-nilai keislaman dan kemanusiaan. Dendangan ini menjadi amat popular di negeri Perak terutamanya ketika adat Berendoi (adat naik buai)ataupun masjlis cukur jambul.

Berakar umbi dari Tanah Arab, syair ini dipercayai bermula sejak zaman Rasulullah SAW, dilagukan oleh sembilan bidadari untuk anakanda-anakanda baginda. Syair ini kemudiannya diwarisi oleh Saiyidatina Fatimah az-Zahra, yang mendendangkannya kepada anak-anaknya, Saidina Hassan dan Saidina Hussin, untuk menidurkan mereka. Sejak itu, syair ini dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah, melambangkan kasih sayang dan kelembutan seorang ibu.

Seni kata asal syair ini disusun dalam bahasa Arab dan mengandungi puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Ia juga menyentuh aspek kehidupan seorang ibu, bermula dari saat kehamilan, kesulitan melahirkan, sehingga kepada pengorbanan membesarkan anak. Dendangan ini turut mengandungi pesan-pesan nasihat yang mendalam, mengingatkan anak-anak tentang kepentingan menghargai ibu bapa serta menjunjung nilai kasih sayang dan rasa syukur.

Di Nusantara, Dendang Siti Fatimah telah melalui proses asimilasi budaya, di mana lirik-liriknya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan diolah sesuai dengan budaya setempat. Walaupun mengalami adaptasi, ia tetap mengekalkan intipati keindahan dan pesan moral yang menjadi tunjang warisan seni ini. Kini, Dendang Siti Fatimah bukan sekadar sebuah syair, tetapi simbol warisan seni yang menghubungkan generasi masa kini dengan nilai-nilai tradisi dan agama di negeri Perak.

- 3
- 2874
TARIAN RAMBAI

Tarian Rambai adalah tarian tradisional bagi masyarakat etnik Tidung yang kebanyakannya mendiami bahagian tenggara Sabah meliputi daerah Tawau, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan. Rambai merujuk kepada istilah 'tampi' atau 'menampi' dengan nyiru, yang sinonim dengan pekerjaan harian petani, seperti yang disebut dalam bahasa Tidung iaitu Intogos (bekerja di sawah), Bekabun (berkebun), dan Tongoyon (bergotong-royong).

Asal usul tarian ini berakar daripada aktiviti gotong-royong masyarakat Tidung semasa musim menuai padi. Ketika masyarakat sibuk menuai padi di sawah, kanak-kanak meniru pelbagai gerakan orang dewasa yang menampilkan motif-motif pergerakan aktiviti pertanian di sawah seperti menarik karung guni, menghalau burung, menghempas padi, mencangkul batas sawah, dan menarik tali penghalau burung. Pada umumnya, tarian ini mempunyai lapan langkah asas tangan dan dua langkah asas kaki yang mem membentuk ekspresi budaya dalam menggambarkan kehidupan tradisional dan keunikan cara hidup masyarakat Tidung.

- 3

- 5445