Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 214
TARIAN ZAPIN TANJUNG LABOH
Tarian Zapin Tanjung Labuh berasal dari Kampung Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Tarian ini menampilkan keunikan tersendiri kerana ia hanya dimainkan oleh penari wanita, memperlihatkan gerakan kaki dan langkah gantung yang halus serta tertib.
Tarian ini dinamakan sempena Kampung Tanjung Labuh dan diwarisi oleh keluarga Salmah binti Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Mak Salmah. Zapin ini pada asalnya diperkenalkan oleh Mahmud bin Muhaban, atau Cikgu Mahmud Awang, sebelum diwariskan kepada Abdul Aziz bin Boon. Mak Salmah kemudian mempelajari dan meneruskan tradisi ini, seterusnya memperkembangkannya di kalangan ahli keluarganya. Zapin Tanjung Labuh mula mendapat perhatian awam selepas penyertaannya dalam Pertandingan Zapin Negeri Johor pada akhir tahun 1990-an.
Pada mulanya, Zapin Tanjung Labuh dimainkan secara tidak formal oleh penduduk kampung, biasanya secara berpasang-pasangan (berdua atau berempat), tanpa koreografi yang tetap. Ia sering dimainkan dalam majlis perkahwinan dan keramaian keluarga. Namun, Mak Salmah telah memperkenalkan penyesuaian dengan menjadikan tarian ini eksklusif dimainkan oleh wanita, mencerminkan unsur keanggunan wanita dalam persembahan.
- 0
- 1410
DIKIR REBANA
Dikir Rebana adalah muzik tradisional dari Negeri Sembilan yang sangat terkenal, terutama di daerah Rembau. Persembahan Dikir Rebana melibatkan nyanyian beramai-ramai yang diiringi dengan alat muzik gendang yang dipanggil rebana, yang dimainkan dengan irama berlapis. Asal senikata dikir ini adalah daripada bahasa Arab yang mengandungi pujian kepada Nabi dan Rasul. Kini, senikata tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Dikir Rebana biasanya dimainkan dalam upacara adat dan perkahwinan bagi menyambut pengantin. Asal-usul Dikir Rebana sebagai muzik tradisional Negeri Sembilan bermula di Rembau dan sering digunakan dalam majlis menyambut pengantin. Terdapat tiga jenis irama dalam persembahan Dikir Rebana, iaitu Arak Siang, Arak Malam, dan Dikir Rampai (juga disebut Dikir Duduk). Arak Siang dan Arak Malam hampir serupa, hanya berbeza pada senikata.
- 1
- 1410
MUZIK ASLI
Muzik Asli merupakan muzik yang terdengar sayup, mendayu atau sedih. Ia mempunyai tempo yang perlahan, bunyi muziknya juga perlahan dan lembut. Lirik dalam lagu-lagu asli ini lazimnya menggunakan pantun yang berkait dengan sejarah lama seperti lagu Seri Mersing, Siti Payung dan Laksamana Mati Dibunuh. Ada juga yang berkenaan dengan cinta seperti lagu Selasihku Sayang dan Gurindam Jiwa.
 Penyanyi atau pemain violin memainkan peranan yang penting dalam persembahan lagu-lagu asli. Penyanyi atau pemain violin itu akan menyanyikan atau memainkan melodi utama sambil diiringi oleh alat-alat muzik yang lain, seperti rebana. Lagu asli tidak senang untuk dinyanyikan kerana ia memerlukan penguasaan suara dan teknik nyanyian serta pernafasan yang betul. Nyanyian lagu Melayu Asli menggunakan rangkap pantun Melayu sebagai lirik bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagunya.
- 10
- 1488
PUISI REJANG
Sejarah Puisi Rejang Melaka merujuk kepada gaya puisi tradisional yang berkembang dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya atau Peranakan di Melaka, Malaysia. Puisi ini adalah salah satu elemen dalam tradisi lisan yang digunakan dalam perayaan, perkahwinan, dan majlis adat dalam masyarakat Peranakan yang menggabungkan pengaruh budaya Cina dan Melayu. Puisi Rejang Melaka mempunyai nilai estetika yang tinggi dan sering digunakan untuk mengungkapkan perasaan, cerita rakyat, atau sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian.
Puisi Rejang di Melaka berasal daripada gabungan budaya Cina, Melayu, dan India, yang melahirkan budaya Peranakan atau Baba Nyonya. Masyarakat Baba Nyonya di Melaka terkenal dengan tradisi yang mengutamakan adat, seni, dan bahasa yang menggabungkan kedua-dua budaya ini. Dalam konteks ini, puisi Rejang Melaka sering kali digunakan dalam perayaan budaya, seperti perkahwinan dan upacara keagamaan, untuk menyampaikan penghormatan, doa, atau mengungkapkan perasaan dan harapan.
Puisi ini berkembang dalam bentuk syair atau pantun yang digunakan oleh masyarakat Peranakan untuk berbicara tentang kehidupan mereka, termasuk dalam upacara adat, pesta perkahwinan, majlis keluarga, atau untuk mengekspresikan perasaan dan perhubungan dalam masyarakat.
- 0
- 1430
TARIAN JOGET TRILA LILA BABA NYONYA
<span lang="SV" style="font-size:12.0pt;line-height:150%; font-family:"Arial",sans-serif;mso-ansi-language:SV">Tarian Joget Trila Lila adalah kesenian yang menjadi identiti masyarakat Baba Nyonya di negeri Melaka. Etnik Baba Nyonya berasal daripada perantau Cina yang menjalankan aktiviti perdagangan di Tanah Melayu, yang kemudian berasimilasi dengan masyarakat tempatan melalui perkahwinan. Maka lahirlah etnik yang dikenali sebagai Baba Nyonya atau masyarakat Peranakan. Etnik ini mengamalkan cara hidup dan budaya masyarakat Melayu, antaranya menerusi bahasa yang digunakan, pemakaian baju kebaya serta tarian joget (Sohaimi et. al, 2017). <o:p></o:p>
<span lang="SV" style="font-size:12.0pt;line-height:150%; font-family:"Arial",sans-serif;mso-ansi-language:SV">Tarian Joget Trila Lila diserap daripada gerak tari joget Melayu dan disesuaikan dengan budaya etnik Baba Nyonya, antaranya dapat dilihat menerusi aspek dialek dan penggunaan prop. Uniknya, tarian ini hanya ditarikan oleh kaum wanita yang dipanggil Nyonya. Lagunya berentak agak rancak namun gerak tarinya masih mengekalkan kesopanan dan kesantunan wanita Baba Nyonya.
Tarian ini merupakan satu medium hiburan kepada masyarakat di samping berfungsi memperkenalkan budaya masyarakat Baba Nyonya Melaka. Tarian ini sering diadakan semasa acara keramaian dan sambutan perayaan.
- 22
- 3210
TARIAN WEK JONGAN
Lagu dan tarian wek jonggan bermula daripada kisah kehidupan sebuah keluarga etnik Salako yang tinggal di kawasan pedalaman pada suatu ketika dahulu. Keluarga ini terdiri daripada tiga ahli keluarga iaitu Si bapa bernama Ambujakng dan Si ibu bernama wek jonggan manakala si Anak bernama Si Aching. Keluarga ini adalah keluarga petani yang bekerja mengusahakan tanaman padi.
Alkisah bermula dengan kesedihan apabila si Ayah meninggal dunia dan selang beberapa waktu selepas itu diikuti Si Ibu pula meninggal dunia. Tinggallah Si Aching seorang diri sebagai anak yatim piatu. Dalam emosi yang hiba dan sedih , Si Aching kerap kali menziarahi pusara kedua orang tuanya. Di pusara itu, Si Aching meluahkan perasaan hibanya dalam mengenang kehidupannya sebagai sebatang kara, tetapi masih meneruskan kerja kerja bertanam padi. Jerih payah dan suka dukanya telah diluahkan dalam kata kata yang penuh emosi di pusara kedua orang tuanya.
Luahan kata-kata serta dan langkah kaki si Aching berkeliling di sekitar pusara orang tuanya telah diciptakan menjadi lirik lagu wek jonggan serta langkah tarian kawan-kawan Si Aching adalah bagi memujuknya dalam menghadapi kesedihan dan kedukaan. Justeru itu, bersesuaian dengan peradaban masa, lagu wek jonggan dan seni tari wek jonggan dikemaskini menjadi tarian kebudayaan etnik Salako untuk tujuan sebagai hiburan terutama pada waktu sambutan perayaan yang berkaitan padi atau untuk menyambut kehadiran tetamu dalam majlis-majlis tertentu sebagai tanda kegembiraan. Maka sampai ke hari ini, etnik Salako masih tetap mengekalkan tarian We’Jonggan dalam gerak tari proses bertanam padi sebagai cerminan budaya dan adat leluhur etnik Salako.
- 16
- 2126
PERSEMBAHAN BORIA
<span style="font-size:12.0pt;line-height:150%;font-family:"Arial",sans-serif; mso-ansi-language:EN-US">Boria adalah seni teater tradisional yang secara umumnya dikaitkan dengan sejarah dan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein oleh tentera-tentera Khalifah Muawiyah bin Abi Suffian. <span lang="SV" style="font-size:12.0pt; line-height:150%;font-family:"Arial",sans-serif;mso-ansi-language:SV">Upacara memperingati peristiwa ini diadakan secara tahunan oleh pengikut-pengikut Syiah. <o:p></o:p>
<span lang="SV" style="font-size:12.0pt;line-height:150%;font-family:"Arial",sans-serif; mso-ansi-language:SV">Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa Boria dibawa masuk oleh orang India Muslim ke Tanah Melayu dan mula bertapak di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-19. Ketika itu permainan Boria hanya disertai oleh pedagang India Muslim yang menyambut 10 Muharam sempena peristiwa Karbala. Mereka menconteng muka, bertopeng dan memakai pakaian dari guni yang dikenali sebagai Boria Kuli Kalin, manakala orang Melayu ketika itu hanya menjadi penonton sahaja. <o:p></o:p>
<span lang="SV" style="font-size:12.0pt;line-height:150%;font-family:"Arial",sans-serif; mso-ansi-language:SV">Perkataan Boria juga dikatakan berasal dari perkataan ‘Borai’ yang dalam bahasa Hindustan bermaksud gila atau sasau. Boria juga membawa maksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British. Mereka mempersembahkan Boria di atas hamparan tikar, manakala pakaian mereka juga dibuat daripada tikar bagi mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala.<o:p></o:p>
<span lang="SV" style="font-size:12.0pt;line-height:150%;font-family:"Arial",sans-serif; mso-ansi-language:SV"> Ada juga berpendapat ia meminjam perkataan ‘Bori’ dari kaum Gujerat yang datang berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu asalnya dari perkataan ‘Ria’ sahaja iaitu bersuka-ria dan kemudian dinamakan Boria. Walau apa pun versi mengenai asal-usul Boria, tiada siapa yang dapat menyatakan ia betul atau salah, kerana kebanyakan sumber rujukan awal ini adalah dari sumber lisan, bukan sumber bertulis.<o:p></o:p>
- 20
- 7429
SAPE
Sape merupakan alat muzik kecapi tradisional yang terdapat dalam komuniti Orang Ulu di Sarawak. Secara tradisinya alat muzik ini begitu sinonim dengan seni muzik suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit yang asalnya hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang. Menerusi perubahan dalam gaya hidup suku kaum tersebut, ternyata muzik sape telah beransur-ansur menjadi sebuah alat sosial dan budaya popular yakni digunakan sebagai bahan atau unsur hiburan umum.
- 1
- 4839
ALANG RA ILLAU
Alang Ra Illau adalah tarian tradisional etnik Murut dari suku Tahol yang kebanyakannya menetap di daerah Nabawan, Pensiangan dan Tenom. ‘Alang’ membawa maksud ‘menari’ manakala ‘Illau’ adalah ‘upacara pertukaran hasil-hasil hutan seperti buah-buahan, antara kampung.’ Sehubungan itu, tarian ini mempamerkan gerak seolah-olah mengutip buah-buahan yang renek dan senang dicapai. Kadangkala penari wanita membawa bakul atau ‘Basung’ dalam bahasa tempatan, yang disandang ke belakang untuk diisi dengan buah-buahan yang telah dikutip. Kemudian buah-buahan tersebut akan ditukar dengan penduduk kampung atau kampung-kampung yang lain.
- 7
- 2031
ALAT MUZIK SULING (SERULING)
Suling dalam konteks masyarakat etnik Kadazan-Dusun adalah alat muzik tradisional dalam kategori aerofon jenis seruling mulut yang bersaiz lebih pendek berbanding saiz panjang seruling biasa. Ia diperbuat daripada buluh Sumbiling yang mempunyai lima atau enam lubang jari dikenali dengan nama ‘Pongombitan’. Bagi lubang ibu jari pula dikenali dengan nama ‘Molohing Tunturu’. Kedua-dua hujung Suling akan ditebuk untuk aliran tiupan daripada mulut dan aliran nada bunyi yang dihasilkan. Lubang untuk meniup dikenali dengan nama ‘Pogunian’ dan hujung lubang Suling (belakang) dikenali dengan nama ‘Pongirusan’.
Alat muzik Suling ini lebih mudah dihasilkan jika dibandingan dengan alat muzik buluh yang lainnya. Tetapi, ia memerlukan ketelitian dalam penghasilannya untuk memastikan Suling mengekalkan keaslian bunyi serta tradisi pembuatan yang diwarisi turun-temurun.
- 3
- 4866
TARIAN TINGKAH TALU
Tingkah Talu atau nama penuhnya disebut Jepin Tingkah Talu Ulun Pagun adalah tarian yang diwarisi oleh etnik Tidung dari daerah Tawau, meliputi kawasan Kalabakan, Merotai, Bum Balai, Sebatik dan beberapa kawasan di sekitar Sandakan dan Beluran (Sugut). ‘Tingkah Talu’ membawa maksud ‘Langkah Tiga’ yang berasal dari Kampung Mentadak, Pulau Sebatik merupakan sebuah tarian berasaskan zapin. Menurut sejarah, tarian ini berakar daripada pengaruh budaya Arab Parsi yang diperkenalkan melalui perkahwinan antara orang Arab dengan etnik Tidung semasa perkembangan pengaruh Islam ke seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, gaya permainan persembahan ini sangat signifikan dengan bentuk tarian zapin umumnya kerana, struktur asas tarian ini sendiri lazimnya akan dimulakan dengan Taqsim dan diiringi dengan Gambus Solo lalu diakhiri dengan Wainab. 
- 1
- 1190
TARIAN SEWANG
Tarian Sewang merupakan salah satu tradisi kebudayaan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia, terutamanya suku kaum Mah Meri, Bateq, Semai dan Temiar yang terdapat di Negeri Perak. Tarian ini diwarisi secara turun-temurun sebagai bentuk penghormatan kepada alam sekitar dan penyembahan makhluk ghaib. Persembahannnya adalah bergantung kepada jenis upacara rirutal yang dibuat kerana tarian Sewang terdiri dariapda beberapa jenis seperti Sewang Chenchem, Gamok, Panoh, Penhei, Manjar, Pungei, Tanggei, Selombang dan lain-lain lagi.
- 10
- 9322