Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT BERENDOI
Adat Resam
Gambar
12
Video
ada
Pelawat Hari ini
5
Jumlah Pelawat
21
Pengenalan dan sejarah
- Berendoi berasal daripada kata "endoi" iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya yang dinyanyikan secara beramai ramai ketika menidurkan bayi mengandungi nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.
Berendoi adalah kesenian
berunsur Islam yang disertai sekurang-kurangnya empat orang yang berdikir atau
menyanyi dalam upacara 'bercukur' untuk bayi yang berusia tujuh hari. Biasanya
endoi ini dihias indah dan bayi yang telah dicukur rambutnya diletakkan di
dalamnya. Selepas itu bermulalah nyanyian berendoi memuji Rasulullah atau yang
mengandungi nasihat, semangat dan teladan dengan harapan unsur-unsur tersebut dapat diterapkan kepada
bayiyang sedang didodoikan itu
Contoh rangkap lagu yang didodoikan
Setiap lagu hanya empat rangkap, berbentuk syair seperti berikut:
Kami mula
dengan Bismillah
Disambung dengan Alhamdulillah
Pohon nikmat
kepada Allah
Mendapat syafaat
Rasulullah
Kesenian ini berkembang pesat di negeri Perlis sekitar tahun 1960an setelah tertubuhnya Persatuan Maulud dan Berendoi. Persatuan ini berperanan mengembangkan kesenian Maulud, Berendoi, dan Berzanji.
Persembahan Adat Berendoi ini seringkali dilakukan semasa majlis kesyukuran berkaitan dengan kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015