Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
RENDANG PUCUK UBI
Makanan Tradisional
Gambar
19
Video
ada
Pelawat Hari ini
1
Jumlah Pelawat
96
Pengenalan dan sejarah
Secara umumnya, masakan rendang yang telah sedia dikenali
dalam kalangan masyarakat kita adalah seperti rendang ayam, rendang daging dan
rendang itik. Namun di Negeri Sembilan, terdapat rendang yang dimasak dengan
pucuk ubi kayu yang sangat digemari sebagai pembuka selera. Rendang pucuk ubi
kayu merupakan sejenis makanan tradisional di Negeri Sembilan.
Sajian
rendang pucuk ubi ini sesuai dimakan bersama nasi putih, dan boleh disimpan di
dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang di dalam bekas penyimpanan
kedap udara.
Bahan-Bahan:
·
1kg santan
·
100gm cili padi
·
100gm kunyit hidup
·
2 batang kepala serai
·
2 biji bawang besar
·
100gm ikan bilis
·
1 sudu rempah kari
·
Kerisik
kelapa
·
1 keping asam keping
·
Pucuk
ubi dalam 2 ikat
·
1 mangkuk kecil minyak masak
·
Garam
Cara penyediaan:
·
Kisarkan
cili padi, kunyit hidup, kepala serai dan bawang besar.
·
Masukkan santan, bahan kisar dan semua bahan dalam kuali.
·
Masakkan
santan menggunakan api sederhana sehingga santan menjadi pekat.
·
Masukkan
pucuk ubi dan kesemua daun pucuk ubi digaul sebati.
·
Tambahkan
garam, (jangan letakkan gula).
·
Masak
sehingga kering dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan
ii. Tokoh : Puan Hajah Siti Fatima Binti Haji Sabtu
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Rosdianah binti Roman
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
06-767 6793/763 6308 / 761 0593