Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN MAK INANG TUA
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
14
Video
ada
Pelawat Hari ini
500
Jumlah Pelawat
4058
Pengenalan dan sejarah
Tarian Mak Inang Tua amat popular di negeri Perlis dan Kedah sekitar tahun 1940-an dan 1950-an. Inang yang bermaksud pengasuh merujuk kepada pengasuh anak-anak raja di istana pada zaman dahulu. Tarian ini ditarikan secara berpasangan yang mana penari wanita menggunakan selendang sebagai prop utama dalam persembahan. Tarian Mak Inang Tua telah digarap semula pada tahun 1994 oleh Allahyarham Razali bin Ismail. Gerak tari Mak Inang Tua ini dicipta berdasarkan pengamatan beliau terhadap pergaulan, gurau-senda dan aksi usik-mengusik dalam kalangan masyarakat Kedah. Setiap gerak tari mempunyai nama-nama khusus seperti ‘gerak ghasuk’, ‘gerak sauk’ dan ‘gerak melayah’. Lirik lagu Mak Inang Tua menceritakan tentang seseorang yang sedang merindukan pasangannya. Lagu ini wajib dinyanyikan dengan menggunakan loghat utara atau lebih spesifik lagi, dinyanyikan dalam loghat negeri Kedah. Keindahan gerak tari dan lagu Mak Inang Tua menjadi simbol kepada keunikan hidup bermasyarakat di negeri Kedah. Kecantikan budi pekerti yang terlambang menerusi tarian ini wajar menjadi ikutan masyarakat.
Tarian Mak Inang Tua sering dipersembahkan dalam
majlis keramaian anjuran pihak kerajaan dan swasta untuk tontonan masyarakat
awam dan para pelancong.
Penari wanita akan menggunakan
Selendang sebagai props sepanjang persembahan.
Tarian Mak Inang Tua ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Akan tetapi pada zaman dahulu tarian ini hanya ditarikan oleh perempuan sahaja. Apabila mengikut keperluan dan peredaran zaman, persembahan Tarian Mak Inang Tua telah ditarikan secara berpasangan lelaki dan perempuan. Jumlah pasangan yang selalu dipersembahkan kebiasaannya antara 4 hingga 6 pasangan, namun ianya juga boleh disesuaikan mengikut keluasan pentas. Semakin besar pentas, semakin ramai yang akan menari mengikut keperluan.
Pergerakan tarian banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh penari lelaki mahupun penari wanita. Tempo tarian adalah sederhana iaitu, 2/4 diselangi dengan paluan gong. Namun demikian, Tarian Mak Inang Tua juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Tarian ini diiringi alat muzik rebana, biola dan gendang. Oleh itu, Tarian Mak Inang Tua mempunyai perbezaan dari segi tempo pergerakan. Semakin laju sesuatu muzik semakin pantas tempo yang ditarikan.
Tarian Mak Inang Tua telah
dicipta oleh Encik Razali Bin Ismail yang lebih dikenali sebagai (Tok Ram) pada
tahun 1994. Beliau mencipta tarian tersebut melalui berkisarkan kehidupan bermasyarakat,
pergaulan dan senda gurauan bersama pasangan, aksi memikat dan usik-mengusik.
Tarian ini ditarikan di dalam
istana suatu ketika dahulu. Apabila ditarikan di setiap di seluruh Kedah dan
Perlis, tarian ini dijadikan sebagai tarian rakyat.
Sumber Rujukan
i. Tokoh:
Encik
Wan Mohd Nor bin Wan Alam
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Mohammad Salleh bin Mahmud
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah
Kompleks JKKN Kedah
Lot PTD 400, Pumpong
05250 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN
011-10899646

Taman Malaysia, Alor Setar, Kedah







